Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud menegaskan, Pas tidak akan tunduk dengan sebarang desakan sebaliknya yakin undang-undang Islam itu akan dilaksanakan tahun depan. Beliau berkata, orang bukan Islam tidak sepatutnya membantah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud itu kerana ia langsung tidak melibatkan mereka. "Orang bukan Islam tidak boleh tidak setuju sebab mereka tidak terlibat dalam undang-undang Islam ini. Misalnya hukum bersunat wajib kepada orang Islam, takkan bila kita hendak bersunat hendak minta kebenaran orang bukan Islam. "Jadi soal orang bukan Islam tidak setuju tidak perlu, sebab kita tidak perlu sokongan dia. Insya-Allah kita berdoa agar hudud akan dapat dilaksanakan tahun depan," katanya. Beliau berkata demikian ketika membuat pergulungan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini. Sementara itu Mohd. Nassuruddin turut menegaskan, Pas sama sekali tidak akan tunduk dengan sebarang desakan terutama daripada sekutu mereka, DAP untuk melaksanakan hukum hudud ini. "Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana," katanya. Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai perkembangan jawatankuasa teknikal khas antara Kerajaan Pusat dan negeri yang ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan hudud, Mohd. Nassuruddin berkata, proses perbincangan melalui jawatankuasa itu berjalan lancar dan menunjukkan perkembangan positif. "Sekarang kita sudah melalui dua kali mesyuarat. Ia berjalan dengan lancar. Kita doakan pada 2015 undang-undang Islam ini akan dapat direalisasikan," katanya.
|
akughi posted on 16-10-2014 02:30 PM
semalam ade kes suami main lubang belakang isterinye.....
si bini buat report n laki dah kene tan ...
tekoyong posted on 16-10-2014 03:17 PM
tahniah PAS kelantan
kalau sesiapa yang menghalang hudud di kelantan, AKU JANJI AKU AKAN PERTAHAN ...
akughi posted on 16-10-2014 03:21 PM
sekarang ni DAP tak bagi buat...iaitu sekutu pas....hat ni cam ner pulak
tekoyong posted on 16-10-2014 03:24 PM
katanya:
"Kita tidak perlu persetujuan DAP. Insya-Allah tahun depan kita laksana,"
...
ADVERTISEMENT