CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Futuristik Tanpa Tingkap

29-10-2014 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2706| Komen: 7

Pesawat Futuristik Tanpa Tingkap

Pesawat komersil masa depan yang dipaparkan ini seolah-olah gambaran masa hadapan yang mungkin membuatkan sesetengah orang kagum.
Bagaimanapun, jika semuanya menjadi kenyataan, ia mungkin menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang kurang gemar menaiki kapal terbang.

Tapi, apa yang cuba ditengahkan ialah sebuah pesawat masa depan yang tidak mempunyai tingkap yang membolehkan penumpang melihat awan, langit, gunung dan laut serta dilengkapi pelbagai kemudahan digital dan akses tanpa wayar tanpa batas.

Pesawat komersil generasi akan datang yang dicadangkan ini mungkin menyaksikan tingkap digantikan dengan skrin penuh yang membolehkan penumpang melihat pemandangan luar. Malah, penumpang juga boleh menghidup atau mematikan skrin paparan di tempat duduk mereka mengikut kehendak masing-masing serta melayari Internet.


Konsep awal pesawat tanpa tingkap adalah idea sebuah organisasi yang bekerjasama dengan beberapa syarikat di England untuk menghasilkan produk baru dikenali sebagai Centre for Process Innovation (CPI).

Direka berdasarkan teknologi yang digunakan telefon bimbit dan televisyen, CPI membayangkan bagaimana skrin definisi tinggi yang ringan dan besar berupaya memaparkan imej yang dirakam kamera di luar pesawat.

“Skrin akan diperbuat daripada diod cahaya organik atau OLED yang fleksibel seperti yang diperkenalkan syarikat elektronik LG, baru-baru ini.
“Jika kita berupaya menghasilkan OLED yang mudah lentur kita juga boleh mencipta paparan skrin yang fleksibel," kata Dr Jon Helliwell daripada CPI.

Katanya, konsep untuk pesawat berkenaan muncul selepas perbincangan bersama pihak industri aeroangkasa dan dijangka boleh menjadi realiti dalam 10 tahun lagi. 



Bagus
13

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 29-10-2014 07:31 AM
Nice.. The whole cabin is actually a tv
Quote kambeng_masam 29-10-2014 07:35 AM
gayat nanti wehhh!
Quote faraway1 29-10-2014 07:42 AM
wow,  harap dibuat secepat mungkin...
Quote system_failure 29-10-2014 07:42 AM
sesuai kat 747 kot..
sbb satu2nya aircraft yg kokpit pilot terletak kat atas dan bukan kat nose dia.
so, pax yg duduk kat nose boleh melihat duniawi ala2 bus double decker..
Quote myvios 29-10-2014 07:52 AM
skrin ke mmg permandangan live dari luar?
Quote applemy 29-10-2014 08:25 AM
Gayat siot!

Setakat berdiri sebelah pintu tunggu toilet pun, dah gayat nengok bawah tu eeii!
Quote xtahumenahu 29-10-2014 08:29 AM
x panas keww??

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.031181 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top