CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Pernah Melutut Di Hadapan Intan Ladyana

9-10-2014 04:40 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 35209| Komen: 222

Kamal Adli Pernah Melutut Di Hadapan Intan Ladyana

Hebatnya cinta. Kerana cinta, empayar Rom musnah. Kerana cinta, seorang lelaki yang kacak, macho dan tampan seperti Kamal Adli sanggup melutut untuk menagih cintanya kembali. Itulah kehebatan cinta. Bak kata pepatah, lautan api pun sanggup direnangi. Mungkin kalau si kekasih suruh terjun bangunan pun si lelaki sanggup lakukan kerana mabuk dilamun cinta. Memang ajaib penangan cinta ini.


Lagi hebat apabila 6 tahun bercinta dan ditinggalkan begitu sahaja seperti yang dialami oleh Kamal Adli. Sedih Abang Nara membaca luahan kata-kata Kamal Adli di BiPop hujung minggu lalu. Mana tidaknya, Kamal Adli sanggup berlutut di hadapan Intan Ladyana. Sayangnya Intan Ladyana buat tak tahu sahaja. Memang pedih jiwa dibuatnya. Abang Nara rasa nak menangis membaca kata-kata Kamal Adli ini. Memang jelas terserlah keremukan hatinya.

Jiwa saya kosong. Saya terlalu kecewa dan sudah kering air mata! 6 tahun bercinta, susah senang bersama tetapi akhirnya saya dibuang begitu saja? Hingga hari ini saya masih tidak faham kenapa saya ditinggalkan? Apa salah dan dosa saya? Panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.


Saya cukup merana sejak ditinggalkan. Tak tahu nak cakap betapa hati saya terluka. Kenapa Intan buat saya seteruk ini? Secara jujur, saya dan Intan tidak bergaduh dan tidak berperang besar, hubungan kami berjalan seperti biasa. Tetapi saya pelik Intan secara tiba-tiba mengambil keputusan mengakhiri hubungan ini, sedangkan apa salah saya? Saya tidak boleh terima ditendang begitu saja.

Jika saya pernah kantoi menjalinkan hubungan dengan gadis lain dan buat perkara tidak senonoh itu lainlah! Ini tanpa saya tahu apa kesilapan, saya ditinggalkan. Saya mahu bersemuka, Intan tidak mahu berjumpa. Kenapa? Saya sudah lama memendam perasaan, saya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan kerana masih mengharap hubungan kami masih boleh diselamatkan, namun nampaknya saya hanya bermimpi.

Sebenarnya saya sudah bersedia mahu melamar Intan. Hati saya sudah terbuka untuk berkahwin tahun ini. Saya masih ingat sebelum menjalani penggambaran drama di Taiping, Perak, kami berbuka puasa bersama, malah Intan berbuka puasa dengan keluarga kami. Sebelum pergi kami berjanji mahu sehidup semati. Kami berjanji tidak akan berpisah, tapi minggu depan lain pula jadinya. Saya dapat rasakan Intan sedikit sudah mula berubah.

Hanya seminggu saya inggalkan, hatinya jadi keras. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Ketika di Taiping, saya sebenarnya tidak sabar mahu pulang ke Kuala Lumpur, hasrat saya mahu melamar Intan, tetapi nampaknya tidak sempat. Saya sedih sangat. Saya tidak tahu kenapa terlalu drastik Intan berubah hati? Saya tidak sesekali menyalahkannya, mungkin saya pernah buat silap, tetapi besar sangat ke silap saya sehingga hubungan 6 tahun dicampak ke tepi? Tiadakah rasa sayang pada perhubungan ini?

Saya pernah bertemu Intan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini. Apabila saya tahun Intan di sana, saya sangat teruja, maklumlah sudah lebih sebulan tidak bertemu. Saya pakai cantik-cantik, macam pertama kali nak keluar dating. Tapi saya kecewa, Intan melayan saya seperti baru pertama kali bertemu. Saya tebalkan muka, saya duduk dekat dengannya, tetapi tiada respon.

Apabila dia ke belakang pentas, saya mengikutnya. Saya rindu sangat padanya. Saya melutut padanya, tapi Intan buat saya seperti orang asing. Malu, hanya Tuhan saja yang tahu, tapi apakan daya. Saya terus tidak faham kenapa Intan melayan saya seperti musuhnya? Jika tidak inginkan saya sekalipun, jangan sampai bermusuh.

