CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Black Nyawa Ngidam Buah Cermai

14-11-2014 02:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12569| Komen: 49

Isteri Black Nyawa Ngidam Buah Cermai



KUALA LUMPUR: Keterujaan bergelar bapa ketika saat menghitung hari isterinya bersalin tidak mampu disembunyikan penyanyi Black Hanifah kala pertemuan dengannya pada sidang media Fiesta Muslimah BH di Balai Berita, hari ini.

Isteri yang dikahwininya, Naquia Yasirah Mohd Khairi atau Cira pada September tahun lalu sedang hamil enam bulan ketika ini.


Biar pernah diuji dengan cerita keguguran isterinya sebelum ini, penyanyi kelahiran Mentor TV3 itu enggan mengenang kisah lalu.

Black turut memberitahu beliau enggan mengetahui jantina sebenar bakal anaknya nanti dan lebih selesa membiarkan semuanya menjadi kejutan.

Ikuti cerita Black kepada BH Online termasuk yang paling menarik mengenai cerita mengidam isterinya terhadap buah cermai.

Black juga akan berkongsi berita kelahirannya kepada peminat dan rakan media di laman Instagram. Isterinya dijangka bersalin Februari pada 2015.

"Bagi saya semua orang yang bakal bergelar bapa akan ada perasaan lain macam... bercampur baur. Macam saya sekarang ini kalau bersantai atau membeli belah di pusat beli belah, kedai menjual barangan bayi yang sering dituju.

"Kalau dulu memang takkanlah ke kedai macam itu. Saya dan isteri jadi teruja tengok barang bayi. Tapi baru saya sedar harga barangan bayi sebenarnya teramat mahal.

"Bila ke kedai barangan bayi, kami akan banci dan bandingkan harga," katanya yang setakat ini membeli keperluan bayi secara umum yang boleh digunakan sama ada untuk bayi lelaki atau bayi perempuan.

Setakat ini, Black dan isterinya sudah mempunyai dua nama sama ada nama untuk bayi perempuan atau sebaliknya. Jelas Black lagi, beliau selesa memilih nama bayi yang mempunyai maksud yang baik.

Ketika ini, Black tidak mengalami perkara pelik seperti mengidam yang bukan-bukan. Hanya isterinya saja mengidam. Cuma kebelakangan ini Black mengakui berdepan dengan alahan sakit mata tetapi peliknya selepas pergi periksa keadaannya, doktor mengesahkan tiada masalah.

Buah cermai



"Kali pertama isteri saya pernah mengidam nak makan cendol di Pulau Pinang tetapi kami ketika itu berada di Kuala Lumpur. Mengikutkan kehendaknya hari yang sama kami ke Pulau Pinang. Malam yang sama setibanya kami di Pulau Pinang, dia minta buah cermai yang dipetik dari pokok.

"Saya cuba memujuknya untuk tidak meminta buah berkenaan serta merta. Lalu, saya memuat naik gambar bertanyakan kepada pengikut di laman Instagram di mana nak dapat buah cermai.

"Mereka memberi maklum balas tetapi saya sendiri belum dapat mencarinya. Dijadikan cerita, ibu dan bapa saya ternampak pokok buah cermai di tepi lebuh raya sekitar Cheras. Lucunya, bapa saya memberhentikan motosikal dan menjadikan pengangkutan itu seperti tangga untuk memetik buah. Alhamdulillah jumpa juga akhirnya," katanya yang kini sudah menanam pokok cermai di belakang rumah.

Dalam perkembangan lain, Black malam esok akan berentap pada Separuh Akhir Muzik Muzik mempertaruhkan lagu Si Putih Si Merah bersama rakan rappernya, RJ. Siaran langsung boleh ditonton di TV3.

Menurut Black, sesi latihan mereka agak terbatas kerana kekangan masa tetapi beliau dan RJ mencuri ruang berlatih ketika sesi jamming dan siri jelajah mempromosikan album Tomok, Aku Datang.

Selepas Hard Rock Cafe, Black minggu ini akan bersama Tomok di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pula. Seterusnya minggu depan di Sabah dan Sarawak.


