CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menggigil Kali Pertama Genggam M16

10-10-2014 02:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4572| Komen: 12

Menggigil Kali Pertama Genggam M16

Kuala Lumpur: “Pertama kali memegang raifal M16, saya menggigil ketakutan namun kerana minat, saya gagahkan diri dan selepas beberapa tahun menyertai AW (Askar Wataniah) kumpulan saya yang turut dianggotai lima ahli  mendapat tempat naib johan dalam satu pertandingan menembak,” kata Koperal Nasriyah Aziz, 36, dari 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja (AW).

Dia yang berkhidmat di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, sejak menyertai AW pada 2008, pelbagai pengalaman dan cabaran dilalui, namun semuanya memberi pengalaman berguna kepadanya.

Ibu kepada dua anak itu berkata, disiplin ketenteraan serta ilmu yang dipelajari sepanjang menyertai AW dipraktikkan dalam kehidupan terutama kerjaya malah pengalaman itu sangat berguna jika berlaku krisis (bencana alam, peperangan dan ketenteraman awam).

“Walaupun wanita, latihan yang saya jalani sama seperti lelaki malah saya pernah didenda lari 10 kali pusingan padang kawad, berkawad pada jam 10 malam, mengilat kasut tengah malam, masuk hutan malah pernah tidur sejam sehari.


“Pengalaman ini mematangkan diri saya malah ia sangat berguna dalam kehidupan, kerjaya dan apabila berlakunya kecemasan,” katanya ditemui pada Majlis Tamat Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan di Kem Wardieburn, di sini semalam.


Latihan Kem Tahunan itu disertai 3,782 AW yang terdiri daripada 133 pegawai dan 3,649 lain-lain pangkat.

Demonstrasi ‘Nyah Cemar’ pada  Majlis Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 RAJD, semalam.


Ia membabitkan Rejimen Pakar Pengendalian Pelabuhan ke-40 RAJD; Rejimen Pakar Pengendalian Keretapi ke-50 RAJD; Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Air ke-60 RAJD serta Rejimen Pakar Pengendalian Janakuasa ke-70 RAJD.

Keanggotaan rejimen terdiri daripada kakitangan teknikal yang berkhidmat dalam agensi yang ada hubung kait dengan perkhidmatan pelabuhan, kereta api, bekalan air dan elektrik di seluruh negara.
Rejimen pakar itu dilatih setiap tahun selama 15 hari untuk diterapkan asas dan nilai ketenteraan melalui latihan kem tahunan dan ia bertujuan menerapkan amalan budaya ketenteraan dalam tugas harian serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Sementara itu, Mohd Yusri Abu Samah, 35, dari 60 RAJD AW berkata, latihan yang diperolehi itu sangat berguna dalam kerjayanya di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Menurutnya, sepanjang mengikuti latihan, mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu ketenteraan seperti berkawad, menembak, undang-undang serta latihan berterusan yang meningkatkan lagi kemahiran diri.

Katanya, jika berlaku krisis seperti banjir dan sebagainya pihaknya akan menghulurkan bantuan.
“Apabila berlaku krisis berkaitan air, kami membantu dalam pelbagai aspek terutama menyelesaikan masalah,” katanya.

3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 10-10-2014 07:25 AM
tergt aku dulu2 time tu ada 4wd cross country..dlm utan masa nk seberang sungai terjumpa la pemburu dgn senapang sniper yg siap ada lazer tu..aku nk try dia bagi shoot kt pokok cari target burung..sekali tu punya la kuat hentakan kt bahu msa menembak. .hehe bodo je kelam kabut aku bgi balik senapang tu kt dia.
Quote djflux2000 10-10-2014 07:56 AM
Itulah yg biasa menembak tau lah ..bukan senang mcm filem hollywood pegng dua m16 kiri n kNAn puiiii
Quote mbhcsf 10-10-2014 07:58 AM
M16  hmm ...macam mane ye askar dok pegang M16 tahan hentakan ke belakang selepas tembakan tu , tak sakit bahu ke?
Quote crossfire 10-10-2014 08:04 AM
alaaa....menembak m16...kacang aja
Quote d'zeck 10-10-2014 08:05 AM
boleh kena gelak je dengan
cina2 singapura la kalo dah tua bangka
baru rasa gigil pegang M16

apapun, sekurang2 nya
ada juga usaha nak sertai pasukan
simpanan

sebab itu ada bagusnya pengenalan cara
menggunakan senjata api
diperluaskan dalam latihan PLKN

sekurang2 nya bila sampai masa diperlukan,
tak adalah senjata dilihat macam kayu api je
oleh majoriti rakyat yang sepatutnya sama2
mempertahankan negara daripada ancaman
musuh luar
Quote crossfire 10-10-2014 08:10 AM
rospinki posted on 10-10-2014 07:25 AM
tergt aku dulu2 time tu ada 4wd cross country..dlm utan masa nk seberang sungai terjumpa la pemburu  ...

rospinki:

M16 : dia tarik ke atas, bermakna bila tembakan dilepaskan dia terangkat menolak ke atas
Pistol: semua jenis: menarik ke depan, sebab tu nak tembak tgn mesti lurus, kalau bengkok tobat sasaran tak kena/rasanya sudah ada model yg tolak ke atas.
senapang atau seangkatan dgnnya: tolak kebelakang, bermakna nak lepaskan tembakn mesti diletakkan dibahu untuk menahan daya tolakan...

Last edited by crossfire on 10-10-2014 08:12 AM

Quote kluangman 10-10-2014 09:10 AM
Gigil pegang senjata bukan takut.
Tapi tangunggjawab tu. Takut tertambak org atau diri sendiri.

Dlm filem/movie/drama mostly mengarut semuanya.
Quote kejoraria 10-10-2014 09:13 AM
crossfire posted on 10-10-2014 08:04 AM
alaaa....menembak m16...kacang aja

yolah tu....pernah cuba ker....mkn kacang mmglah senang
Quote rospinki 10-10-2014 09:17 AM
crossfire posted on 10-10-2014 08:10 AM
rospinki:

M16 : dia tarik ke atas, bermakna bila tembakan dilepaskan dia terangkat menolak ke a ...

betul. amat mengujakan perasaan mula2 pegang senapang jenis ni..mmng dia tarik picu set target pastu tarik napas..kebabummm tekejut mak! itula sekali aku try..Abe cros mesti dh biasa dgn benda ni..mesin gan mebi?? hehe.
Quote abangbikerz 10-10-2014 09:19 AM
mbhcsf posted on 10-10-2014 07:58 AM
M16  hmm ...macam mane ye askar dok pegang M16 tahan hentakan ke belakang selepas tembakan tu , tak  ...

Bookworm mcm ko xyah sembang le pasal m16
Quote rospinki 10-10-2014 09:21 AM
abangbikerz posted on 10-10-2014 09:19 AM
Bookworm mcm ko xyah sembang le pasal m16

ni baru m16..sharp shooter

baik punya timing.
Quote crossfire 10-10-2014 09:50 AM
rospinki posted on 10-10-2014 09:17 AM
betul. amat mengujakan perasaan mula2 pegang senapang jenis ni..mmng dia tarik picu set target pas ...

Basic kena ada, kalau training dgn peluru hidup di lapang sasar, ada byk peraturan kena ikut...mungkin satuh ari nanti kita perlukan



Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.035846 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top