Mungkinkah Teknologi Ini Dapat Membantu Mengesan Mh370?
Gingis, seorang pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated berkata demikian sewaktu diwawancara oleh rancangan News 24 Australia dan dilaporkan oleh beberapa media negara itu. Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata dia telah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik. Kaedah mikrofizik katanya digunakan bagi mengkaji perubahan awan yang terhasil dari bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit. Gingis percaya wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi dimana pesawat itu hilang. Dia juga berkata telah mengirimkan emel bertarikh 3 April kepada Duta Malaysia ke Australia, Eldeen Husaini Mohd Hashim bagi memberikan pandangannya dan dibalas pada 10 April dengan jawapan cadangannya telah diusulkan kepada "Bilik Operasi" di Malaysia. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini, tiada petanda ditemui meskipun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.
|
ADVERTISEMENT