CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Pada Ar Tompel

9-10-2014 04:49 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 69329| Komen: 456

Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Pada Ar Tompel

Adlin Aman Ramlie terkilan telefilem Saloma kebanyakannya memaparkan kisah ayahnya berunsur tohmahan.


PETALING JAYA: Pelakon Adlin Aman Ramlie meluahkan rasa kesal apabila telefilem biopik Saloma siaran Astro First yang turut memaparkan kisah ayahnya, Allahyarham AR Tompel, kebanyakannya berunsur tohmahan dan berfakta tidak benar.

Adlin berkata, telefilem yang diterbitkan oleh syarikat produksi Kus Semangat Aktor milik Melissa Saila itu sekali gus menjejaskan semua nilai dan tanggapan murni masyarakat terhadap AR Tompel, seolah-olah ayahnya itu menjadi punca Saloma menderita.

"Telefilem itu telah memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel, termasuklah saya sebagai anaknya. Malah saya percaya, peminat-peminat setia ayah juga pasti terkilan selepas menontonnya.

"AR Tompel  telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya," katanya yang menghubungimStar Online di sini pada Selasa.

Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kasehtelah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu.



Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).

Tambah Adlin, pihaknya yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan.

Bagaimanapun tiada respons yang diberikan.

Justeru, satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.

"Memandangkan notis yang diberikan sebelum ini tiada respons, maka saya bersama waris-waris AR Tompel yang lain akan mengambil tindakan seterusnya.

"Pihak kami akan menjelaskan lebih terperinci berkenaan perkara ini pada sidang media nanti.

"Tambahan pula telefilem itu tidak mendapat kebenaran daripada mana-mana waris untuk memaparkan kisah ayah saya dan perwatakannya telah dipersembahkan tanpa dirujuk daripada sumber yang sah," tegasnya.

Pada sidang media tersebut, waris lain AR Tompel iaitu AR Badul, Amran Tompel serta dua isteri seniman itu, Ruminah Sidek dan Zaiton Ismail akan hadir.
7

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apiang 8-10-2014 01:04 AM
eemmm..kan....al fatihah sahaja mampu kutitipkan....

apa la kesah yg da lama2 nak ungkit2 lagi...

hewhewhew

feel sorry for both paty
Quote CrowneGlory 8-10-2014 01:05 AM
Lps satu...satu... Caca marba betul pembikin filem saloma ni...
Quote salimrock 8-10-2014 02:15 AM
apa yg tak kena ar tompel ni?

wa tak tgk lagi cerita saloma ni...
Quote kakasotong 8-10-2014 02:22 AM
Dah agak dah one day adlin akan bising jugak pasal hal ni.

Dan hari yg dinantikan tu sampai jugak akhirnya.

Xtengok pn lg citer ni. So xnmpk mana teruknya paparan citer ni psl arwah tompel.

Bertabahlah anak2 arwah ar tompel semua.


Kepentingan dlm kesempatan msti ada. Xbanyak but still ada.
Quote cmf_premierleag 8-10-2014 02:31 AM
In d 1st place, drama ni tak patut diterbitkan pun
Sbb byk sgt masalah2 lain akan dtg dr waris2 saloma, p.ramlee, tompel etc etc
kadang2 nk kaut untung pun, kene pikir gak sensitivity org lain
Quote MissLibra 8-10-2014 02:48 AM
inilah masalahnya menerbitkan biografi tak kira dalam bentuk buku, film or whatever. Melissa Saila patut sensitif benda benda macam ni. Bukan mudah nak kisahkan balik hidup org yg dah tak ada. Tambah2 warisnya masih hidup. Kalaupun mariani claim dia paling rapat dgn saloma, habis watak lain macamana? Even Mak Mah dgn Zaiton Ismail hidup lagi. Pasal tu filem Dreamgirls (beyonce) tu dikatakan sebenarnya kisah Diana Ross dan kumpulan the Supreme. Tapi sebab creative team dia pandai cover sana sini dan tak melibatkan sebarang nama sebenar, so takde siapa boleh ambil tindakan walaupun terang terang tu kisah Diana Ross. Sampai Diana Ross pun keluar panggung sebelum movie tu habis waktu premiere sebab dia terasa tapi tak boleh buat apa apa.

Banyak lagi pembikin filem kita kena belajar rupanya.
Quote maxim 8-10-2014 04:26 AM
Apa nama hubungan melissa saila ni dgn adlin eh?
Quote LiveYourLife 8-10-2014 05:04 AM
MissLibra posted on 8-10-2014 02:48 AM
inilah masalahnya menerbitkan biografi tak kira dalam bentuk buku, film or whatever. Melissa Saila p ...

