Hanez Suraya Diboikot Para Penerbit Hanez Suraya diboikot akibat kontroversinya dengan Romie, stesen televisyen telah mengambil keputusan, tiada lagi belas kasihan. Akibatnya, apabila para penerbit mencadangkan nama Hanez untuk drama terbitan mereka, ia ditolak mentah-mentah oleh stesen televisyen.Sudahlah dipandang serong oleh masyarakat kerana skandalnya, kini tak ada ‘job’ pula.
Membaca luahan hati Hanez Suraya di BiPop hujung minggu lalu membuatkan Abang Nara agak simpati dengan nasib yang menimpanya. Tulis Hanez:- Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?
Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapa tetapi mengapa saya tidak diberi kesampatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon. Penerbit tidak pernah lupa malah masih menghulurkan tawaran, tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan kerana bimbang kemunculan memberi kesan kepada rating sesebuah drama. Saya bermula dari bawah, merangkak untuk membina nama, namun kerana kesilapan lantaran terlalu mengikut kata hati, itu semua musnah. Saya tidak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin tebal. Pernah juga saya merisik khabar daripada penerbt yang rapat, mereka yang masih memberikan sokongan, tetapi apa daya mereka jika nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Sesetengah pihak dengar saja nama Hanez Suraya, terus ditolak. Berikan saya ruang untuk membersihkan nama dan menebus semua kesilapan lalu.
Betullah kata orang, sekali kita buat salah, semua pihak akan ingat ia sampai bila-bila. Tak kiralah sebanyak mana kebaikan yang pernah kita lakukan sebelum ini. Buat Hanez, bersabarlah. Rasanya kena tunggu lama sikit lagi untuk biar masyarakat benar-benar lupa apa yang telah anda lakukan. Setahun dua lagi pasti stesen televisyen akan menerima anda kembali. Buat masa ini, tumpukan perhatian pada perniagaan. Mana tahu ada rezeki anda di situ. Tak gitu?
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|