"Minggu ini isteri saya akan dihantar ke Pulau Pinang kerana saya ada urusan persembahan. Alhamdulillah kerjaya saya macam biasa. Januari depan Insya-Allah saya akan muncul dengan single berkonsepkan Balada ciptaan Ajai berjudul Mana Mungkin," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 14-11-2014 08:34 AM
Black hanipah oii..ayat ko xmenahan..wartawan pon jenis tangkap muat..kt penang jeruk pak li tu kan ade cermai?i xdpt byg ayah dia petik cermai dgn cara gitu..mcm le tggi sgt pokok cermai tu dek..nnt bersalin  prince court or ampang puteri nk taje ke bini black ni?ayat dia bli brg baby tu..omg..teramat mahal katenye..dulu pprt..shock culture gamaknye ye black..tp aku suke ngan suare ko,exspecialy  bwk lagu madah berhelah tu..mmg menjadi helah ko mintak tajaan brg baby...hihihiksss..
Quote makneng 14-11-2014 08:52 AM
gussip murahan sgt yg reputz ni canang..
Quote azie.dz 14-11-2014 08:53 AM
wartawan hadap berita....kpi tak meet lettew
Quote NHolmes 14-11-2014 08:55 AM
Baby girl kot
Quote maxim 14-11-2014 08:56 AM
dah tau berita sampah, lg mau gi sumbat kat bod ni.
Quote iman_aly 14-11-2014 09:05 AM
yelaa............
Quote tokyojuliet 14-11-2014 09:08 AM
wartawan sedare mare black kot... lau bini dia tu artis ie cheta ke pasah ke logik gak nk msk paper
Quote ainie_1008 14-11-2014 09:24 AM
sudah ketandusan idea kah wartawan Malaysia nie?
Quote arira_arora 14-11-2014 09:26 AM
ayooo ni pn ade..... berskangke baik.. bini die nk yg fresh puyner..
Quote DARSITA 14-11-2014 09:27 AM

Sedapnya buah ceremai!! tumbuk tumbuk dgn cili padi letak gula ..nyammmm!!
Quote Esmiria 14-11-2014 09:34 AM
buah cermai tu pe?
Quote kokocrunch 14-11-2014 09:49 AM
tahniah black nak jadi ayah dah.
Quote hanezzafirah 14-11-2014 09:52 AM
hai..bkn bini kaya ke? sedara mara dgn laki umie aida..xkan nak banci2 kot..ko beli brand pe?
Quote prettyuglybabe 14-11-2014 10:01 AM
buah cermai cecah garam.. yummm
Quote azimodin 14-11-2014 10:11 AM
DARSITA posted on 14-11-2014 01:27 AM
Sedapnya buah ceremai!! tumbuk tumbuk dgn cili padi letak gula ..nyammmm!!

Kalau x tahan pedas cili padi, guna je cili merah. Pastu bog gula, garam ngan kicap. masuk dalam fridge 2-3 jam pastu makan. Hirup skali kuah dia.

esoknya lari2 gi tandas
Quote DARSITA 14-11-2014 10:13 AM
azimodin posted on 13-11-2014 06:11 PM
Kalau x tahan pedas cili padi, guna je cili merah. Pastu bog gula, garam ngan kicap. masuk dalam f ...



buat macam colek tu ya? wahh sedapnya!! sini ada cermai jeruk dari Thailand. Tak sama dgn cermai fresh.

Quote CrowneGlory 14-11-2014 10:13 AM
Wartawan yg salah... Dah org ty mestila jwp...walaupun setakat cermai publisiti gak tu
Quote putehkundor 14-11-2014 10:14 AM
Mak teh ngandung Dulu suka mkn cermai ni tumbuk+belimbing buloh+cili padi+gula.
Garam dgn asam boi sket..mmm sedapnya.
Urban tak?
Quote alieyrina 14-11-2014 10:14 AM
Msm gila buah cermai tu..umah tok aku adala dulu...xdak org nk mkn sgt pun ...

poyo la laki nih ...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043742 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top