Ye la, mesti la waris kecik ati bila digambarkn seolah2 tompel mcm jahat.

Tgk la astro nk buat ape..
Quote belacan_gurl 8-10-2014 05:15 AM
Dah tgk....tompel gatai dan pantang dgn wanita cun,..tp..dlm citer tu la ....kikkki
Quote espri6006 8-10-2014 06:23 AM
sepatutnya kena fikir juga kemunasabahan sesuatu adegan itu walaupun ia utk melengkapkan sesebuah jalan cerita. Kalau sesuatu yang buruk itu tak payah nak dipaparkan sangat sebab kebanyakkan watak2 sebenar dah arwah dan tak perlu nak ceritakan sisi buruk mereka. Ia seolah olah kita nak buruk2kan orang yang dah mati.
Quote leftrani_kel 8-10-2014 06:29 AM
X patut buat cite ni sebnrnyer..lgpun sume dah arwah..kt pun bkn tau cite sebnr...lgpun cite ni byk bkk aib arwah2 yg ada dlm cite ni
Quote mommymonster82 8-10-2014 06:54 AM
Alah..si adlin ni pon pernah bahankan bapak dia masa maharaja lawak mega...ckp bapak dia kaki perempuan..kawen banyak. Jgn buat2 lupa adlin...
Quote beta_carotene 8-10-2014 07:05 AM
arwah bekas sultanah norizan ada waris tak?
kalau ada jaga2.. sebab norizan digambarkan bitchy dlm telefilem ni..
cemburu tak tentu pasal.. tampar mariani..

ala2 fakejura gaduh kat kelab malam la gitu
Quote alphawolf 8-10-2014 08:02 AM
Apa kata Badul?
Quote yeepi_33 8-10-2014 08:22 AM
Tp kira arwah hebat gak aa..bleh wat saloma fall in love with him...before p.ramlee...


Nway.

Al fatihah.
Quote hanie_z 8-10-2014 08:25 AM
Just sharing lagiii..heheee

Adlin terguris arwah bapa diaib.

Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu.” Itu reaksi pelakon dan penerbit, Adlin Aman Ramlie, (gambar) 42, yang juga anak seniman Allahyarham AR Tompel mengenai tuntutan undang-undang bakal diambil terhadap produksi dan penerbit telefilem biopik, Saloma, esok.

Adlin yang mewakili semua waris Allahyarham berkata, tuntutan berkenaan diambil sebagai menuntut hak mereka yang tercalar berikutan paparan menggambarkan karakter dan sikap seniman itu sebagai negatif dan 'hitam' dalam telefilem itu.
Adlin berkata, paparan sedemikian bersifat berat sebelah, tidak beretika dan menghina semua waris Allahyarham.

Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi yang jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tidak adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham.

Saya mewakili keluarga mengutuk sekeras-kerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas sekali menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris,” katanya.
Adlin berkata demikian bagi mengulas tindakannya sekeluarga untuk mengadakan sidang media khas esok bagi menuntut beberapa perkara terhadap produksi dan stesen penyiar Astro berikutan penghantaran notis awal pihaknya tidak dilayan sebelum ini.

Adlin mendakwa produksi telefilem itu memaparkan bapanya tanpa pernah merujuk atau berbincang langsung dengan mana-mana waris Allahyarham.

Dalam tuntutannya, Adlin antaranya menuntut Astro untuk menghentikan tayangan telefilem itu di semua saluran stesen terbabit serta-merta dan tidak mengulang tayangannya pada masa akan datang.
Mereka sekeluarga juga menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada semua pihak terbabit dalam telefilem berkenaan ekoran paparan watak Allahyarham AR Tompel atau nama sebenarnya Aman Ramli Jaafar yang boleh menimbulkan impak negatif dan mengelirukan.

Sumber - Harian Metro
Quote ctmoon 8-10-2014 08:40 AM
saman adlin..saman ..jangan xsaman..tp kalau kat mahkamah nanti kuar video dia kutuk bapak die kt maharaja lawak mega dulu cmne plak erk..
Quote chaintea 8-10-2014 08:42 AM
Eh...ada bunyi la
Quote reddots 8-10-2014 08:42 AM
maxim posted on 8-10-2014 04:26 AM
Apa nama hubungan melissa saila ni dgn adlin eh?

xde apa2 hubungan pun...

tp kalau Saloma masih hidup, Adlin adalah  bekas anak tiri Saloma.

Lihat semua komen(456)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.309894 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top