Tomok Elak Anak Terlibat Bidang Seni Tomok tampil dengan album terbaharu berjudul Tomok: Aku Datang.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Tomok tidak berhasrat untuk melibatkan anak lelakinya Arrianshah Akid dalam bidang seni khususnya sebagai model kanak-kanak kerana dia masih kecil.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 30, berkata, biarpun sudah ada tawaran untuk anaknya yang kini berusia tiga tahun, namun dia mahu anaknya itu membesar dalam kehidupan seperti orang biasa. "Saya dan isteri seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan anak kami kepada perkara berkaitan bidang hiburan kerana mahu dia menjalani kehidupan biasa seperti mana kanak-kanak lain. "Ada tawaran yang datang kepadanya tetapi kami tolak dengan cara baik dan mereka juga faham dengan keputusan kami," katanya kepada mStar Online. Tomok ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Tomok: Aku Datangyang diadakan di Hard Rock Cafe di sini pada Isnin.
Tomok bersama barisan artis yang bakal menyertai Road Tour Aku Datang pada November ini iaitu RJ (paling kiri), SSK dan Radhi OAG (paling kanan). Dalam pada itu, Tomok juga mengakui tidak sabar menantikan kehadiran anak kedua mereka yang dijangka dilahirkan pada Februari depan. "Alhamdulillah isteri sekarang sedang mengandung lima bulan dan seperti Arrian, kehadiran anak kedua ini juga cukup dinanti-nantikan kami berdua," katanya. Sementara itu bercakap mengenai album keduanya, Tomok menjelaskan, album berkenaan memaparkan kematangannya sebagai seorang penyanyi termasuk daripada segi pemilihan lagu. Malah kata Tomok, dia cukup bertuah apabila syarikat rakamannya, Monkey Bone memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertindak sebagai penerbit album berkenaan dan menggunakan peluang tersebut untuk menghasilkan yang terbaik buat peminat. "Bukan mudah bertindak sebagai penerbit kerana banyak perkara perlu diberi perhatian namun saya cukup puas menghasilkan album ini kerana ia menterjemahkan sisi matang saya sebagai penyanyi. "Malah lagu-lagu dipilih adalah terbaik khas buat semua peminat saya," katanya. |
4
Bagus |
6
Marah |
Terkejut |
11
Sedih |
3
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sepitsiput posted on 28-10-2014 04:55 PM
tak nak anak terlibat dunia seni...tp gigih menayang kecomelan anak kt social media...dah sah2 lah k ...
applemy posted on 28-10-2014 04:59 PM
Ha tengok, Tomok pun bijak tak mau expose anak dia
Artis lain gigih nak promote walaupu ...
mokcikKSKB posted on 28-10-2014 05:00 PM
Rasanya tomok sama je macam 1st time parent lain.teruja ada anak.keraplah uplod video nya...bezany ...
shara154 posted on 28-10-2014 05:01 PM
Bidang seni and media sosial xberkait ek?
Tu la dia sekarang duk tayang2.
Tapi baby dia mmg comel ...
"Saya dan isteri seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan anak kami kepada perkara berkaitan bidang hiburan kerana mahu dia menjalani kehidupan biasa seperti mana kanak-kanak lain.
sepitsiput posted on 28-10-2014 05:03 PM
masalahnya dia kata x seiring perbuatan...pungpang2 kt media kata x nak expose anak...tp kt ig heo ...
sepitsiput posted on 28-10-2014 05:03 PM
masalahnya dia kata x seiring perbuatan...pungpang2 kt media kata x nak expose anak ke dunia hibur ...
ADVERTISEMENT