CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Lukisan Di Kaki Bukanlah Tatu - Kaka Azraff

10-11-2014 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15696| Komen: 60

Lukisan Di Kaki Bukanlah Tatu - Kaka Azraff


PETALING JAYA:
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan lakaran yang terdapat di kaki kanannya hanyalah sekadar lukisan yang dilakukan secara suka-suka dan ia tidak kekal lama.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 25, berkata, lukisan itu dibuat oleh seorang rakannya yang pandai melukis dan menjalankan perniagaan lukisan inai.

"Ia bukan tatu tetapi lukisan daripada dakwat pen yang dibuat oleh seorang kawan. Kami bila bertemu memang akan buat perkara-perkara pelik.

"Kawan saya ada kedai inai dan dia seorang yang pandai melukis, jadi saya muat naik gambar itu sebab segaja menghargai hasil kerja seni dia. Saya belum gila lagi untuk buat tatu kekal di kaki," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Kaka diminta mengulas tentang gambar lukisan di kaki yang dimuat naik di laman Instagramnya pada Rabu.

Gambar tersebut telah menerima kecaman daripada pengikut-pengikut Instagram yang menyangka ia sebagai lukisan tatu yang kekal.

Manakala, ada beberapa pengikut yang menganggap lakaran tersebut tidak sesuai dimuat naik kerana menyerupai lambang sebuah agama.

Dalam pada itu, Kaka turut menafikan lukisan kompas itu ada kaitan dengan agama yang dimaksudkan.

"Lukisan itu ialah bentuk kompas dan tiada kaitan dengan mana-mana agama. Saya tidak ada niat pun untuk membuat lukisan yang menyentuh sensitiviti masyarakat atau mana-mana agama.

"Mereka tiada apa ingin komen dan sengaja jadikan perkara itu sebagai sesuatu yang nampak seperti isu besar," katanya.

Sementara itu, Kaka berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut di ruang komen pada gambar yang dimuat naik itu bagi mengurangkan perbalahan sesama pengikutnya.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edoraixora 7-11-2014 12:52 AM
Pic lukisan kt kaki xdop ke
Quote toxicated 7-11-2014 01:13 AM
hahah aku baru perasan avvy TT...
Quote munchkin 7-11-2014 01:43 AM
Whateverlah
Quote ana_w_houb 7-11-2014 01:57 AM
memang ko ni pelik pun , boleh tak mengacara rancangan tv supper kat tv9 tu,pakai tshirt tulis : twerk it.jijik kan?

asal x pakai yg tulis f**k it je? (bukan gambar sebenar) Last edited by ana_w_houb on 7-11-2014 06:10 AM

Quote taikpekatt 7-11-2014 02:02 AM
ana_w_houb posted on 7-11-2014 01:57 AM
memang ko ni pelik pun , boleh tgk mengacara rancangan tv supper kat tv9 tu,pakai tshirt tulis : twe ...

lagi satu mengacara tu menjelingjang ya hamat. smpai laki aku tnya aku "is she on drugs or something?" haha
Quote ana_w_houb 7-11-2014 02:09 AM
taikpekatt posted on 7-11-2014 02:02 AM
lagi satu mengacara tu menjelingjang ya hamat. smpai laki aku tnya aku "is she on drugs or somethi ...


menjelinjang tu apa...macam gedik ye...mmg gedix pun....ada hari tu  masa episode masak asam pedas kat melaka....pastu teammate dia tersalah step masuk bahan...pastu dia kata : ala ni mesti x jadi ...sambil mulut dia pot pet potpet menggelupur ayam kegedikan....dahlah depan juri nya pakcik tua berkopiah yg judge dorang masak.tetap terkinja2.

dia ni gedik tu mmg ada menurun makcik dia..cuma in some occasion tu takleh la nak terbawak2 ye x...yang takleh blah masa belajar buat kueh onde2 yg dgn makcik kat melaka tu....dia request makcik tu menyanyi buat gaya...makcik tu buat muka tenuk jeh taknak layan request dia.....seriously lawak memalukan.yang pelik editor tak potong plak part tu....

Last edited by ana_w_houb on 7-11-2014 02:24 AM

Quote taikpekatt 7-11-2014 02:33 AM
ana_w_houb posted on 7-11-2014 02:09 AM
menjelinjang tu apa...macam gedik ye...mmg gedix pun....ada hari tu  masa episode masak asam ped ...

salah eja plak. menggelinjang. gedik plus x blh duduk diam.

haha. kan. aku tgok masa dia pg johor ke apa yg kena cari otak2 tu. hadoi potong stim nk tgok. mcm lipas kena sembur. haha. sekali tu je la aku tgok. dah takde org lain nk mengacara ke apa ! lg satu skuad pasar mlam yg nas t dgb sorang laki ni. bajet ckp slang mat saleh n ckp tnya org soalan pn mcm bebudak. tolonglah cri org berbakat skit

Btw siapa mkck dia
Quote yipun_78 7-11-2014 07:08 AM
Ella kan makcik dia
Quote ais_kosong 7-11-2014 07:09 AM
taikpekatt posted on 7-11-2014 02:33 AM
salah eja plak. menggelinjang. gedik plus x blh duduk diam.

haha. kan. aku tgok masa dia pg joh ...

ella ngan jojie aciknya...
tlg jwb
Quote salimrock 7-11-2014 07:17 AM
tak penah amik tau sapa dia ni, yg tau ada 1 lagu dia dgn zizan
Quote iluma 7-11-2014 07:56 AM
kaka who??
aku cam c cam muka dia
kalu jumpa kat luar mesti x cam
ingatkan rakyat marhein jer
Quote kemboja2020 7-11-2014 08:24 AM
Hahhaa... mesti dari baby lagi mengidolakan makcik dia kan. Tgk gelagat dia sama je macam Ella
Quote fifie_olin 7-11-2014 08:33 AM
oo gedik ke minah ni...aku xde la layan pe ke jadahnya rancgn yg dia host tu...
nsb baik x tgk...tkot jek
Quote fifie_olin 7-11-2014 08:35 AM
aku dh tgk pic kaki dia tu...bughok ok...corak pon ntah ape2...ade yg komen cam corak kapir jeh
Quote makneng 7-11-2014 08:43 AM
erm..ummah moslem yg berfeeling nak tatoo lps tu pi buat tatoo olok2 then tayang kat IG..mcm bangang je perlakuan ko dek. tak yah dok tayang sangat mende2 serupa ni. buat diam2 sudeh.
Quote chekshu 7-11-2014 08:56 AM


dari ig sheols
Quote tunaluna 7-11-2014 09:01 AM
gedik2 makcik dia pun at least nyanyi sedap,lagu2 pun sedap.si kaka ni lagu pun ntah hape2 je
Quote mizzmimi 7-11-2014 09:06 AM
chekshu posted on 7-11-2014 08:56 AM
dari ig sheols

hudussss..
Quote Kebabomb 7-11-2014 09:07 AM
Okay...suddenly feeling geli/nak muntah  tengok nick forumer...no offence haa...

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.079457 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top