CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10500|Reply: 77

Tomok Elak Anak Terlibat Bidang Seni

[Copy link]
Post time 28-10-2014 04:19 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.75em]Tomok tampil dengan album terbaharu berjudul Tomok: Aku Datang.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

[size=0.98em]KUALA LUMPUR: Penyanyi Tomok tidak berhasrat untuk melibatkan anak lelakinya Arrianshah Akid dalam bidang seni khususnya sebagai model kanak-kanak kerana dia masih kecil.

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 30, berkata, biarpun sudah ada tawaran untuk anaknya yang kini berusia tiga tahun, namun dia mahu anaknya itu membesar dalam kehidupan seperti orang biasa.

"Saya dan isteri seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan anak kami kepada perkara berkaitan bidang hiburan kerana mahu dia menjalani kehidupan biasa seperti mana kanak-kanak lain.

"Ada tawaran yang datang kepadanya tetapi kami tolak dengan cara baik dan mereka juga faham dengan keputusan kami," katanya kepada mStar Online.

Tomok ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Tomok: Aku Datangyang diadakan di Hard Rock Cafe di sini pada Isnin.




[size=0.98em]
[size=0.98em]Tomok bersama barisan artis yang bakal menyertai Road Tour Aku Datang pada November ini iaitu RJ (paling kiri), SSK dan Radhi OAG (paling kanan).
Tambah Tomok, cukup sekadar dia dan isterinya, Rahayu Abbas (Ayu) berkongsi perkembangan anak mereka itu di laman sosial untuk tatapan peminat mereka.

Dalam pada itu, Tomok juga mengakui tidak sabar menantikan kehadiran anak kedua mereka yang dijangka dilahirkan pada Februari depan.



"Alhamdulillah isteri sekarang sedang mengandung lima bulan dan seperti Arrian, kehadiran anak kedua ini juga cukup dinanti-nantikan kami berdua," katanya.

Sementara itu bercakap mengenai album keduanya, Tomok menjelaskan, album berkenaan memaparkan kematangannya sebagai seorang penyanyi termasuk daripada segi pemilihan lagu.



Malah kata Tomok, dia cukup bertuah apabila syarikat rakamannya, Monkey Bone memberikan kepercayaan kepadanya untuk bertindak sebagai penerbit album berkenaan dan menggunakan peluang tersebut untuk menghasilkan yang terbaik buat peminat.

"Bukan mudah bertindak sebagai penerbit kerana banyak perkara perlu diberi perhatian namun saya cukup puas menghasilkan album ini kerana ia menterjemahkan sisi matang saya sebagai penyanyi.

"Malah lagu-lagu dipilih adalah terbaik khas buat semua peminat saya," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 04:28 PM | Show all posts
suke tgk anak tomok ni. somel!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:29 PM | Show all posts
baguih la tomok.. biakanlah dia dengan zaman kanak2..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:53 PM | Show all posts
bagus






Che Ta
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:54 PM | Show all posts
dulu yang kata ade syarikat luar negara nak interbiew pasal anak die  ke ? oprah kan jemput kalo x silap put... tu ape cite Uolzzz??? Last edited by puteri_impian on 28-10-2014 04:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:55 PM | Show all posts
tak nak anak terlibat dunia seni...tp gigih menayang kecomelan anak kt social media...dah sah2 lah kt luar sana org kenal anak ko bila membesar nanti...time tu ko meroyan la cukup2 kalau anak ko kena kenan fame ko ciptakan sendiri... motif?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2014 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat bideo "mana pender..mana anak pender" kelakar sgt.hrp anak kedua sekiut si arian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 04:59 PM | Show all posts
Ha tengok, Tomok pun bijak tak mau expose anak dia

Artis lain gigih nak promote walaupun anak tak comel mana pun.. hiks!
Awas, kat luar tu banyak child rapist & paedophile!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 28-10-2014 04:55 PM
tak nak anak terlibat dunia seni...tp gigih menayang kecomelan anak kt social media...dah sah2 lah k ...

Rasanya tomok sama je macam 1st time parent lain.teruja ada anak.keraplah uplod video nya...bezanya kita ni bukan retis mcm dia.hghe
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:00 PM | Show all posts
applemy posted on 28-10-2014 04:59 PM
Ha tengok, Tomok pun bijak tak mau expose anak dia

Artis lain gigih nak promote walaupu ...

bijak ke? rasanya bersepah video anak dia kt tenet...krg pedo cari anak dia baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:01 PM | Show all posts
Bidang seni and media sosial xberkait ek?
Tu la dia sekarang duk tayang2.
Tapi baby dia mmg comel.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:02 PM | Show all posts
mungkin tunjuk anak kat page tak salah rasanya sebab tu anak dia..

ok pe xnak anak terlibat dengan seni.. mungkin dia lebih faham, kalau da terlibat camne nnt..


iols sokong tomok n isteri..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:03 PM | Show all posts
mokcikKSKB posted on 28-10-2014 05:00 PM
Rasanya tomok sama je macam 1st time parent lain.teruja ada anak.keraplah uplod video nya...bezany ...

masalahnya dia kata x seiring perbuatan...pungpang2 kt media kata x nak expose anak ke dunia hiburan...tp kt ig heols..dalam tempoh 24 jam sjk smlm...ada 6 keping gambar anak dia + 1 video ... motif? org lain upload juga gmbr anak...tp bukan tetiap hari. klu jenis gigih nak tayang anak, x yah buat statement bajet good gini.. dia x faham agaknya kesan dan akibat kalau org kenal dan cam anak dia...nak sekolah pun rimas..bila dh biasa jd bahan tontonan...jgn terkejut budak tu nnt gedik nk jd retis jugak

kejap lagi meols mesti kena lahar dgn karats tomok... mesti backup ckp " biarlah...anak dia cute, sesuailah keluar ig selalu" ... pprt detected
Last edited by sepitsiput on 28-10-2014 05:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:03 PM | Show all posts
baby comel..tapi normal kot utk parents dok upload telatah anak..
cuma bezanya tomok ni artis..
tapi anak dia memang comei
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:05 PM | Show all posts
shara154 posted on 28-10-2014 05:01 PM
Bidang seni and media sosial xberkait ek?
Tu la dia sekarang duk tayang2.
Tapi baby dia mmg comel ...

according to tomok
"Saya dan isteri seboleh-bolehnya tidak mahu terlalu mendedahkan anak kami kepada perkara berkaitan bidang hiburan kerana mahu dia menjalani kehidupan biasa seperti mana kanak-kanak lain.

puihhh...retis sepatutnya guna media social utk promote product...bukan tayang aksi anak 24 jam. klu nk share pun, berpada2 lah. just my 2cents
Last edited by sepitsiput on 28-10-2014 05:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput posted on 28-10-2014 05:03 PM
masalahnya dia kata x seiring perbuatan...pungpang2 kt media kata x nak expose anak...tp kt ig heo ...

I agree.
Itu la yg peliknya.
Expose anak media sosial xpe ek.
Nanti ada adik bertambah2 la lagi. Huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2014 05:24 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 28-10-2014 05:03 PM
masalahnya dia kata x seiring perbuatan...pungpang2 kt media kata x nak expose anak ke dunia hibur ...

Biar lah, anak dia cute....sesuailah keluar IG selalu
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:25 PM | Show all posts
muda lagi rambut dah ketengah tomok ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:25 PM | Show all posts
arrian memang comel sangat!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2014 05:26 PM | Show all posts
Baharu umur 30, dah botak separuh kepala.....

Harap contact yun nam dgn kadar segara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:52 AM GMT+8 , Processed in 0.386941 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list