Shah Alam, Mei 18, 2013 - Mereka dinobatkan sebagai 'King of Pop', 'Asia's Star' juga 'King of The Hallyu Wave'. Ini semua disebabkan mereka adalah pencetus Hallyu Wave diseluruh dunia. Mereka juga mempunyi fanclub yang paling terbesar di dunia. Selain tu mereka mempunyai gelaran di pelbagai negara. Malahan mereka juga yang telah membuka mata dunia terhadap negara Korea. Mereka ini tidak lain adalah Dong Bang Shin Ki (DBSK) adalah nama kumpulan mereka di Korea manakala Tong Vfang Xien Qi (TVXQ) untuk China dan negara Asia yang lain. Berlainan pula di Jepun mereka dipanggil Tohoshinki (Rising Gods of The East). Fanclub terbesar mereka di Korea dan negara lain dipanggil Cassiopeia kecuali di negara Jepun mereka mempunyai fanclub yang berlainan iaitu BigEast.
6 tahun yang lalu iaitu tahun 2006 pada siri jelajah Asia pertama mereka pernah ke Malaysia untuk 'Rising Sun 1st Asia Tour' dan kembali lagi pada tahun 2007 untuk 'The 2nd Asia Tour Concert 'O'. Oleh kerana mereka adalah koumpulan Korea yang pertama memperkenalkan 'Korean Wave' sekali gus menawan Asia sehingga ianya telah mencetuskan fenomena Kpop di kalangan peminat Malaysia dan Asia.
Kini setelah 6 tahun berlalu, TVXQ datang mengunjungi Malaysia untuk concert mereka 'TVXQ, "Catch Me" World Tour' yang diadakan pada 18 Mei 2013. Tentu saja perkhabaran yang dibawakan oleh Penganjur utama di Malaysia iaitu JPM Music dengan kerjasama Magnum membuatkan Cassiopeia Malaysia menjadi histeria tidak percaya kerana enantian selama 6 tahun akhirnya telah tiba.
Pada hari yang sama 2 jam sebelum concert bermula telah diadakan sidang media yang bertempat di Saujana Hotel, Shah Alam. Cuma satu yang kurang selesa disini adalah ruang sidang media agak sempit kerena selain para media yang datang dari seluruh Asia, peminat yang bertuah terpilih juga turut dijemput hingga membuatkan ruang menjadi agak sesak. Dan yang lebih mengecewakan adalah media tidak diberi peluang untuk mengajukan soalan dan ini tentu saja membuatkan media berkelu kesah kekesalan. Tapi tidak apa abaikan saja. Kehadiran setengah jam lewat mereka juga diabaikan ketika mereka muncul dan menyapa media dengan senyuman. HoMin ( gelaran singkat gabungan nama untuk Changmin dan Yunho) memulakan pengenalan. "Apa khabar, We're TVXQ" dan permohonan ribuan maaf kerana telah membuat Cassiopeia Malaysia menunggu selama 6 tahun untuk bertemu. Mereka juga meluahkan rasa terkilan kerana disebabkan jadual yang sangat ketat mereka tidak berkesempatan untuk meninjau dan menikmati suasana di Malaysia. ini disebabkan mereka tiba lewat malam sebelum concert dan akan bergegas kembali ke Korea selepas tamat konsert nanti. Tapi Yunho berkata dia sangat gembira bila mengetahui pada kali ni mereka menginap di resort dan berharap dilain masa nanti mereka akan kembali ke resort ini sebab selalunya kemana mereka pergi mereka cuma akan menginap di Hotel saja. Ketika ditanya tenting cuaca panas di Malaysia. Yunho berkata biarpun cuaca panas tapi dia suka."I like it. I like Sun" jawaban Yunho sudah tentu menimbulkan gelak ketawa semua. Tambahnya juga sekiranya mempunyai kesempatan dia akan pergi berendam di 'swimming pool'.
Mereka juga berharap concert malam nanti mereka boleh berkongsi kegembiraan bersama peminat dengan lebih dekat lagi secara 'eye to eye contact' dan membuat peminat bergembira sepanjang persembahan mereka.
Bila ditanya apakah mereka berhadapan sebarang masalah berbeza budaya dan bahasa disetiap negara yg mereka kunjungi. Yunho dengan nada ceria berkata ia ya langsung tidak memberikan sebarang masalah kerana setiap concert mereka adalah sama seperti biasa di mana saja malahan apa yang beliau inginkan apabila melihat peminat gembira, dia juga akan gembira. Beliau juga menjanjikan bahawa malam nanti beliau akan pempertunjukkan sudut kebolehannya kepada peminat. Berlainan pula dengan Changmin iaitu beliau agak kelihatan sedikit gementar berkata samaada patutkah pembukaan mereka dimulai dgn sapaan dalam bahasa English? Tapi yang pasti katanya ialah ucapan mereka adalah tulus dari lubuk hati mereka. Yunho tiba-tiba mencelah kata berkemungkinan mereka patut menyebut Kuala Lumpur daripada Malaysia kerana ianya kelihatan bermakna.
