CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Isteri Mark Adam dirompak, perut ditendang!

13-10-2014 05:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29321| Komen: 67

Description: Tambah Mark, Salah Seorang Daripada Perompak Tersebut Telah Ditahan Polis Selepas Dia Bersama Isteri Membuat Laporan Polis Di Balai Polis Selayang.
Mark Adam Berang Isteri Ditendang Perompak, Kereta Dicuri

PETALING JAYA: Penyanyi Mark Adam meluahkan rasa sedih apabila isterinya Nor Azah Redzuan, 35, ditendang oleh perompak dalam satu kejadian kecurian kereta di Batu Caves, Gombak pada Khamis lalu.

Mark, 35, berkata, lebih membuatkan dia geram apabila ketika kejadian itu, dia tiada bersama isterinya.

"Kejadian berlaku ketika isteri saya ingin pulang ke rumah kami di Batu Caves di mana sebuah kereta jenis Hilux telah melanggar kereta yang dipandu isteri iaitu Honda CRV dari arah belakang.

"Apabila isteri saya keluar kereta, terdapat tiga lelaki turut keluar dari Hilux tersebut dan salah seorang daripada mereka menendang isteri saya pada bahagian perut manakala seorang lagi terus membawa lari kereta kami.

"Rasa ralat dibuatnya kerana ketika itu saya tiada di sisi isteri," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Tambah Mark, salah seorang daripada perompak tersebut telah ditahan polis selepas dia bersama isteri membuat laporan polis di Balai Polis Selayang.

Kata Mark lagi, kejadian itu membuatkan isterinya masih trauma, ditambah pula kesan tendangan itu membuatkan isterinya kerap mengadu sakit perut.

Sementara itu, Mark berharap kejadian yang berlaku pada isterinya dijadikan pengajaran buat orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika di jalan raya.

"Sekarang ini macam-macam cara orang nak rompak kereta dan salah satunya mereka melanggar kereta di depan sebelum merompak.

"Kalau nak cakap tentang kereta hilang, ia ada insuran, tetapi bagaimana jika nyawa yang melayang?

"Saya harap kejadian ini dapat menjadi pengajaran buat semua. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri memandu. Lagipun dia masih trauma," ujarnya.


Bagus
2

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melinda_kerr 11-10-2014 01:14 AM
Jahatnya manusia!!! :@
Quote CikNano 11-10-2014 01:17 AM
Nak rompak, rompak jela...ini d tendangnya
kalau bini mark adam tu pregnent lagi haru..
Quote Santeira 11-10-2014 01:18 AM
orait gak lagu dia.

[youtube]XwVd2uinLg0[/youtube]
Quote lina21 11-10-2014 01:21 AM
sampai bila nak jadi samseng
sampai bila nak kaki kencing
sampai bila nak bertaubat
Quote FlowerGirl 11-10-2014 02:12 AM
sape mark adam ni??
Quote cmf_premierleag 11-10-2014 02:39 AM
Lerrr dah 35 ke..ingatkan awal 20s..muka baby face sangattt
Lerrr dh kawen ke.. ingatkan baru abis skolah spm
:lol
Quote alieyrina 11-10-2014 08:10 AM
Aku ingat dia bukan islam ..
Quote Blues 11-10-2014 08:14 AM
Jahatnyer perompak ni  !!!!! Sian wife mark yg tgh preggy :Q
Quote mjla 11-10-2014 08:32 AM
Geng kicap punye keje ni....
Quote johnazizul 11-10-2014 09:17 AM
Oh kes ni yg share kat daily traffic report tu....
Quote Esmiria 11-10-2014 09:49 AM
FlowerGirl posted on 10-10-2014 06:12 PM
sape mark adam ni??

penyanyi pinoy yang menyemakkan industri muzik malaysia
Quote Esmiria 11-10-2014 09:50 AM
cmf_premierleag posted on 10-10-2014 06:39 PM
Lerrr dah 35 ke..ingatkan awal 20s..muka baby face sangattt
Lerrr dh kawen ke.. ingatkan baru abis  ...

ah ah..bru thu..ingt muda....
Quote Esmiria 11-10-2014 09:51 AM
Blues posted on 11-10-2014 12:14 AM
Jahatnyer perompak ni  !!!!! Sian wife mark yg tgh preggy :Q

dah takdir.
Quote stania83 11-10-2014 10:04 AM
Pinoy tapi bini dia mulayu ke?
Quote putehkundor 11-10-2014 10:12 AM
APA punya manusia lah...
Mentang2 la dia pompuan, boleh la nak buat cam tu....
Pompuan2 zaman skrg elok ambik kelas martial arts....mcm hadek kiki
Quote soraya 11-10-2014 10:14 AM
perompak tu pun....pompuan berani la kau tendang....pengecut punya jantan....pukul pompuan....
Quote soraya 11-10-2014 10:15 AM
Santeira posted on 10-10-2014 06:18 PM
orait gak lagu dia.

hensem gak...kehkehkehkeh
Quote blackred99 11-10-2014 10:28 AM
pencuri mmg hina.
Quote rosasa 11-10-2014 10:51 AM
Blues posted on 11-10-2014 08:14 AM
Jahatnyer perompak ni  !!!!! Sian wife mark yg tgh preggy :Q

la preggy ke? jahat sungguh perompak tu..

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-7-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.475304 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top