CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Siti Saleha Kesal Difitnah Hairul Azreen

17-10-2014 05:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 45269| Komen: 232

Hairul Azreen Ditegur Fitnah Pembuat Kek


Hairul Azreen mendakwa kek istimewa hari jadi untuk Hanis Zalikha tidak sampai pada selepas ditempah.

PETALING JAYA: Seorang pembuat kek iaitu Siti Saleha Idris, 34, menegur sikap buruk pelakon Hairul Azreen kerana memuat naik gambar kek di Instagram miliknya dengan kapsyen tuduhan dan fitnah.

Siti Saleha berkata, perbuatan Hariul Azreen itu bukan sahaja mencalarkan reputasinya tetapi dikesalkan apabila dia tidak tahu kisah sebenar disebalik hal berhubung kek tersebut.

"Hairul telah mengambil gambar kek di Instagram saya lalu dimuat naik di Instagram miliknya dengan kapsyen yang berunsur fitnah, saya gagal menyiapkan kek untuk Hanis Zalikha.

“Perkara itu ternyata tidak benar kerana pada 9 Oktober lalu kira-klira pukul 6 petang saya dihubungi oleh seseorang yang mahu saya membuatkan kek berbentuk barbie doll  dengan segera dan ia perlu dihantar ke satu lokasi dua jam kemudian.

“Bagaimanapun saya terpaksa menolak tempahan itu kerana masa diberikan terlalu singkat. Saya juga tidak ambil apa-apa deposit,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Khamis.




Gambar kek yang dimuat naik Hairul menimbulkan kemarahan pengikutnya terhadap pembuat kek yang dituduh tidak bertanggungjawab.


Terdahulu Hairul Azreen, 26,  menerusi laman Instagram miliknya pada 10 Oktober lalu telah memuat naik gambar kek dengan kapseyn kecewa kerana tempahan kek sempena ulang tahun kelahiran kekasihnya, Hanis Zalikha, 24, gagal disiapkan.

Dalam pada itu Siti Saleha berkata, dia turut difahamkan kek ulang tahun itu seharusnya dibuat oleh pembuat kek lain namun ia tidak dapat disiapkan kerana perkara tertentu.

"Saya rasa mungkin Hairul sendiri tidak tahu hal sebenar kerana tempahan itu dibuat oleh orang lain yang mana saya difahamkan saya adalah individu kedua yang diminta membuat kek berkenaan.

"Apa yang saya kesalkan tindakan dia ‘mencuri’ gambar rekaan kek di Instagram saya itu dengan kapsyen berunsur fitnah telah menjejaskan reputasi perniagaan  sehinggakan saya terpaksa padam komen negatif daripada peminatnya," ujar Siti Saleha.


Jelas Siti Saleha, dia juga sebelum ini pernah memberi tajaan kek untuk hari jadi beberapa artis tempatan termasuk Adi Putra dan Izreen Azminda tetapi tidak ada apa-apa masalah berlaku kerana mereka membuat tempahan awal.

"Saya tidak ada masalah jika dia (Hairul) mahu saya sponser kek tersebut namun perlu ada cara iaitu dengan membuat tempahan sebulan atau seminggu awal supaya mudah untuk saya buat persiapan," ujarnya.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

Sementara itu, seorang lagi peniaga kek yang dikenali sebagai CanDiva turut meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu melalui wakilnya mengambil sikap acuh tidak acuh dalam urusan tempahan kek berkenaan.

Jelasnya, Hairul gagal membayar deposit yang sepatutnya sehingga dia tidak dapat menyiapkan kek istimewa itu pada hari diminta.

"Saya kesal apabila pihak Hairul yang membuat tempahan kek itu seperti tidak serius, ketika diminta bayar deposit ada sahaja alasan yang diberikan.

"Jadi kami tidak buat apa-apa untuk tempahan itu, namun pihak kami sudah beritahu awal-awal kepada mereka jika tidak ada deposit maka kami tidak akan buat," ujarnya.


Sementara itu, pelakon Hairul Azreen ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen tentang perkara itu.