Selama 6 tahun bercinta, Intan bukan saja buat hati melekat, malah dia juga memaku hati saya. Bagaimana saya nak mencabut paku ini? Setiap hari saya berdoa agar kami terus bersama.


Ok Abang Nara nak pergi cari tisu kejap. Sedih sangat masa taip nie. Semoga Kamal Adli tabah. Abang Nara faham perasaan anda. Putus cinta memang pedih. Memang boleh tak tidur malam seminggu dua. Sabarlah Kamal. Kalau ada jodoh, tak ke mana. Semoga Intan Ladyana terbuka hati selepas membaca luahan ini.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote addamnor 8-10-2014 05:46 PM
Hey bang move on shj lah. Sudah 6 tahun kawan tu tunggu kamu, jika saya skalipun entahkan 6, 2 tahun pun sudah blah jika tak pasti hujung pangkalnya.

Choi shj lah kamu ini kamal adli.
Quote mixed 8-10-2014 05:48 PM
sob sob sob sedeyyyyyyyyyyyyyyyyy

dulo x nak hargai skunk meratab sendu

bertabahlahhhhhh dekkkkkk!!!
Quote soraya 8-10-2014 05:51 PM
mcm tak percaya je si adli ni ckp.....kehkehkehkeh.....

konon chenta maha hebat.....kalo hebat sangat naper tak kawen je......punya ler lama berchenta.....kehkehkeh

propa!
Quote xdielzx 8-10-2014 05:53 PM
mesti dia ada buat something sampai intan dah tak layan langsung
Quote ninjago 8-10-2014 05:55 PM
oh sedihnya!!
Quote weirdwaniey 8-10-2014 05:59 PM
Intan ada org len ler tu. Dah tggu hg, sikit pnya lama br nk propose. Kan da kna tggai
Quote lipstickz 8-10-2014 06:00 PM
poyo!!!

budget x mau dipersalahkan, mcm2 la ko goreng kan?
6 tahun tu tau x berapa hari??

Gilo
Quote makneng 8-10-2014 06:01 PM
Jadah lutut bagai. Ko move on je la dek! Jgn nak chenta jagung sgt!
Quote winterwhite39 8-10-2014 06:03 PM
ler orang dah tak suka takya la hegeh2..

6 tahun dah kawan nape tak ikat awal2 kalau betul cinta..

jgn laka2 la adli
Quote ellynorman 8-10-2014 06:05 PM
6 tahun nko kehulu kehilir takde apa komitmen... Deyyyy tambii... Manusia makin tua.. Kalau dalam masa 6 tahun asyik perancangan nak kawen jee... Tapi tak nampak kearah itu.. Teda guna...
Kot kalau la si intan tu tinggalkan nko cam tu je.. Takyahnla sampai nak.melutut bagai... Kalau bini lain la jugakkk
Quote doubleA 8-10-2014 06:06 PM
mungkin intan dah solat istikharah dan dapat petunjuk.

tu yang tak mungkin berpaling lagi kot

bertabah la kamal.

ko mungkin terlambat beberapa minit je, selama 6 tahun ko dah bazirkan masa.
Quote alizna82 8-10-2014 06:06 PM
sudang terang lagi bersuluh...hatinya kini milik insan lain...bertabahlah kamal
Quote malaywood.NET 8-10-2014 06:07 PM
Padan muka ko kamal..
Quote mommymonster82 8-10-2014 06:11 PM
Dah kena tinggal baru ckp nak lamar... 6 tahun weh pompuan tu tunggu...klu korg da kawen dr dulu anak da nk masuk darjah 1 dah....
Eiii sudahlah...
Quote jasmeen 8-10-2014 06:15 PM
Motip xde org sokong c kemal ni?kamoooooo jahattttt
Quote nadieya 8-10-2014 06:19 PM
dulu masa kawan tu dok bg hint nak kawen
ko buat xtahu...
berbuih la wartawan tanya dia, dia kata dia pompuan laki kena jawab bab2 ni
bila wartawan tanya ko, ko kata lakonan dulu
nak kukuhkan nama la apa la
dah kena tinggal
dan2 keluar cerita mmg nak kawen la apa la...
nasib badan la
Quote drivethru 8-10-2014 06:22 PM
Penampilan busuk, bau busuk, cerita busuk.
Quote tepisket.. 8-10-2014 06:26 PM
fizo juga y pandai walaupun nama kena blacklist
Quote mizzmimi 8-10-2014 06:30 PM
dah 6 tahun..

orang tu dah move on baru nak lamar..

hmm..

Lihat semua komen(222)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055898 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top