View: 2845|Reply: 8
|
[Tempatan]
Mungkinkah teknologi ini dapat membantu mengesan MH370?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seorang saintis Australia, Aron Gingis berkata adalah tidak mustahil untuk menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak Mac lalu dengan membuat kajian terhadap perubahan awan bagi mengesan jejak-jejak pemeluapan yang terhasil akibat pembakaran bahan api dari pesawat itu.
Gingis, seorang pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated berkata demikian sewaktu diwawancara oleh rancangan News 24 Australia dan dilaporkan oleh beberapa media negara itu.
Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata dia telah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik. Kaedah mikrofizik katanya digunakan bagi mengkaji perubahan awan yang terhasil dari bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.
Gingis percaya wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi dimana pesawat itu hilang.
Dia juga berkata telah mengirimkan emel bertarikh 3 April kepada Duta Malaysia ke Australia, Eldeen Husaini Mohd Hashim bagi memberikan pandangannya dan dibalas pada 10 April dengan jawapan cadangannya telah diusulkan kepada "Bilik Operasi" di Malaysia.
Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 orang itu dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu. Sehingga kini, tiada petanda ditemui meskipun usaha pencarian udara dan laut besar-besaran sudah dan masih dijalankan.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke data2 yg dia nk tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
hanya mampu berharap kesudahannya diketahui |
|
|
|
|
|
|
|
bila data berkenaan pembentukan awan tu diambil... harap nya dalam masa yg berkenaan dgn kejadian tersebut. mungkin dalam masa lebih 24 jam awan/kesan dari pembakaran tu dah contaminate dgn lain2 unsur spt kabus dari pembakaran pesawat lain...
moganya ada petunjuk baru yg lebih positif |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada data awan baguih la |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dah x caya lagi sekutu US ni wat statement... |
|
|
|
|
|
|
|
Data masuk Bilik Operasi makan masa lah.Walk the talk.Dah ada data method kan.. collect data and buktikan.Sembang byk sekutu dorg ni. |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa.... dah tu.. kesan sajalah...tunggu apa lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Cakkkk....aaaa posted on 20-10-2014 08:31 AM
laaaa.... dah tu.. kesan sajalah...tunggu apa lagi...
Nak buat camna cakkkk....diorg bknnya badan charity.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|