“Walaupun wanita, latihan yang saya jalani sama seperti lelaki malah saya pernah didenda lari 10 kali pusingan padang kawad, berkawad pada jam 10 malam, mengilat kasut tengah malam, masuk hutan malah pernah tidur sejam sehari.
“Pengalaman ini mematangkan diri saya malah ia sangat berguna dalam kehidupan, kerjaya dan apabila berlakunya kecemasan,” katanya ditemui pada Majlis Tamat Latihan Kem Tahunan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Senggara Perhubungan di Kem Wardieburn, di sini semalam.
Latihan Kem Tahunan itu disertai 3,782 AW yang terdiri daripada 133 pegawai dan 3,649 lain-lain pangkat.
Demonstrasi ‘Nyah Cemar’ pada Majlis Tamat Latihan Kem Tahunan 2014 RAJD, semalam.
Ia membabitkan Rejimen Pakar Pengendalian Pelabuhan ke-40 RAJD; Rejimen Pakar Pengendalian Keretapi ke-50 RAJD; Rejimen Pakar Pengendalian Bekalan Air ke-60 RAJD serta Rejimen Pakar Pengendalian Janakuasa ke-70 RAJD.
Keanggotaan rejimen terdiri daripada kakitangan teknikal yang berkhidmat dalam agensi yang ada hubung kait dengan perkhidmatan pelabuhan, kereta api, bekalan air dan elektrik di seluruh negara.
Rejimen pakar itu dilatih setiap tahun selama 15 hari untuk diterapkan asas dan nilai ketenteraan melalui latihan kem tahunan dan ia bertujuan menerapkan amalan budaya ketenteraan dalam tugas harian serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Sementara itu, Mohd Yusri Abu Samah, 35, dari 60 RAJD AW berkata, latihan yang diperolehi itu sangat berguna dalam kerjayanya di Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).
Menurutnya, sepanjang mengikuti latihan, mereka didedahkan dengan pelbagai ilmu ketenteraan seperti berkawad, menembak, undang-undang serta latihan berterusan yang meningkatkan lagi kemahiran diri.
Katanya, jika berlaku krisis seperti banjir dan sebagainya pihaknya akan menghulurkan bantuan.
“Apabila berlaku krisis berkaitan air, kami membantu dalam pelbagai aspek terutama menyelesaikan masalah,” katanya.
Sumber:
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MenggigilkalipertamagenggamM16/Article/index_html