Ramai juga yang menyangka Ahmad Idham berulang alik dari Kuala Lumpur ke Nusajaya, Johor Bahru kerana projek Ahmad Idham Film Academy (AIFA) yang terletak di selatan tanah air itu. Namun hakikatnya, Ahmad Idham kini telah menetap di negeri Johor dan meninggalkan segala-galanya di Kuala Lumpur termasuk menjual kediamannya yang terletak di Bukit Jalil. Kata bapa kepada empat orang anak itu, hijrahnya nekad demi keluarga terutama anak sulungnya Ahmad Firdaus, 14. “Ramai yang bertanya kepada saya apa yang menyebabkan saya berhijrah ke sini (Johor) sehingga sanggup tinggalkan semua di Kuala Lumpur sampai jual rumah. “Sebenarnya, selain mahu fokus kepada AIFA saya juga mahu menunaikan impian isteri saya untuk menghantar anak sulung kami, Firdaus ke sekolah kanak-kanak istimewa di Singapura. “Bukan tidak ada sekolah tersebut di Kuala Lumpur tetapi, di Singapura sistem yang mereka terapkan berbeza dan demi untuk memberikan yang terbaik untuk Firdaus, saya nekad. “Firdaus kini belajar di Saint Clare School, dan isteri saya berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura untuk ambil dan hantar anak ke sekolah,” katanya ketika ditemui pada majlis jalinan kerjasama antara AIFA dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di Nusajaya pada Selasa. Tambah Idham lagi, dia tidak pernah menyesal dengan keputusannya untuk meninggalkan ‘hidupnya’ di Kuala Lumpur. “Saya tak terkilan atau menyesal dengan keputusan yang saya ambil ini, bahkan saya merasa lebih tenang dan kehidupan saya lebih baik di sini. “Saya juga bersyukur kerana saya kini mempunyai lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak,” ujarnya. Bagaimanapun pengarah filem box-office itu, menolak andaian penghijrahannya ke Johor Bahru kerana merajuk dengan industri filem tempatan.
|
4
Bagus |
3
Marah |
7
Terkejut |
10
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sekolah kanak-kanak istimewa di Singapura.
“Bukan tidak ada sekolah tersebut di Kuala Lumpur tetapi, di Singapura sistem yang mereka terapkan berbeza
an2toncit posted on 4-10-2014 04:00 AM
anak dia autistic ....saint clare s'pore mmg salah 1 sekolah terbaik utk anak2 autistic
ADVERTISEMENT