CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Dato Siti Nurhaliza Hilang Suara

31-10-2014 11:18 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14079| Komen: 68

Dato Siti Nurhaliza Hilang Suara 




KUALA LUMPUR: Bertahun lamanya juga penyanyi popular tanah air, Datuk Siti Nurhaliza tidak berkunjung ke Indonesia untuk mempromosikan album.
Lalu undangan ke negara jiran itu selama lima hari ternyata menggamit memori beliau suatu ketika dulu.

Dulu, negara berkenaan umpama rumah keduanya. Populariti Siti di negara itu bukan sekadar cakap kosong semata-mata.


Siti memang dikenali di sana dan pernah mencipta fenomena. Siti ke sana sejak 19 hingga 23 Oktober lalu.

Pemergiannya ke sana sehari selepas dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Terbaik dan Lagu Terbaik Malaysia ketika berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2014 di Singapura.

Ikuti temubual Siti semalam ketika dihubungi BH Online.

Siti mengakui sampai hilang suara kerana jadual kerja seninya yang berjalan tanpa henti.

"Lima hari di sana walaupun penat dan jadual cukup padat tetapi semuanya cukup berbaloi. Alhamdulillah Siti baru saja dimaklumkan ada mendapat undangan lagi ke Indonesia untuk menjayakan program hiburan mereka.

"Daripada sudut lain, Siti berbangga undangan Universal Music Indonesia dalam siri mempromosikan album Fragmen sebagai jalan mengembalikan perjuangan Siti kepada penggemar muzik di Indonesia," kata penyanyi lagu Jaga Dia Untukku itu.

Siti mengakui kehadirannya ke Indonesia itu mendapat maklum balas yang baik termasuk di kalangan pihak media yang bersemangat mahu mendapatkan bahan berita.

"Media di sana pun sanggup menunggu Siti untuk ditemubual. Siti terbabit di mana-mana program yang diaturkan di sana pun, ada yang datang serbu. Ia sedikit sebanyak mengimbas kembali memori Siti suatu ketika dulu ketika mempromosikan album di sana," katanya.

Menceritakan perjalanan jadual seni yang diaturkan kepadanya, Siti tiba di Indonesia pada 19 Oktober dan terus menjalani latihan pada sebelah siang sebelum konsert bermula sebelah malamnya.

"Hari pertama sampai itu Siti terbabit untuk konsert secara langsung bersempena ulang tahun MNCTV. Keesokan paginya Siti perlu menghadiri temubual untuk program TV. Siti turut membuat penampilan di saluran RCTI.

"Selain konsert ulang tahun itu, Siti juga terbabit dengan Konsert Superstar yang menggabungkan Siti dengan dua penyanyi Indonesia iaitu Ayu Tinting dan Syahrini. Lucunya, konsert dua jam ini yang sepatutnya bermula jam 9 malam terpaksa ditunda jam 11 malam.

"Ini kerana Siti diberitahu mereka memberi laluan kepada perlawanan bola sepak yang berlangsung. Nak tak nak, Siti perlu menunggu tapi Alhamdulillah ia menjadi memori indah ketika berada di sana," katanya.

Siti memberitahu dua konsert yang disertainya itu turut mendapat trending di laman sosial.Di konsert MNCTV, Siti ada menyanyikan lagu irama dangdut hingga menjadi perhatian ramai di sana.

"Ada saluran TV yang wujudkan slot sejam bersama Siti. Siti juga ada bertemu Sarah Sechan untuk program yang dikendalikannya. Siti juga ada bertemu Rhoma Irama dan Cakra Khan. Siti dan Cakra turut menyanyikan lagu duet kami berjudul Seluruh Cinta.

"Tak lama lagi single ketiga dari album Fragmen iaitu Terbaik Bagimu akan dipromosikan pula di Malaysia. Lagu itu juga akan dipromosikan sebagai single pertama di Indonesia," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaywood.NET 29-10-2014 11:17 PM
aku ada tengok siti buat persembahan di sana.. mmg dia banyat menarik suara pun..
Quote malaywood.NET 29-10-2014 11:19 PM
tapi persembahan malam tu mmg cantik. ala ala victoria secret. fairytale gitu
Quote sepitsiput 29-10-2014 11:21 PM
good for her. lama sheols senyap dr sbrg show kt indon... kawan meols kt zakarta pun ada tnya kenapa siti x dtg sana dah. meols jwb lagi sibuk jagain suami
Quote malaywood.NET 29-10-2014 11:27 PM
sepitsiput posted on 29-10-2014 11:21 PM
good for her. lama sheols senyap dr sbrg show kt indon... kawan meols kt zakarta pun ada tnya kenapa ...

