CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Cuba Bunuh Diri Dengan Bayi

12-11-2014 11:38 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6216| Komen: 20

Kulim: Tindakan pantas orang ramai serta anggota Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim berjaya menyelamatkan bayi lelaki berusia sembilan bulan daripada mengalami kecederaan selepas ibunya yang menghadapi masalah tekanan perasaan cuba membunuh diri dalam satu kejadian di Taman Seraya Indah, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.40 petang, wanita terbabit berusia 30-an dikatakan naik ke tingkat dua sebuah rumah kedai dipercayai ingin membunuh diri.
Difahamkan, wanita terbabit ke tempat kejadian bersama bayinya itu dengan menaiki sebuah kereta.

Seorang saksi Nadirah Tasnim Mohd Idris, 20, berkata ketika kejadian itu, dia berada di kedainya di Taman Keladi, di sini, dan kemudian terdengar laporan dari walkie talkie PPKM mengenai seorang wanita bersama bayi lelakinya berusia sembilan bulan mahu membunuh diri di atas sebuah tangga di tingkat dua kedai berkenaan.

Katanya, dia bersama suaminya kemudian bergegas ke tempat kejadian dan sebaik tiba orang ramai sudah berada di di situ dan cuba memujuk wanita terbabit yang ketika itu sedang mendukung bayinya di dalam kain.

“Ketika sampai saya lihat wanita terbabit berada di atas tangga sambil mendukung bayinya. Beberapa orang cuba memujuk kemudian anggota PPKM turut tiba di tempat kejadian untuk membantu operasi menyelamat.

“Melihat keadaan wanita terbabit yang luar kawalan serta kedudukan tangga besi setinggi kira-kira lima meter membuat orang ramai berhati-hati bagi mengelak wanita terbabit mengambil tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada bayi terbabit.

“Ketika wanita terbabit sedang dipujuk orang ramai dan anggota bomba cuba memujuk, seorang lelaki berusia 20-an bertindak berani memanjat batang besi tangga terbabit,” katanya yang ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu wanita terbabit sedang berada di hujung tangga dan leka menyebabkan lelaki terbabit kemudian memanjat dan terus menerpa ke arah wanita terbabit lalu memeluknya dari belakang.

“Selepas lelaki terbabit memeluk wanita terbabit saya terus menerpa ke arah wanita terbabit untuk menyelamatkan bayi itu.

“Keadaan bayi terbabit dalam keadaan lemah kerana ibunya membelitnya dengan kain agak kuat. Kami semua lega selepas wanita terbabit berjaya ditahan serta bayi lelaki itu diselamatkan,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit bersama bayi   dibawa kereta peronda polis ke Balai Polis Kulim, di sini.

ORANG ramai bersama anggota polis menahan wanita yang cuba membunuh diri bersama anaknya.



3

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 12-11-2014 07:05 AM
Indon kah? Mesti kecewa laki bangla tinggalkan beliyau
Quote fifie_olin 12-11-2014 07:08 AM
cino koo
Quote batmana 12-11-2014 07:56 AM
cm drama tv
pstu laki tu jatuh cinta ngn pmpn ni..

tamat
Quote chinta89 12-11-2014 08:06 AM
batmana posted on 12-11-2014 07:56 AM
cm drama tv
pstu laki tu jatuh cinta ngn pmpn ni..

ala dah tamat ke.. kembangkanlah watak tu sikit

bg la list2 nama yg glamer2.. nama mesti kokosen. kena ade berpangkat dari keluarganya.. mcm drama ptg2 kat tv tuh.
Quote nurul_akmar 12-11-2014 08:13 AM
batmana posted on 12-11-2014 07:56 AM
cm drama tv
pstu laki tu jatuh cinta ngn pmpn ni..

pepandai je ko wat ending.
Quote haryatie 12-11-2014 08:22 AM
apa lah masalah nya smpai nk bunuh diri..
kalau terus mati x pe lagik..buat nya cedera teruk saja..da susah seumur hidup..
kalau mati pun....kat sana nnti pun x terlepas...
teruskan je hidup..fikir & usaha mcam mana nak atasi masalah..
kalau xde saudara mara yg sedia menolong..mungkin ada kwan2..
kalau kita pernah berbuat baik pd sesiapa...pasti kita akn temui org lain yg akn berbuat baik pd kita..
tak semestinya org yg sama
cuma kena yakin dgn kehidupan ni....
ada masa baik, ada masa tidak itu biasa..
alamak terlebih sudaaaaa..
Quote rosasa 12-11-2014 08:27 AM
meroyan ke
Quote jazaa 12-11-2014 08:32 AM
Laki nk kawin lain....
Quote baby_pingu 12-11-2014 08:33 AM
kesian kat baby
Quote Suchi 12-11-2014 08:59 AM
batmana posted on 12-11-2014 07:56 AM
cm drama tv
pstu laki tu jatuh cinta ngn pmpn ni..


haha buatnya laki tu laki org huhu

dan sah2 gak pompuan yg nk bunuh diri maybe bini org juga..
Quote FanTasyCreaTioN 12-11-2014 09:05 AM
takde kawan / keluarga untuk berkongsi perasaan dan masalah kot
Quote mrsav 12-11-2014 09:36 AM
kesian anak dia..
Quote manehnya 12-11-2014 09:37 AM
pempuan tu indon ka?
Quote siti_kus 12-11-2014 09:49 AM
kesian baby tu..
Quote budakmanentah 12-11-2014 09:49 AM
Dalam kejadian jam 5.40 petang, wanita terbabit berusia 30-an dikatakan naik ke tingkat dua sebuah rumah kedai dipercayai ingin membunuh diri.


cubaan terjun dari tingkat 2 ke ape ni?

klau jatuh paling kuat pon patah kaki je kak...sian kt ank ko tu...mujur xmati lemas sbb ikatan kain tu kuat sgt
Quote prettyuglybabe 12-11-2014 09:53 AM
meroyan ke apa
kesian anaknya
Quote WawaRaRa 12-11-2014 09:57 AM
rosasa posted on 12-11-2014 08:27 AM
meroyan ke

aku pon rasa dia meroyan... kesian kan....

Quote lindarafee 12-11-2014 10:06 AM
nape x de nama hero yang selamatkan pompuan tu
Quote cheeky_meal 12-11-2014 10:15 AM
xboleh bunuh diri sorang2 ka..g terjun gaung memana jgn menyusahkan org..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.059180 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top