CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan Ar Tompel Dalam Saloma

9-10-2014 04:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6623| Komen: 0

Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma 


Melissa mengambil pendekatan berdiam diri berhubung isu melibatkan filem arahannya, Saloma.

PETALING JAYA: Pengarah drama Melissa Saila enggan memberikan sebarang respons terhadap rasa kesal pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem biopik berjudul Saloma arahannya memaparkan kisah berat sebelah bapa Adlin iaitu, Allahyarham AR Tompel selain terdapat banyak kesalahan fakta.

Melissa menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu secara ringkas memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.

"Maaf, saya tiada komen," katanya.

Adlin Aman Ramlie.


Terdahulu dalam laporan mStar Online menerusi artikel bertajuk 'Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel', Adlin berkata, telefilem itu memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel dan peminat setia seniman itu.

Malah kata Adlin bapanya telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.

Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).


Pihaknya Adlin yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Bagaimanapun tiada respons diberikan pihak berkenaan.

Satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=833370&page=5#pid58073387
6

Bagus
7

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.259262 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top