Ramai Rakya Malaysia Dari Kaum Banjar Malu Mengaku Banjar
Itulah konsep dilakukan masyarakat Banjar di Batu Pahat, Johor dan Sungai Besar, Selangor, dalam mengekalkan hubungan persahabatan sesama mereka. Pengerusi Penaja Persatuan Banjar Batu Pahat, Jaafar Abdul Hamid berkata, pihaknya sentiasa mencari saudara-mara mereka yang berketurunan Banjar terutama di negara ini. Katanya, sebab itulah Hari Bertahagaan dan Bercuuran diadakan untuk berjumpa dan berkenal-kenalan agar hubungan kekeluargaan tidak akan terputus. “Mereka berketurunan Banjar berasal dari negeri Banjar Masin yang terletak di Kalimantan, Indonesia dan kebanyakan mereka kini tinggal di Johor, Selangor serta sebahagiannya di Perak. “Dengan adanya program seperti ini, diharapkan hubungan kekeluargaan tidak akan terputus, selain menggalakkan anak muda meneruskan tradisi dan amalan kami secara turun-temurun. “Ada anak muda malu mengaku mereka Banjar, malah ada juga sesetengahnya tidak tahu berbahasa Banjar,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Ulung, Sri Medan, yang berjaya mengumpulkan 500 mereka yang berketurunan Banjar. Sementara itu, Setiausaha Persatuan Banjar Malaysia, Zainal Abidin berkata, program bertahagaan seperti ini memang kerap diadakan, namun di Batu Pahat, Johor, ia merupakan kali pertama. Katanya, dia mengharapkan agar pertemuan berkenaan bukanlah kali pertama dan juga kali terakhir diadakan, serta berharap ianya akan berterusan dari masa ke semasa. “Persatuan Banjar Malaysia ini juga pernah mengadakan program seperti ini di Banjar Masin, Indonesia dan dalam masa yang terdekat, akan dilaksana sekali lagi. “Saya berharap ada penglibatan atau mereka (Banjar di Batu Pahat) dapat pergi sendiri ke Banjar Masin dan berkenal-kenalan dengan masyarakat Banjar di sana, kerana mereka juga sebenarnya satu keluarga. “Diharapkan juga persatuan Banjar yang berada di negeri atau di setiap daerah tidak akan melupakan asal-usul mereka dan anak muda tidak perlu malu mengaku mereka berketurunan Banjar,” katanya ANAK JATI Anak Jati ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia. Mereka adalah salah satu dari tiga kumpulan yang membentuk masyarakat Melayu di Malaysia. Kumpulan ini merangkumi suku-suku pribumi seperti:- Orang Melayu Kedah Orang Melayu Beruas Orang Melayu Manjung Orang Melayu Grik Orang Kelang Orang Melayu Melaka Orang Melayu Kelantan Orang Melayu Terengganu Pantai Orang Melayu Ulu Terengganu Orang Melayu Bentong Orang Melayu Lipis Orang Melayu Temerloh Orang Melayu Johor Orang Melayu Brunei Orang Melayu Kedayan Orang Melayu Cocos Orang Melayu Sarawak ANAK DAGANG Anak Dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang Melayu di Malaysia yang mana nenek-moyang mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand dan Pulau Hainan (China). Mereka terdiri daripada rumpun bangsa Austronesia dan terdiri daripada berpuluh-puluh suku yang berbeza iaitu:- Aceh Ambon Banjar Batak (tidak termasuk Mandailing) Bawean (Boyan) Bugis Cham Jawa Kerinci Mandailing (dianggap sebagai ) Melayu Melayu Asahan (Batubara). Melayu Bengkulu. Melayu Deli. Melayu Jambi Melayu Palembang. Melayu Patani Melayu Riau Melayu Siak Minangkabau Nias Ocu (Kampar) Rao (Rawa) Utsul
|
3
Bagus |
5
Marah |
6
Terkejut |
7
Sedih |
1
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SoalanSaya posted on 7-11-2014 09:53 AM
aku ada keturunan banjar belah bapak 100% banjar, mak aku 30% jawa, 70% melayu malaysia. sepanjang a ...
famri7 posted on 7-11-2014 06:04 PM
Saya bermenat tentang asl usul ibu sis.mcm mana boleh kira jadi 30% sis?
famri7 posted on 7-11-2014 06:04 PM
Saya bermenat tentang asl usul ibu sis.mcm mana boleh kira jadi 30% sis?
alesandra posted on 7-11-2014 06:03 PM
suku kaum aku menten je low profile dan cool.yg lelain tu sembang lebat...bising
noor2 posted on 7-11-2014 06:00 PM
Yg i tahu org jawa malu nak mengaku jawa..tambah2 dari johor...ni oernah terjadi.kat kawan sendiri.. ...
ADVERTISEMENT