Zul Ariffin Jawab Isu Mabuk Bersama Wanita Seksi Zul sangkal dakwaan berada dalam keadaan mabuk di sebuah kelab. PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya dia berfoya-foya dan berada dalam keadaan mabuk dengan seorang wanita ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Istiqarah Cinta di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini. Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, individu yang dikaitkan bersamanya di sebuah kelab sehingga gambar mereka tersebar adalah peminatnya dan dia menegaskan tidak mengenali wanita berkenaan. "Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.
"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati. Menjawab persoalan kononnya dia seolah-olah melarikan diri daripada media apabila isu itu timbul, Zul berkata, dia tidak berniat berbuat demikian kerana lebih selesa menjawab secara berhadapan dengan pihak wartawan. "Saya bukan lari tapi tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan. Dalam perkembangan lain Zul berkata, dia terkejut apabila dipilih sebagai hos bersama ASK 2014 bergandingan dengan tujuh lagi selebriti lain. Kata Zul, biarpun tidak merasakan mempunyai bakat sebagai pengacara namun dia tetap menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia sebagai satu pendedahan kepadanya sebagai pelakon. "Saya sendiri kurang pasti mengapa pihak TV3 memilih saya tetapi saya melihat ia sebagai satu peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu. |
ADVERTISEMENT