Kakak Melissa Saila Turut Kecewa Biopik Saloma Aibkan AR Tompel Minggu lepas, waris Allahyarham A.R Tompel atau nama asalnya Aman Ramli Jaafar membuat satu sidang media khas bagi mengkhabarkan dukacita mereka tentang penonjolan watak pelakon tersebut dalam filem biografik Saloma. Hari ini, kakak kepada Melissa Saila, Rozita Rohaizad turut meluahkan kekecewaan tentang naratif penceritaan yang menampilkan sisi negatif pelakon. Memetik laporan dari Sinar Harian, katanya, pemaparan karakter antagonis tersebut tidak wajar kerana sebagai seorang Islam, penonjolan sisi yang mengaibkan seseorang harus disimpan dan tidak didedahkan.“Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi tak ingat sangat babak dia. Namun sebagai seorang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang,” katanya kepada akhbar Sinar Harian. Katanya lagi, bukan sahaja watak Allahyarham A.R Tompel, malah watak Allahyarham Puan Sri Saloma juga dipotretkan seperti ibu yang tidak menyayangi anaknya dan menyimpan dendam terhadap karakter Norizan yang ‘mencuri’ Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. “Saya ingat dia buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain tu, ibu saudara saya, Mimi Loma juga kurang senang menonton filem ini,” ujar anak kepada Seniwati Mariani ini. Sambung Rozita, adiknya hanya melakukan rujukan dengan mendapatkan informasi daripada Seniwati Mariani dan kakaknya tanpa melakukan rujukan dari pihak lain. Sekadar informasi, filem biopik Saloma diterbitkan oleh Kus Semangat Aktor, produksi milik pengarah filem ini iaitu Melissa Saila dan ditunjangi Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff sebagai P.Ramlee dan Azhan Rani sebagai A.R Tompel.
|
blinkazwa posted on 14-10-2014 02:38 PM
dia sendiri ada berlakon kan..
time joget2 pakai kebaya ketat tu..
bukan main berpusing2 lagi dia ...
sepitsiput posted on 14-10-2014 02:43 PM
yang berlakon dlm filem saloma ni bukan rozita, tp shasha...rozita ni anak mariani dgn hm rohaizad.. ...


dark28angel posted on 14-10-2014 03:09 PM
mariani ni sbnrnye ada bp org husband?
asal anak2 semua binti lain2...


sepitsiput posted on 14-10-2014 02:54 PM
ni lah sasha hamid...supermodel era 80an. anak mariani yg awal2.. watak sheols pun ada dlm sal ...
dark28angel posted on 14-10-2014 03:09 PM
mariani ni sbnrnye ada bp org husband?
asal anak2 semua binti lain2...
ADVERTISEMENT