siti mula aktif kesana pada tahun ni jgk lah. ada tengok dia buat single dan video klip di sana..
Quote fredbok87 29-10-2014 11:27 PM
sepitsiput posted on 29-10-2014 11:21 PM
good for her. lama sheols senyap dr sbrg show kt indon... kawan meols kt zakarta pun ada tnya kenapa ...

alasan sangat bernas... apapun proud of her lah... tak rugi menjadi penyanyi no 1 kegemaran iols dulu kini dan selamanya... go tok tiii
Quote sepitsiput 29-10-2014 11:31 PM
fredbok87 posted on 29-10-2014 11:27 PM
alasan sangat bernas... apapun proud of her lah... tak rugi menjadi penyanyi no 1 kegemaran i ...

yelah, kan suami dia eksiden ari tu. jaga dia untukku khenn... dlm VC rider motor tu rembes, tp sbbkan tahu story disebalik lagi, meols ttp ternampak muka tok K dlm VC tu... begitu jua dgn lagu biarlah rahsia dan cahaya cinta..imej tok K kuat di ingatan meols
Quote enchikfitz 29-10-2014 11:34 PM
Aku suka Terbaik Bagimu dijadikan next single. Sedap lagu nya walaupun macam masih kurang.
Quote malaywood.NET 29-10-2014 11:51 PM
sepitsiput posted on 29-10-2014 11:31 PM
yelah, kan suami dia eksiden ari tu. jaga dia untukku khenn... dlm VC rider motor tu rembes, tp sb ...

yg jd model lelaki watak tok k  tu namanya mandala shoji kaka.. antara actor indonesia yg plg kacak pd pandangan iols. baim wong,randy dan sewaktu dgn nya semua boleh blah
Quote eddysheddy 30-10-2014 12:45 AM
Oh jadi terbaik bagimu single ketiga
Ok..nice

Harap2 pastu seluruh cinta dan membunuh benci
Plzzz siti
Quote Orix 30-10-2014 12:53 AM
faktor usia. nyanyi 3-4 lagu sehari 3 hari bturut2
dh hilang suara. dlu wt knsert sehari bebelas2 lagu rilek je suara.

p/s : adekah ct ikuti poll lagu pebret di bod tok t yg ramai vote lagu terbaik bagimu plg best dlam fragmen? igtkan dia nk jd kan membunuh benci sbg next single.
Quote DianaSaksen 30-10-2014 01:01 AM
Tengah Layan Lagu Tokti..Disekelilingmu Ada Dinding,,, ding ding ding ding
Quote fry_paranoid 30-10-2014 01:06 AM
Thank god terbaik bagimu is the next single.. album2 sblm ni byk lagu yg xbrp best ct jdikan sngle... nsbla kali ni x... haritu kat hlive ct xsebut pun lagu terbaik bagimu akan djadikan single.. kecewa gak wkt 2...
Quote supernaturalee 30-10-2014 08:24 AM
terbaik bgmu ni desperate & needy sgt bunyinya
ala2 kris dayanti pun ada
Quote kejoraria 30-10-2014 08:35 AM
tak berapa minat dia ni....tp ada satu dua lagu dia aku layan gak
Quote schababe 30-10-2014 08:41 AM
tuhan..jaga dia utkku
Quote helmeita 30-10-2014 09:01 AM
hem.. tak minat sgt.... tapi aku cian kat dia....
Quote kaklehot 30-10-2014 09:57 AM
mesti DCT terbayang2 somi beliau yg bermisai tebal ketika menyanyi lagu2 hits dia kan..oucchhhh
Quote harisbee 30-10-2014 10:18 AM
kaklehot posted on 30-10-2014 09:57 AM
mesti DCT terbayang2 somi beliau yg bermisai tebal ketika menyanyi lagu2 hits dia kan..oucchhhh

yer la..dr terbayangkan somi org lain..atau suami kaklehot ke..baik bayang somi sendiri wpun sendu kan
Quote wickedwisdom 30-10-2014 10:43 AM
get well soon dato!

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056264 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top