CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muhdalena Lari Dari Hospital

27-10-2014 11:53 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14546| Komen: 126

Muhdalena Lari Dari Hospital



Johor Bahru:Muhdalena Ahmad, 30, wanita yang terbabit dalam kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Julai 2012, berjaya melarikan diri dengan memberi alasan ingin ke tandas ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini kira-kira 8.50 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan berkata, Muhdalena sebelum itu dimasukkan ke HSA pada Ahad lalu untuk bersalin dan melarikan diri kira-kira 9 pagi tadi.

"Serentak itu gerakan mengesan Muhdalena dilancarkan dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi polis di talian 07-221 2999," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Sementara itu menurut sumber,Muhdalena baru sahaja melahirkan anak lelaki pada Selasa lalu dan tidak bergari selain memakai baju hospital berwarna merah jambu ketika melarikan diri.

"Ketika kejadian ada dua anggota polis yang bertugas dan Mudhalena meminta izin untuk ke tandas selain dibenarkan berbuat demikian tanpa dikawal kira-kira 8.50 pagi tadi," katanya.

Muhdalena pada Jun lalu diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Putrajaya supaya ditahan di Hospital Permai, Tampoi, Johor sementara menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pada Julai 2012, Muhdalena didakwa terbabit dalam kes amuk bersenjata bersama seorang lelaki, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya 'Imam Mahdi'.

Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala Muhdalena, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 23-10-2014 09:31 PM
menjawab la polis bertugas...
Quote Modngengade 23-10-2014 09:36 PM
Mungkin abam fulis mudah lena maka muhdalena terlepas lari....
Quote johnazizul 23-10-2014 09:38 PM
Pakai baju hospital je.... Sexy nye...
Quote Suchi 23-10-2014 09:38 PM
oh sempat gak dia mengandung ye selama perbicaraan nih
kira masih tetap bini org lah yea.

tu lari sepital baby tinggal je ker?

pompuan ni mmg kuat rasanya
beliau pernah kena tembak ok kat kaki tp still selamat, tak nangis mahupun pengsankan diri ke apa
Quote slavehunter 23-10-2014 09:42 PM
Walaupun di uji masih diberi nikmat dan rezeki mengandung....semoga baby selamat...jangan pg buang pulak...
Quote Suchi 23-10-2014 09:44 PM
johnazizul posted on 23-10-2014 09:38 PM
Pakai baju hospital je.... Sexy nye...

baju org beranak tu belakang dia bertutup rasanya
ke mmg terdedah juga ntahlah lupa dah

mst kamu igt yg baju yg nmpk bonbon tu kan

terbyg muhdalena dah ade sorokkn baju n suar kt tandas.
dia masuk tukar baju kendian buka siling tndas tu n panjat.. pastu dia merangkak dlm ducting exhaust fan

takpun masa dia nk kuar tndas dia tgk polis duk sembang tak sedar diri, apa lg dia pun amik kesempatan ler larikan diri.
Quote Syd 23-10-2014 09:50 PM
muhdalena tu dulu geng power ranges. takde masalah tuk dia
Quote Eric.n9 23-10-2014 09:54 PM
Apakah dia akan terus "berjuang" lepas ni?
Sama sama kita nantikan
Quote johnazizul 23-10-2014 09:54 PM
Suchi posted on 23-10-2014 09:44 PM
baju org beranak tu belakang dia bertutup rasanya
ke mmg terdedah juga ntahlah lupa dah

Kalau tertutup pun still nipis... Tapi kira hebat gak la... Org baru lepas beranak naik wheelchair... Takut jahitan rosak... Dia boleh buat hospital break lak.... Hahahahaha....
Quote johnazizul 23-10-2014 09:56 PM
Baby dia tinggal la kan... Aduh.... Berat dia ni...
Quote Suchi 23-10-2014 10:03 PM
johnazizul posted on 23-10-2014 09:54 PM
Kalau tertutup pun still nipis... Tapi kira hebat gak la... Org baru lepas beranak naik wheelchair ...

bersalin normal kot biasa blh je bergerak sendiri tak perlu wilcha.
dia beranak ari selasa kn
kira arini dah ari ke 3 hurmmm sedangkn ade pompuan yg baru banak bleh pi sana sini buang ank, ade yg siap blh naik motor jejauh lps beranak pi buang ank ok.

tp lama lak dia kat sepital mmg mcm banak czer takpun bby dia kena kuning ke apa still kena tahan tu yg dia tak blk lg.

kalo czer mmpu lari sepital mmg salute lah.. n dlm masa yg sama bahaya gak tuuu
rasanya dia tak lari jauh dia baru beranak mampu ke melasak sana sini.
tp xtaulah kan maklumlah dia nih jenis mcm kuat semangat.
Quote Bateesta 23-10-2014 10:04 PM
siapa yang kejar
Quote GhostWalking 23-10-2014 10:05 PM
Aku takut dia pergi mengamuk kat memana lak pasni
Quote Syd 23-10-2014 10:08 PM
dia sakit...kalu bawak skali anak, jadi apa2 parah
Quote naina 23-10-2014 10:14 PM
Sempat ngndung lak
means mse prbicaraan lom selesai dia duk ngn laki dia la ek
Quote dani-rox 23-10-2014 10:27 PM
mcm ni lah permulaan kisah urban legend yg femes tuh... seorang penjenayah yg sakit mental lari dari hospital. jeng jeng jeng....
Quote kenarihitam 23-10-2014 10:28 PM
Uishh...jenuh mjwb polis nih..huhuhu...
Quote kenarihitam 23-10-2014 10:35 PM
GhostWalking posted on 23-10-2014 10:05 PM
Aku takut dia pergi mengamuk kat memana lak pasni

Tu lar...jgn dia wt hal gi mengamuk plak pasni ..
Quote aechae 23-10-2014 10:35 PM
tembak jelah kasi penamat terus....nyusahkn org

Lihat semua komen(126)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.044996 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top