Bila diminta mereka apakah nanti mereka akan menyapa dengan perkataan 'Apa Khabar'. Yunho dengan gaya mengusik kata ianya hanya akan mereka sebut dalam konsert nanti . Diusik lagi meminta mereka menyebut 'Aku Cinta Pada Mu'. Dengan teragak-agak Yunho berkata tersekat-sekat 'Aku Cinta Pada Mu' dengan bantuan suara ramai dari media dan peminat. Mendengar itu Changmin bertepuk tangan dengan ceria sekali.
Pesanan mereka kepada peminat Malaysia. Changmin dengan nada kesal memohon ribuan maaf sekali lagi kerana telah membuat peminat menunggu 6 tahun kedatangan mereka. Mereka juga berkata akan mempersembahkan lagu baru yang belum lagi pernah didengari oleh peminat dan berharap peminat akan bergembira sepanjang concert nanti. Yunho menyokong dengan mengangguk mengiakan saja.
Apabila ditanya apakah mereka lakukan apabila mereka mempunyai masa lapang. Sedikit riak sedih pada wajah mereka. Yunho berkata mereka sebenarnya tidak mempunyai walau sedikit ruang pun untuk bersantai kerena jadual padat dengan konsert jelajah seluruh dunia semua ini, pengorbanan yang mereka lakukan demi membalas kesetiaan peminat yang selalu bersama mereka. Tapi dengan pantas Yunho berkata lagi sekiranya ada masa terluang beliau ingin bermain permainan kesukaannya iaitu bowling . Dan disebabkan musim panas beliau teringin untuk melakukan aktiviti menyelam.
Changmin pula ditanya berkenaan dengan penglibatannya didalam 'variety shows'. Dengan nada tersipu-sipunya kata kali terakhir dia terlibat adalah 10 tahun yang lepas, dan kali ini dia diberi kepercayaan untuk menjadi host dalam rancangan tersebut. Apa yang membuatnya gembira adalah bila dapat bertemu dan mengenali ramai staff yang baik hati juga bergandingan dengan host senior di set pengambaran yang mempunyai pelbagai watak menghiburkan. Pengalaman itu adalah sangat bagus untuk dia untuk bertemu dengan ramai orang. Yunho sambil tersenyum mengangguk tanda galakan berkata Changmin memang sangat menghiburkan semasa sepanjang pengambaran. Sekali lagi Changmin tersenyum malu.
Ketika Yunho ditanya apakah beliau pakai dihari biasa kerana sering kali penampilanya semasa muncul di lapangan terbang sering menjadi perhatian peminat dan media. Kata Yunho tidak pernah pun menyangka bahawa 'airport fashion' nya itu boleh menarik perhatian kerana baginya dia akan pakai apa saja selepas bertanya kepada teman-temannya sama ada sesuai atau tidak pakaian itu dipakai. Dengan nada gurauan dia berkata dia teringin sekali untuk menunjukkan fashion sandalnya walaupun sebenarnya dia sering memakai kasut sukan saja tapi dia berpendapat bahawa memakai sandal adalah lebih kepada keselesaan. Diakhir sekali dia mengucapkan terima kasih dengan keprihatinan semua orang terhadap fesyen beliau.
Sidang media berakhir dengan melihat Yunho banyak memonoply dalam menjawab soalan dan Changmin lebih kepada pendengar yang setia. Meskipun sudah sedekad berlalu namu masih terlihat dengan nyata mereka tidak pernah berubah. Changmin yang masih lagi pendiam dan pemalu. Yunho pula masih dengan sikapnya yang 'protective' dan seorang 'leader' yang yang berkaliber juga seorang yang kelakar. Cuma yang membezakan sepanjang 10 tahun ini adalah mereka kini tinggal berdua selepas berpisah dengan Jeajong, YooChun dan Junsu. Namun bagaimana pun mereka tetap sebuah kumpulan yang masih lagi berkuasa, berdiri teguh dan dihormati oleh kumpulan penyanyi lain.
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada JPM Music dengan kerjasama Magnum, pengurusan media dikendalikan oleh MediaBond Sdn Bhd kerana sudi menjemput CARI Malaysia didalam sidang media ini.
Seterusnya jangan lupa mengikuti lapuran untuk konsert pada malamnya pula ya. Berjumpa anda di artikel yang seterusnya.
Artikel oleh : isabel
Editor oleh : isabel
Gambar oleh : isabel
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|