CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Selingan Perkembangan MH370

5-8-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2240| Komen: 0

Description: Menggunakan ‘Single Beam Echo Sounder’ Dan Satu Lagi Sistem Iaitu ‘Multi Beam Echo Sounder’ Mampu Mengukur Sehingga 7,000 Meter Dengan Tepat,” Katanya Kepada Pemberita Selepas Majlis Pelepasan Kd ...
Selingan Perkembangan MH370 KD Mutiara berlepas ke Lautan Hindi


Lumut: Kapal Diraja (KD) Mutiara, antara aset tercanggih milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memulakan pelayaran ke selatan Lautan Hindi bagi meneruskan misi pencarian pesawat MH370 di kawasan itu selama empat bulan. 

Kapal Hidrografi 255 yang diketuai oleh Pegawai Memerintah, Komander Kamarul Fahmy Kamaruddin dan disertai 17 pegawai serta 135 anggota itu berlepas dari Jeti Operasi Pangkalan TLDM Lumut di sini kira-kira jam 9.10 pagi semalam dan dijangka tiba di kawasan pencarian pada 18 Ogos depan. 
Turut menyertai misi itu seorang pegawai perubatan daripada Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan seorang pegawai agama daripada Kor Agama ATM (KAGAT). 

Panglima Armada, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli yang menyempurnakan pelepasan kapal itu berkata, KD Mutiara bakal menyertai sebuah lagi kapal milik Malaysia, kapal Auxiliarry Bunga Mas 6 (BM6) serta kapal China PLA-N Kezhen 872 dan Fugro Equator milik Australia yang masih lagi meneruskan misi mencari pesawat MH370. 


Katanya, aset TLDM itu akan meneruskan misi pencarian di perairan selatan Lautan Hindi iaitu baki kira-kira 50 peratus lagi keluasan kawasan yang dikenal pasti untuk diterokai bagi tujuan pencarian. 

Beliau berkata, penugasan kapal itu akan diselaraskan oleh ‘Military Coordination Sub Surface’ yang berpejabat di Perth, Australia. 

“Peralatan KD Mutiara adalah antara yang tercanggih dimiliki TLDM ketika ini termasuk anak kapal yang cukup terlatih bagi memikul tugas penting itu. 

Laksana kerja pengukuran 

“Kapal itu berkeupayaan untuk melaksanakan kerja pengukuran batimetri dengan resolusi tinggi sehingga kedalaman 11,000 meter untuk menentukan kedalaman sesuatu perairan dengan menggunakan ‘single beam echo sounder’ dan satu lagi sistem iaitu ‘multi beam echo sounder’ mampu mengukur sehingga 7,000 meter dengan tepat,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan KD Mutiara di pangkalan berkenaan semalam. 

Turut hadir, Timbalannya, Laksamana Rusli Ramli; Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api, Laksamana Datuk Pahlawan Sulaiman Mohamad dan Panglima Udara TLDM, Laksamana Datuk Pahlawan Mohamad Adib Abdul Samad.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=818810&extra=&page=95
9

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.126591 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top