Mayat Berulat Dimakan Biawak Manjung Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai dibunuh berdasarkan kesan lebam, luka dan tulang mangsa yang patah. Menurutnya, pihaknya mendapat makluman mengenai penemuan mayat berkenaan daripada orang awam, kira-kira jam 2.20 petang semalam. "Daging beberapa bahagian badan mangsa turut dipercayai dimakan binatang dan mayat berkenaan dipercayai sudah empat hari berada di kawasan terbabit sebelum ditemui. "Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai bunuh serta disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. KEADAAN mayat lelaki yang ditemui sudah berulat serta dimakan biawak.
|
8
Bagus |
16
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
9
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT