Zizan Nin Tegur Artis Baharu Gila 'Selfie' Zizan bersama isterinya Fazilah Hani Harun. PETALING JAYA: Pelakon Zizan Nin agak kurang senang dengan perangai segelintir pelakon-pelakon baharu yang gemar ‘berselfie’ ketika berada di lokasi penggambaran. Zizan atau nama sebenarnya, Azizan Nin, 39, berkata, tindakan tersebut menganggu kosentrasi pelakon lain serta dilihat tidak menghormati pelakon-pelakon senior yang turut terlibat dalam sesebuah penggambaran. "Saya gembira dengan kemunculan hero-hero baru dalam industri, namun ada segelintirnya yang saya tidak suka kerana kurang fokus ketika di lokasi.
"Ada segelintir pelakon yang suka main-main dan tidak berdisiplin. Bagi saya tidak guna wajah yang cantik dan tampan kalau tiada disiplin. Sementara itu, Zizan yang merangkul anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem menerusi filem Tanda Putera pada Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) Jumaat lalu tidak menjangkakan kemenangan tersebut. Katanya, biarpun filem tersebut kurang mendapat sambutan di pawagam, namun ia mempunyai nilai sebenar dalam tranformasi filem negara. "Saya tidak sangka akan menang kerana mereka tidak beritahu tentang pencalonan akhir dan saya datang hanya untuk beri sokongan sahaja. "Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama saya ke atas pentas untuk ambil anugerah," ujarnya. |
maxim posted on 10-11-2014 07:07 AM
ade ke? xpenah dgr lak
bini die aku rasa lg cun dari cheta
mitnick posted on 10-11-2014 07:42 AM
xkisahlaa kalau suka selfie tapi kat lokasi da prepare and masa kerja ada focus....
kalau jenis se ...
ADVERTISEMENT