Jelas Fazura yang kini ter­ikat dengan penggambaran Langit Cinta, sebaik selesai komitmen itu, dia akan bercuti sekejap sebelum memulakan tugasan lain. Kebelakangan ini, rezekinya mencurah-curah sampai tiada ruang untuk berehat. Malah, Sha difahamkan, jadualnya padat hingga awal tahun depan. Dengan lakonan, mempromosikan filem Manisnya Cinta Di Cappadocia yang akan menemui penonton tidak lama lagi, terbabit dengan kerja antarabangsa dan dia akan jadi juri program realiti. Jadi juri? Ketika ditanya adakah ia program membabitkan dunia fesyen, Fazura hanya ketawa dan enggan mengulas lanjut kerana belum masanya. Bagaimanapun selepas pertemuan itu, ada teman memaklumkan, Fazura diundang menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega musim baru. Kalau tak silap akan bersiaran hujung November ini. Tempat itu pernah diisi Luna Maya, Nora Danish dan Lisa Surihani. Tahniah Fazura, tak sabar-sabar mahu lihat penilaiannya terhadap peserta program itu nanti.
|
ADVERTISEMENT