Malah ada di antara pengutip-pengutip derma bagi yayasan yang berpangkalan di Kedah itu telah dihadapkan ke mahkamah kerana mengutip derma secara haram, Ogos lalu. Baru-baru ini, Aman Palestin membuat kenyataan tidak mempunyai kaitan dengan yayasan tersebut selepas menerima laporan yang mengatakan nama mereka dipergunakan untuk mengutip derma. Ketika gadis tersebut menghampiri meja penulis, seorang rakan kami sempat bertanya beberapa soalan kepadanya termasuklah ke mana wang derma tersebut akan dibawa dan siapa pemilik sebenar yayasan berkenaan. Dengan ekspresi wajah yang jelas tidak selesa, gadis berusia 18 tahun ini mengambil jalan selamat dengan menjawab 'tidak tahu' dan 'tidak pasti'. Katanya, beliau tidak mengetahui latar belakang yayasan tersebut secara terperinci termasuklah kepada siapa wang tersebut diserahkan dan paling mengejutkan beliau tidak mengetahui bagaimana untuk mendaftar sebagai sukarelawan. Ini kerana beliau hanya mengikuti jejak ibunya yang sudah lama mengutip derma untuk yayasan berkenaan dan berpendapat, darah sukarelawan telah mengalir di dalam tubuhnya membuatkan beliau turut menyertai yayasan tersebut. "Saya tidak tahu. Saya tidak pasti. Kakak telefonlah orang ini, mungkin dia boleh membantu," katanya sambil menunjukkan satu nombor telefon yang terdapat pada pas yang dipakainya. Apa yang menghairankan gadis ini tinggal di Melaka dan sanggup pergi ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mengutip derma dan ketika ditemui, beliau berjalan berseorangan walaupun jam sudah menunjukkan hampir 12 malam. Mohd. Fadzli, seorang kakitangan awam berpendapat, isu pengemis ini tidak akan selesai selagi rakyat masih 'kemaruk' pahala sehingga tidak pernah memberi pertimbangan ke mana wang derma itu akan digunakan. "Memang sebagai orang Islam kita diajar supaya sentiasa bersangka baik dan melakukan amalan-amalan mulia termasuk bersedekah. Tetapi tak salah kalau kita menggunakan sedikit akal dan berusaha mencari badan-badan kebajikan yang berdaftar dan diyakini menggunakan wang derma tersebut dengan cara yang betul. "Kebanyakan daripada kita apabila bersedekah mereka anggap sudah buat satu kebajikan dan bagaimana wang tersebut akan dibelanjakan, itu bukan masalah mereka. Itu urusan pengutip derma yang menipu dengan Allah. "Tak boleh begitu kerana Rasulullah pernah berpesan bahawa di akhir zaman nanti, akan ada golongan yang menggunakan agama untuk kepentingan sendiri. Jadi, apakah kita mahu terus 'kemaruk' pahala tanpa menimbangkan kesan yang diterima oleh masyarakat termasuklah manipulasi gadis dan kanak-kanak? "Bagaimana pula jika derma tersebut digunakan untuk membiayai pertubuhan haram seperti ajaran sesat atau gangster?," katanya.
|
clarizsa posted on 7-10-2014 11:50 PM
i sakit ati lg dok tringat aritu kt pasar malam klang lama, ade minah ni dok bersila sambil pangku a ...
clarizsa posted on 7-10-2014 11:50 PM
i sakit ati lg dok tringat aritu kt pasar malam klang lama, ade minah ni dok bersila sambil pangku a ...
sabbath_shalom posted on 9-10-2014 12:03 PM
Orang yg kutip derma ni tak abih2 jual nama negeri Kedah...
Kalau pape sikit..Kedah
ADVERTISEMENT