Wanita Tubuh Kelab Superbike
Gambar hiasan Selain berat, ia juga memerlukan seseorang penungÂ-gang itu memiliki teknik yang baik untuk menunggangnya kerana jika silap percaturan, bahaya mungkin boleh menimpa. Bagi selebriti popular, Nurul Alis Aidil Akhbar atau lebih dikenali sebagai Kiki, sama seperti hobi lain, menungÂ-gang motosikal berkuasa tinggi juga mempunyai kelebihan tersendiri. Kata beliau, hobi berkenaan sebelum ini sering dikaitkan dengan lelaki saja, tetapi ia turut digemari ribuan wanita di seluruh dunia. Katanya, wanita dan motosikal berkuasa tinggi bukan lagi asing untuk masyarakat di negara ini, namun penerimaan belum meluas. "Memang tidak dapat dinafikan masyarakat suatu ketika dulu menganggap penunggang motosikal berkuasaÂ- tinggi wanita adalah kasar dan hilang sifat kewanitaan mereka. "Sedangkan hakikatnya bukan begitu kerana kami (penunggang wanita) masih tahu mengenai batas wanita timur dan menjaga kelakuan supaya tidak menjolok mata. "Apatah lagi, kebanyakan penunggang wanita terdiri daripada golongan ibu dan perlu menjaga nama baik keluarga," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Kiki, di Malaysia contohnya, terdapat ramai penunggang motosikal berkuasa tinggi wanita dan ada yang sudah menyertai pelbagai kelab. Dengan adanya kelab tertentu, penunggang boleh bertukar-tukar pendapat selain melakukan pelbagai aktiviti berfaedah bersama-sama. "Sebagai contoh, pengeluar motosikal terkemuka, Ducati turut menubuhkan Kelab Desmodonna Malaysia yang baru saja dilancarkan baru-baru ini. "Kelab ini mengumpulkan peminat motosikal jenama berkenaan dari seluruh negara tanpa meÂ-ngira latar belakang agama atau bangsa. "Ia adalah pertubuhan bukan berkepentingan bagi memberi tumpuan untuk mendidik penungÂ-gang wanita mengenai keselamatan selain meÂ-nyerlahkan gaya tersendiri yang menjadi tunjang kehebatan jenama itu selama ini," katanya. Dalam pada itu, selaku presiden yang juga merangÂ-kap pengasas kelab berkenaan, Kiki mengakui dia turut berdepan dengan cabaran terutama untuk menghimpunkan semua penggemar motorsikal itu dari seluruh negara. Katanya, kelab berkenaan ditubuhkan sempena sambutan ulang tahun ke-10 jenama itu di negara ini selain turut memeriahkan sambutan Minggu Asia Ducati 2014 di Litar Sepang. "Kelab yang ditubuhÂ-kan secara rasmi ini bukan untuk syok sendiri, tetapi lebih kepada usaha jariÂ-ngan hubungan antara penunggang wanita motosikal ini di seluruh negara. "Dengan adanya kelab berkenaan, penunggang motosikal berkuasa tinggi boleh melakukan pelbagai aktiviti secara berkumpulan yang pastinya lebih menyeronokÂ-kan," kataÂ-nya. Kiki berkata, sebagai permulaan kelab berkenaan mempunyai 24 ahli berdaftar dan diketuai oleh beliau sendiri sebagai presiden. Ahli kelab itu terdiri daripada pelÂ-bagai latar belaÂ-kang kerjaya dan kebanyakan mereka berusia antara 20 hingga awal 40-an. "Semua wanita yang memiliki motosikal jenama itu boleh menyertai kelab berkenaan dan keahlian akan diperbaharui setiap tahun. "Penyertaan anda semua penting kerana kami merancang untuk mengadakan pelbagai program menarik termasuk acara amal, tungÂ-gangan santai serta latihan trek yang pasti mencabar kemahiran menunggang," katanya. Sementara itu, Wirdayu Abd Jalal, 30 berkata, dia mula meminati motosikal berkuasa tinggi selepas diperkenalkan oleh suaminya, Erwan Zafry. Kata pengurus besar sebuah syarikat swasta itu, dia bertuah kerana suaminya tidak menghalang minatnya malah turut menjadi 'guru' untuk mengajar pelbagai teknik tunggangan. Oleh kerana minat, ibu kepada tiga anak berusia antara lima dan dua tahun serta suamiÂ-nya sanggup berhabis wang demi memiliki jentera idaman, Ducati Diavel 1200cc, Ducati Monster 795cc serta MV Agusta F4RR 1000cc. "Bagi saya, menunggang motosikal berkuasa tinggi adalah satu terapi untuk menghilangkan tekanan selepas penat bekerja. "Jika tidak dapat menungÂ-gang dalam jarak jauh, saya dan rakan biasanya akan merancang perjalanan jarak dekat seperti balik kampung (Muar) pada hujung minggu semata-mata untuk menikmati hidangan asam pedas. "Kegiatan ini memang menyeronokkan selain berpeluang mendapat ramai rakan baru yang berkongsi minat sama, ia juga menjadi platform meluaskan jaringan rangkaian," kata wanita kecil molek ini lagi. Norzilawati Hawari, 34, pula mengakui dia baru saja berjinak-jinak dalam dunia permotoran itu sejak enam bulan lalu. Katanya, minat itu bukan baru atau kerana terikut-ikut dengan 'aliran' semasa tetapi sudah lama kerana abang ipar dan kakaknya juga memiliki motosikal berkuasa tinggi. "Oleh kerana minat, saya akhirnya membuat keputusan memiliki sendiri sebuah motosikal berkuasa tinggi dan model Monster 795 menjadi pilihan. "Ia memberi kepuasan tersendiri dan saya mula menyertai rakan yang lain sebelum bersama kelab ini. "Saya bertuah kerana dua anak perempuan sudah besar dan boleh ditinggalkan seketika jika mengikuti romboÂ-ngan tunggangan ke luar Kuala Lumpur," katanya.
|
kucingTomey posted on 28-10-2014 11:47 PM
kiki ni mmg dari dulu geng2 motorsport.....dia ni dulu drifter...pastu jadi driver red bull..skarang ...
TuntungReturn posted on 28-10-2014 11:54 PM
bekenan kawasaki ni,,nmpk vintage cm tu....triumph pun ade model vintage..kagu aku..bleh se ...
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:00 AM
tumpang tanye...gambor tu gambor mu ke??sebab saya biasa tgok gambor tu terpampnag dekat web2 dewa ...
missyqaldina posted on 29-10-2014 12:02 AM
waahhhh..pengunjur tegar web2 dewasa ke cik abg?
haruss la bukannnn.....takkan sy noob letak orig ...
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:00 AM
tumpang tanye...gambor tu gambor mu ke??sebab saya biasa tgok gambor tu terpampnag dekat web2 dewa ...
kucingTomey posted on 29-10-2014 12:04 AM
bukan pengunjung tegar dik...abam termasuk dan terklik sahaja...
oo ingatkan pic kamu....nampok ...
missyqaldina posted on 29-10-2014 12:09 AM
tauu banggg...disebabkan hat gambar tu berpuluh pm saya dpt...hahaaa...malam ni sy tukar la gmbr b ...
ADVERTISEMENT