Fara Fauzana Jelas Isu Master PENYAMPAI radio dan pengacara popular, Fara Fauzana, 34, mendedahkan tidak ada sebarang perjanjian yang di buat bersama pihak Geomatika University College di atas penganugerahan Ijazah Kehormat Sarjana (Master) Komunikasi Massa kepadanya. Jelas Fara, tidak ada istilah memberi publisiti percuma kerana tiada sebarang kerjasama yang dilakukan dengan pihak kolej tersebut untuk tujuan promosi. “Saya amat bersyukur dengan penganugerahan yang diberikan ini. Cuma orang di luar sana kena ingat, ini bukan pertama kali sesebuah universiti atau kolej memberi pengiktirafan sebegini, tapi mungkin saya penyampai radio, jadi kedengaran agak janggal. "Apa pun tidak ada istilah mereka mempergunakan saya kerana pihak Geomatika sendiri tidak membuat sebarang hebahan di atas penganugerahan ini. "Orang lain cuma tahu selepas pihak AM Krew membuat kejutan di radio minggu lalu," katanya yang ditemui media, baru-baru ini. Tambah Fara lagi, dia sendiri sebenarnya sudah lama merancang untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana, namun belum berkesempatan untuk berbuat demikian. "Sejak 2004 lagi, saya merancang untuk menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Namun kerana tuntutan kerja saya belum berkesempatan untuk menyambung pengajian. Namun, kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukan," akhirinya.
|
Esmiria posted on 12-11-2014 11:49 PM
oh fara..tak suka fara..
ADVERTISEMENT