Abby Abadi Muat Naik Screenshot Perbualan Norman Hakim
Ternya kehidupan selebriti bernama Abby Abadi ini seringkali menjadi perhatian peminat industri hiburan tanah air.Apa saja yang dimuat naik dilaman sosial pasti akan menjadi bualan.
Mana taknya, baru je kami nak keluar lunch, kami dapat kiriman emel mengenai berita sensasi yang mengatakan pengikut Instagram ibu tunggal ini menginginkan dia bersatu kembali dengan bekas suami.
Bekas suami yang mana satu? Hehe, dah tentulah Norman Hakim. Pelik tapi benar. Itulah yang menjadi persoalan dalam hati kami hingga kini.
Kalau korang nak tahu, Abby ada memuat naik screenshot perbualannya bersama Norman Hakim tau. Sebenarnya dalam perbualan tersebut, Norman memberikan nasihat dan semangat buat Abby. Iyalah, ketika ini kan Abby berdepan dengan pelbagai dugaan, termasuklah kes bekas suaminya, Farhan. Jadi, kami rasa sebagai bapa kepada anak-anak Abby, mungkin Norman rasa bertanggungjawab memberikan kata-kata semangat.
Tetapi, nampaknya pengikut Abby seronok melihat foto tersebut hingga ada yang mendoakan Norman dan Abby kembali bersama. Ayyooo..bukannya kami tak setuju, tapi apa pula kata Memey Suhaiza nanti? Setahu kami, hubungan Abby dan Norman sekeluarga memang baik. Malah, anak Norman dan Memey pun rapat dengan anak Abby tau. Tetapi, tak nak lah nanti dek kerana kita sebagai peminat yang tak menjaga sensitiviti, mereka pula yang bermasam muka. Ya, kami faham sebagai peminat, pasti kita menginginkan yang terbaik buat selebriti pujaan. Tapi, jangan sampai ada yang terluka. Cewah! Apapun kami yakin Norman dan Memey chill je. Abby pula pasti tau apa yang terbaik buat dirinya. Betul tak?
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|