CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Mamat Khalid Kena Heart Attack

3-11-2014 10:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8067| Komen: 26

Mamat Khalid Kena Heart Attack 



KUALA LUMPUR - Pengarah terkenal, Mohamad Mohamad Khalid, 51, atau lebih dikenali sebagai Mamat Khalid terpaksa dikejarkan ke Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pukul 8 pagi tadi akibat serangan jantung.

Menurut isterinya, Hasmah Hassan, 50, Mamat dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit di bahagian dada.

Keadaan pengarah itu dilaporkan stabil dan sedang mendapat rawatan di Unit Jagaan Koronari (CCU).

"Kami sekeluarga berada di Kuala Lumpur untuk sesi persiapan Festival Filem Malaysia (FFM) di Seremban, namun ada pukul 8 pagi tadi, dia mengadu sakit di bahagian dada.

"Saya terus menghantar dia ke hospital terdekat kerana bimbang sakitnya berpanjangan. Selepas mendapat rawatan awal, doktor terpaksa menahannya di wad berikutan tekanan darahnya yang tinggi melepasi paras normal.

"Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan dia masih berada di wad sementara menunggu keputusan doktor untuk mengesan punca sebenar serangan jantung tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Hasmah menambah, sebelum ini, suaminya itu pernah mengadu sakit di bahagian dada namun dia enggan untuk menerima rawatan di hospital.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mommymonster82 31-10-2014 03:36 PM
Innalillah..moga bg mamat selmat..

Bru tgk rombongan cik kiah ke kelana jaya.. Superb..!!!
Quote Jagendas 31-10-2014 03:36 PM
get well soon incik mamat
Quote lady_rara 31-10-2014 03:45 PM
GWS abang mamat khalid..
Quote prettyuglybabe 31-10-2014 03:56 PM
takziah..

Quote awanearisu 31-10-2014 03:58 PM
semoga segera pulih..
Quote alesandra 31-10-2014 04:03 PM
bang mamat ..kalo dah sakit2 dada tu cepat-cepatlah check.sakit dada neh bukan leh buat main2.org yg lagi muda pun ada yg sudden death psl jantung neh.semoga cepat sembuh dan bykkan berehat.jgn degil2...
Quote lululun 31-10-2014 04:19 PM
semoga cepat sembuh...
Quote iman_aly 31-10-2014 05:26 PM
semoga cepat sembuh....
Quote rosasa 31-10-2014 05:28 PM
Semoga cepat sembuh... Sakit jgn la degil tak nak check
Quote drlinda08 31-10-2014 05:35 PM
Semoga cepat sembuh..
Quote theotherfriend 31-10-2014 05:38 PM
Get well soon cik mamat
Quote zila_hakimie 31-10-2014 05:39 PM
get well soon
Quote makneng 31-10-2014 05:47 PM
mommymonster82 posted on 31-10-2014 03:36 PM
Innalillah..moga bg mamat selmat..

Bru tgk rombongan cik kiah ke kelana jaya.. Superb..!!!

la iolls tlepas nak tgk drama tu..huhu
harap abg mamat khalid ok lps ni
Quote mitnick 31-10-2014 06:05 PM
smg cepat sembuh...
Quote CikYaw 31-10-2014 06:12 PM
Get well soon abg mamat!
Quote izabellemylia 31-10-2014 06:19 PM
semoga cepat sembuh abang mat...
Quote mommymonster82 31-10-2014 06:42 PM
makneng posted on 31-10-2014 05:47 PM
la iolls tlepas nak tgk drama tu..huhu
harap abg mamat khalid ok lps ni

U.. Ada kt tenet u..i tgk online jer...
Quote makneng 31-10-2014 06:49 PM
mommymonster82 posted on 31-10-2014 06:42 PM
U.. Ada kt tenet u..i tgk online jer...

dgn segera iolls carik kat yutiup..mekasih mommy
Quote mommymonster82 31-10-2014 06:54 PM
makneng posted on 31-10-2014 06:49 PM
dgn segera iolls carik kat yutiup..mekasih mommy

Oraite..klu xjuper roger..i kasik link...

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.141361 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top