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rinishi 16-10-2014 04:20 PM
makan jer Kek Nis tuh apa susah Hairul.. Last edited by rinishi on 16-10-2014 04:23 PM

Quote budakmanentah 16-10-2014 04:23 PM
siti saleha a.k.a mymumsbakery ke?

dah tau nk beli kek last minit, nape xbeli SR ke BR ke...ngengade nak tempah pastu deposit xmo byr
Quote doubleA 16-10-2014 04:24 PM
tak tahu kenapa rasa mamat ni takda aura.

dia pelakon kan?

kenal sebab ada hubungan dgn keknis ni je.

teman tapi mesra ke dia dgn keknis ni?
Quote sepitsiput 16-10-2014 04:27 PM
meols agak x berapa nak suka kt hairul azreen ni... meols rasa heols fake...voley?
Quote famri7 16-10-2014 04:28 PM
Inilah dia contoh pelakon mulaysia yang batak dan patut masuk skolah balik...
Quote MissLibra 16-10-2014 04:31 PM
tak paham aku cerita ni.
Ni budak2 tadika ke gaduh pasal kek?
Quote cmf_jy77 16-10-2014 04:33 PM
Hekeleh...ckp je la nk org sponsor kek. Mmg pangai mcm batak. Nk beli kek kt gepren pn x mampu ke? :lol
Quote -electrifying- 16-10-2014 04:35 PM
aku lagi suka tgk keknis ng amran huhu
Quote encikWawad 16-10-2014 04:42 PM
sepitsiput posted on 16-10-2014 04:27 PM
meols agak x berapa nak suka kt hairul azreen ni... meols rasa heols fake...voley?

i pun rasa camtu
macam ada benda yang disembunyikan
kat IG heols call heself - captain

**mungkinkah heols ni ummah dalam lemari yang berjaya sembunyi? - - dulu dalam benang mana tah ada speku pasal heols ni
Quote mdmvava 16-10-2014 04:42 PM
ku pikirkan siti saleha pelakon tuuuu
Quote kejoraria 16-10-2014 04:44 PM
ingatkan siti saleha artis tu.....
Quote cikperiukkera 16-10-2014 04:46 PM
Oooo ex bfF RR (:
Quote edoraixora 16-10-2014 04:48 PM
tempah kek pastu nak dlm mase 2 jam....giler ke hape
Quote gekkou 16-10-2014 04:49 PM
yang aku fhm:

1. first order kek dgn CanDiva tp x mo bayar deposit (aku rasa dia nk suh sponsor sbnrnya. sbb tu namo bayar. bajet if cakap " kek ni utk birthday hanis zalikha" akan diberikan sponsor begitu kali)
2. So since x nak byr deposit CanDiva assume beliau Hairul tidak berminat
3. 2 jam before party kek nis wakil hairul tempah plak dgn Siti Saleha Idris tp kene rejek sbb last minute order. (bajet if guna nama retis tempahan leh siap dlm masa seminit agaknya)


So skang ni yang sampaikan salah cerita ni wakil yg order dgn Siti Saleha Idris ni or hairul? Bila reportz contact mntk comment tak nak plak. tepi gegeh morayan menuduh di Insta. kejis sgt
Quote dekmieDandy 16-10-2014 04:49 PM
kedai kek tu pun ngade nak buat jgak kek tu

ckap jelar xleh buat
Quote noraidil_06 16-10-2014 04:53 PM
Mmg pernah bc org komplen psl service dia rasenye.kat thread insta. Cer carik2 kat situ
Quote epysha 16-10-2014 04:54 PM
syok ke pakai nama KEKnis iteww?
Quote munchkin 16-10-2014 04:54 PM
ko pandai sangat ko pi lah buat kek dalam masa 2 jam. bing ai betul.
Quote makneng 16-10-2014 04:55 PM
matik2 ingat siti saleha pelakon tu..adeh
btw, susah payah tempah dgn baker yg lain kenapa?
bukan mak nani tu pembuat kek tegar ke?
**to hairul, perangai jgn nak batak sgt boleh tak? lempang laju2

Lihat semua komen(232)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068855 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top