CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Lembu Kerana Tidak Makan Lembu

2-7-2014 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10311| Komen: 36

Description: Disebabkan Bekalan Lembu Tempatan Yang Terhad Untuk Penternakan Fidlot, Kaedah Mendapatkan Kumpulan Lembu Pengganti Sama Besar Melalui Pengimportan.
Dua lembu bertukar jadi industri besar


Memayungi lebih 80 syarikat penternakan lembu kecil-kecilan bukan kerja mudah.

Sebagai pembekal utama, stok haiwan terbabit perlu mencukupi untuk keperluan pelanggan. Paling mustahak lembu perlu sihat dan kualitinya terjamin.
Tidak saja untuk diternak, stok lembu diperlukan pada musim perayaan terutama Aidiladha.

Jika dulu usaha penternakan dilakukan secara ‘suka-suka’ di ladang sawit miliknya, bilangannya kini berlipat kali ganda.

TAG ditelinga membuktikan lembu import miliknya melalui prosedur sah.

Buktinya dua lembu yang dijadikan haiwan peliharaan bertukar kepada produk komersial berskala besar.

Kegigihan Pengarah Urusannya, K R Thiagu harus diberi pujian kerana mampu merubah landskap penternakan ke tahap membanggakan.

Usaha gigihnya membangunkan syarikat penternakan lembu JP Farm kini membuahkan hasil. Penternakan lembu secara fidlot (kandang tertutup) kini maju setapak.

Syarikat itu berstatus pengimport dan pemborong lembu jantan di bawah Syarikat JP Livestock Industry (M) Sdn Bhd.

Semua lembu import mempunyai sijil kesihatan dan nombor tag kelulusan yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan kastam.

Jaminan kualiti lembu di kandang turut memenuhi kriteria ditetapkan termasuk syarat penyembelihan daging korban dengan tempoh usia melebihi dua tahun setengah.

Dia memiliki surat kebenaran membawa masuk ternakan oleh JPV Selangor seperti termaktub dalam Ordinan Binatang 1953 Seksyen 37.

Rujukan kuarantin lembu yang dibawa masuk juga antara perkara diambil keutamaan termasuk diberikan suntikan pelalian penyakit kuku dan mulut (FMD).

Permulaan daripada usahanya menjadi pembekal dan pemborong lembu jantan dibuktikan dengan kemasukan lebih 3,000 lembu jantan berkualiti dari luar negara.

Sehingga April lalu, sebanyak 750 lembu jantan import ditempatkan di kandang dan semuanya ditempah pelanggan.

Dengan jumlah kos mengimport lembu sekitar RM12 juta, syarikat dijangka membawa masuk lebih banyak baka kacukan lembu, antaranya Brahman, Kedah-Kelantan (KK), Sindi dan LID dari Kemboja.

Sempena Aidiladha, syarikat itu menerima tempahan lebih 1,000 ekor untuk lembu import.

Selain itu, 600 ekor diperoleh daripada pelanggan tetap, manakala 1,500 ekor dibekalkan kepada penternak lembu kecil-kecilan pada Julai hingga Ogos ini.

Syarikat itu katanya, satu-satunya pengimport utama yang dibenarkan membawa masuk lembu dari Thailand.

Jumlah berkenaan juga bertambah dari semasa ke semasa untuk memastikan industri penternakan lembu berkembang.

Berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dan perhubungan awam di sebuah universiti swasta, Thiagu mempunyai falsafah besar dalam bidang itu.

Katanya, tidak rugi menyertai sektor penternakan yang dianggap jijik, namun hasil diperoleh cukup lumayan.

“Saya terbabit dengan penternakan lembu bukan untuk kaya, tetapi bidang ini sebati dalam diri kerana minat.

“Jika mahu berjaya, jangan pandang status pendidikan atau kekotoran sebagai perkara menjijikkan,” katanya yang berasal dari Banting, Selangor.

Semua stok lembu import jantan diuruskan Pengurus Ladang, Mohd Nizam di pusat jualan Kampung Sungai Purun, Semenyih.

Aspek kebersihan lembu menjadi kriteria penting.

“Air minuman perlu ada dan bersih, manakala lembu turut dibersihkan sepanjang masa dan kaedah penternakan secara fidlot, lembu tidak dilepas bebas,” katanya.

Dari aspek pengurusan hariannya, lembu import dan baka tempatan dimandikan dua kali.

“Jika cuaca panas, lembu akan dimandikan dua kali sehari, manakala pada waktu hujan dimandikan sekali sehari,” katanya mengakui kebanyakan lembu yang berbadan besar tidak tahan panas.

Lembu yang sihat bergantung kepada pemakanan berkhasiat.

“Biasanya rumput akan disediakan pada waktu pagi bertujuan membekalkan serat.

“Hampas soya disajikan pada tengah hari bagi memastikan lembu itu mendapat sumber protein mencukupi.

“Bagi mengelak haiwan diternak tidak kelaparan pada waktu pagi, jagung diberikan pada waktu malam,” katanya.

Untuk menjamin tahap kesihatan lembu, air perlu dibekalkan bersama vitamin dan garam.

Kaedah penternakan lembu hanya dapat dilaksanakan jika sumber makanan lembu dapat diperoleh pada kadar berpatutan, selain lokasi pemasaran dan bekalan lembu pengganti (feeder) yang sesuai.

Sistem digunakan adalah ‘sekali masuk dan sekali keluar’ iaitu memelihara sekumpulan lembu sehingga tamat ‘penggemukkan’ sebelum memasukkan kumpulan baru.

Disebabkan bekalan lembu tempatan yang terhad untuk penternakan fidlot, kaedah mendapatkan kumpulan lembu pengganti sama besar melalui pengimportan.

Katanya, semua urusan penghantaran lembu disediakan secara percuma.

“Perancangan masa depan, kami merancang mendirikan kandang lembu fidlot terbesar di Negeri Sembilan.

“Operasinya dijangka bermula tahun depan sekali gus menjadi pusat fidlot terbesar dengan kos RM10 juta. Kami hanya menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Berkeluasan kira-kira 28 hektar, cawangan ketiga itu akan dilengkapi pusat pemeriksaan lembu, pusat suntikan, kolam takungan air, makanan, kilang dan jentera.

13

Bagus
16

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AHMADVW 2-7-2014 03:30 AM
nfc kak ijat ado mcm ni, balaci silo jawab
Quote jack_ainsley 2-7-2014 04:07 AM
duit maa... sape tak mau... cara banyak though... pilih ikot diorang la nak wat gane pon janji bole idop...
Quote GhostWalking 2-7-2014 05:00 AM
Lembu pun mandi tau
Quote senahsanasini 2-7-2014 06:24 AM
AHMADVW posted on 2-7-2014 03:30 AM
nfc kak ijat ado mcm ni, balaci silo jawab

Lembu kak ijat dok hotel and banglo.
mne main fidlot2 nihhhhh...

hehehehe
Quote anonims 2-7-2014 06:30 AM
Tak kisahlah kan jual 'tuhan', asal hasilnya nampak..
Lembu kak ijat mana, mana??
Quote Modngengade 2-7-2014 06:34 AM
Pi mai pi mai kat ijat jugak yg kena...

Adakah penternak ini yg mencampakkan kepala lembu kat depan rumah rayer?
Quote mommymonster82 2-7-2014 06:41 AM
Quote alinone78 2-7-2014 06:47 AM
Elllehhh opismet aku belasah j makan mee goreng k meehun goreng yang ada daging
Dengan rasa tak bersalahnya

But when it comes tu rendang n sup baru sibuk tanya ni daging ka ayam
Quote alinone78 2-7-2014 06:48 AM
GhostWalking posted on 2-7-2014 05:00 AM
Lembu pun mandi tau

Kalau dah nama lembu
Scrub satu badan pun totap bau
Quote Badut.Sarkas 2-7-2014 07:08 AM
Baik bagi kapir ni loan fidlot.. xyah bagi 250 juta, bagi sejuta pun dah cukup, mungkin leh tengok hasil nya.

Tapi ketuanan sure xsetuju kan..
Quote slippergombak 2-7-2014 07:14 AM
Ingat lembu, tak bleh lupa duit negara dirembat 250 juta atas nama bela lembu oleh ketua wanita umno malaysia yg juga menteri khas umno...
Ingat lembu juga, ingat macai umno macam lembu dok jilat pemimpin mereka..
Quote cmf_almondpecan 2-7-2014 07:19 AM
Ntah2 K.Thiagu ni bukan Hindu pun. Jadi takde masalah kalau jual daging lembu. Kalau dia Hindu pun, mungkin dia non-practising atau tak percaya konsep lembu sebagai simbol Tuhan dan seumpamanya. Kalau sami Hindu yg dok berceramah pasal keagungan lembu sbg Tuhan dan kemudian jual daging lembu barulah heran kot.
Quote GhostWalking 2-7-2014 07:21 AM
alinone78 posted on 1-7-2014 10:48 PM
Kalau dah nama lembu
Scrub satu badan pun totap bau

Hahahahaha mana tau nehhhh
Quote alinone78 2-7-2014 07:55 AM
GhostWalking posted on 2-7-2014 07:21 AM
Hahahahaha mana tau nehhhh

ko gelak ehhhhhhhhhh
lembu kalau masak pun bau 
Quote Innrukia 2-7-2014 08:00 AM
tajuk misleading....tak hormat kepercayaan org lain
Quote Bell 2-7-2014 08:03 AM
Dekat India diorg export kerbau/daging kerbau. Daging lembu tak boleh. Tapi hindu kat Malaysia selamba rock jer jual lembu kepada org islam utk disembelih. Lembu yg dianggap tuhan dijual utk sembelih oleh penganut ugama lain. Bukankah pelik namanya tu?

Imagine this - org islam tak makan bab1 tapi bukak ladang bab1 utk dijual kepada non-muslim!!!
Quote Acong_II 2-7-2014 08:04 AM
Bell posted on 2-7-2014 08:03 AM
Dekat India diorg export kerbau/daging kerbau. Daging lembu tak boleh. Tapi hindu kat Malaysia selam ...

siapa kata penganut hindu tak boleh makan lembu?
Quote cmf_premierleag 2-7-2014 08:29 AM
anonims posted on 2-7-2014 06:30 AM
Tak kisahlah kan jual 'tuhan', asal hasilnya nampak..
Lembu kak ijat mana, mana??

lembu kak ijat duk dalam kondo
susah bebenau nak access masuk ke kondo tu utk tgk lembu2 tu sbb pak guard yg byk songeh
Quote iza.moha 2-7-2014 08:44 AM
Hindu anggap lembu tu tuhan ke atau diorg anggap suci...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066784 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top