CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Chef Wan: Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Pondan

30-10-2014 12:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15291| Komen: 78

Chef Wan: Lelaki Buat Kerja Rumah Bukan Pondan
  • Chef Wan

KUALA LUMPUR - Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan, Datuk Redzuawan Ismail.

Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam diri di kalangan lelaki khususnya Melayu, yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.

"Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja-kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.   

"Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat," katanya kepada Bernama selepas menjadi anggota panel dalam diskusi 'Mentakrifkan Kelelakian' (Redefining Masculinity) sempena Forum Wanita Luar Biasa (The Woman Extraordinaire Forum) 2014, di sini hari ini.



Chef Wan berkata, sebagai suami dan bapa yang merupakan ketua keluarga, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan membantu melakukan kerja-kerja rumah.

"Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan hanya menyenangkan, malah menyihatkan badan," katanya.   

Pereka fesyen, Bon Zainal Harun berkata, maruah serta imej seorang lelaki tidak akan terjejas sekiranya membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk dan membasuh  pakaian.   

"Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.   

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka," katanya.


Diskusi selama sejam yang membincangkan stereotaip orang ramai mengenai peranan lelaki dalam urusan rumah tangga pada masa kini, turut melibatkan Pengarah Eksekutif SEGi Group, Kim Odhner sebagai anggota panel.

Pengasas Brandt International Sdn Bhd, Munirah Looi bertindak sebagai moderator. 


2

Bagus

Marah
1

Terkejut
3

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CrowneGlory 29-10-2014 11:24 PM
Tanya bewak kokping :lol
Quote sepitsiput 29-10-2014 11:25 PM




Quote AcikLijah 29-10-2014 11:38 PM
ok next.....
Quote MsKathryn 30-10-2014 01:48 AM
Betul kata chef wan
Quote munchkin 30-10-2014 05:18 AM
Yup betul. Kita je kat sini biar anak pompuan buat kerja rumah. Anak lelaki dimanjakan.
Quote leekamlee 30-10-2014 07:23 AM
MsKathryn posted on 30-10-2014 01:48 AM
Betul kata chef wan

Rasulullah pun bantu isteri baginda buat kerja rumah.....renung2kan..

Rasulullah SAW bersabda: “Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku. Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita, kecuali dia seorang yang mulia. Tidak ada yang menghina wanita, kecuali orang yang rendah pekertinya.” (Riwayat Abu Daud)
Quote drivethru 30-10-2014 07:40 AM
Bila buat keje rumah kata lelaki lembut.

Bila x buat, kata pemalas, pengotor dan x nak menolong.

Orang yg dari kecil dh biasa tinggal dlm rumah yg bersih, kemas, secara semulajadi akan mengemas rumah bila nampak bersepah. Sbb didikan tu dh ade mase kecik lagi.

Quote haryatie 30-10-2014 09:05 AM
betul3...
kalau bg alasan tkut nmpak pondan sebenarya tu spesis pemalas..
Quote skymania 30-10-2014 09:09 AM
btol! aku stuju...

jantan zaman sekarang haprak!

seme mende lah bini nak buat terkangkang2 kt umah..

pas balik keje ... kesah umah plak.. anak plak..

dpt laki yg tak reti masak.. tp rajin kemas umah skit pon jadik lah..
Quote pink012 30-10-2014 09:16 AM
setuju sgt.
aku mmbesar dgn ayah yg biasa buat kerja2 rmh mcm memasak, pegi pasar, sidai kain etc, jadinya aku mcm skeptik kat lelaki yg x reti @ xnak buat kerja rmh

huhuhu
Quote ctmoon 30-10-2014 09:16 AM
aku seb bek laki rajin nolong kemas umah..msk jek aku..dulu die kms umah n basuh baju jek..xmo sidai..tkt kawan2 die nampak..skang die dh sidai skali dh..sian kat aku kate nye lik koje penat2 nk kne masak ag..sidai kan ag..
Quote pichee 30-10-2014 09:25 AM
ctmoon posted on 30-10-2014 09:16 AM
aku seb bek laki rajin nolong kemas umah..msk jek aku..dulu die kms umah n basuh baju jek..xmo sidai ...

syukur ko ade suami yg menolong....
Quote hayrin86 30-10-2014 09:31 AM
Saya ok saja kalau mencuci pinggan, memasak untuk saya sendiri makan.
Quote fatinz 30-10-2014 09:32 AM
memang btol pun kata chef wan tu...hakikatnya ramai bini yang tanggung laki nowadays, pastu malas pulak tolong buat kerja rumah..bini je sume..eh eh...tetiba pasang satu lagi
Quote jamilah 30-10-2014 09:33 AM
pe pendapatan korang kalau suami tlg cuci yayak anak? hina kah?
Quote syafiq79 30-10-2014 09:34 AM
setuju ngn chef wan...
Quote ctmoon 30-10-2014 09:37 AM
pichee posted on 30-10-2014 09:25 AM
syukur ko ade suami yg menolong....

syukur la kat situ...cume die ske kuar mlm2 jerk...hahaha...g ngeteh ngan kawan2...
Quote ctmoon 30-10-2014 09:40 AM
jamilah posted on 30-10-2014 09:33 AM
pe pendapatan korang kalau suami tlg cuci yayak anak? hina kah?

bagi aku ok la..bagus suami mcm tu...hubby aku masa anak selsema siap hingus ank pun die isap...aku xpernah ag isap hingus ank aku..huhuhuhu..
Quote kaklehot 30-10-2014 09:42 AM
respek kalo lelaki tlg isteri wat keje rmh..very caring & responsible gitu..

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.210494 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top