Erra Fazira Akui Punya Teman Tapi Mesra Hujung minggu lalu, satu laporan akhbar menyebut yang Erra Fazira kini dikatakan sudah temui seorang pengganti sebagai pasangan hidup dan jejaka bertuah itu merupakan seorang yang miliki reputasi sendiri sebagai orang kenamaan di Malaysia.
Dalam temubual bersama media baru baru ini Erra Fazira mengakui yang beliau sedang berkawan rapat dengan seseorang namun menolak lelaki itu merupakan seorang VVIP. “Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali,” jelas Erra Fazira. “Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa” Erra Fazira bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang sedang rapat dengan dirinya itu selain berkata sudah muak dengan gosip dan khabar angin yang sering mengaitkan dirinya dengan lelaki muda seperti sebelum ini.
“Umur saya sekarang sudah tidak sesuai untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah penat dan muak dengan semua gosip seperti itu,” tambahnya.
|
7
Bagus |
10
Marah |
4
Terkejut |
1
Sedih |
40
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali.
Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa.
Apa yang penting individu tersebut merupakan seorang yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya, itu sudah cukup. Saya tidak suka jika dikaitkan dengan mana-mana orang atasan kerana semua itu tidak benar dan itu merupakan satu cerita yang sengaja diada-adakan.”
“Maaf jika saya katakan, saya tidak boleh kongsikan siapakah dia. Cukuplah sekadar saya ceritakan bahawa dia seorang lelaki biasa. Lagi pula, kami baru sahaja saling mengenali antara satu sama lain.
Bercakap soal peringkat perhubungan pula, saya rasa tidak perlu diceritakan dengan lebih lanjut. Pada usia saya yang semakin meningkat kini, saya rasa saya juga berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja yang saya selesa bersama. Itu hak dalam hidup seseorang.”
fifie_olin posted on 5-11-2014 07:25 AM
amboi ank dara dh pndi posing...bkn main dgn heels mom dia...
yg pastinya bf erra tu kaya n ensem.. ...
guesswho09 posted on 5-11-2014 09:48 AM
yg bf org tu ke?
kalau yg tu, masa dgn ee dah kenal dah kan?
ADVERTISEMENT