CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tasha Shilla 'berasmara' dengan Han?

2-10-2014 05:05 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 19017| Komen: 40

Tasha Shilla Sangkal Mengamuk , dituduh 'berasmara' dengan Han?




PETALING JAYA:
Pelakon Tasha Shilla menyangkal dakwaan kononnya dia mengamuk di sebuah lokasi penggambaran gara-gara ingin mencari dalang yang menyebarkan fitnah selepas dikatakan 'berasmara' dengan teman lelakinya, Han.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, berkata, dia pelik bagaimana cerita terbaharu itu boleh timbul dan berharap segala khabar tidak benar tentangnya dihentikan.

"Apa yang ditulis adalah tidak benar dan saya harap hentikanlah segala cerita-cerita yang tidak benar tentang diri saya.

"Berilah saya ruang yang tenang untuk saya jalankan kerja saya," katanya kepada mStar Online menerusi pesanan WhatsApp di sini pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan, rakan artis yang rapat dengan pelakon itu memberitahu tindakan Tasha mengamuk itu adalah kesan daripada dakwaan tersebut yang dirasakan sangat besar dan mengaibkan.

Disebabkan perkara itu, penggambaran terpaksa dihentikan dan semua pihak yang bekerja dalam produksi itu cuba memujuk dan menenangkan Tasha.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak mampu untuk menahan mana-mana pihak daripada bercakap perkara buruk tentang dirinya dan kesal dengan kontroversi terbaharu itu.

Jelas Tasha lagi, dia sedar bukan semua orang sukakannya namun dia berharap diberi ruang untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon dan bukannya terhadap cerita gosip murahan.

"Saya sedar saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang malahan saya juga sedar tidak semua sukakan saya. Sekali lagi berilah saya ruang," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Tasha berkata, dia kini sedang berada di Kuantan, Pahang untuk menjalani sesi penggambaran drama bersiri berjudul Takbir Zulaikha untuk slot Samarinda di TV3.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayalala 29-9-2014 08:15 AM
dah mengamuk plak bdk ni
Quote nissangetz 29-9-2014 10:57 AM
masa dtg sgpore pon agak sombong ....
Quote tapibukanaku 29-9-2014 11:04 AM
kesian lahaii tasah silah..
Quote kosukeconan 29-9-2014 11:18 AM
myb boyfie nak break up psl fitenah tuh
tu yg dia mngamok sakan
Quote tara_tara 29-9-2014 11:18 AM
nissangetz posted on 29-9-2014 10:57 AM
masa dtg sgpore pon agak sombong ....

Muka pun nampak sombong. Tapi x taulah sebab x jumpa depan2.
Quote BebeQ 29-9-2014 11:21 AM
i masih tak boleh hadam lakonan dia ni. masih kaku.
Quote MsIda 29-9-2014 11:27 AM
Dulu , kini masih tak minat minah ni...
Quote menjad 29-9-2014 11:30 AM
tiada angin masakan pokok bergoyang
Quote fuzzyfuzzy 29-9-2014 11:30 AM
ko tak yah beria mengamok dik nak tunjukkan yg diri ko to inesen..
tgk gaya hidup ko ngan bf pon hakak dah boleh hagak korang cam ner...
buang masa je ko nak amuk2 ni semua...
kalau kau bertudung litup, bf pon ostad pencetus ummah kot la yer nak ngamuk bila org tabur fitnah mcm tu..
ni ko tonggek sana tonggek sini...baju tak penah cukup kain..
tetiba nak fefeling inesen muslimah sgt....
hakkkkktuuuiihhh~!!!
Quote tara_tara 29-9-2014 11:44 AM
Kann.. macam la teraniaya sangat orang nak fitnah bagai.
Quote kuewTiau 29-9-2014 11:55 AM
hari jemaat las wik jumpe dia kat ampang point.
jalan mendada dengan skirt 'muslimah'
sempat tengok bontot montot dia je.
naseb tak tercekik air.


sebelum tu amyza aznan lalu.preggy rupanya.
pakai tudung.
Quote DayangKirana 29-9-2014 11:56 AM
kadang2 retis ni kena la sedar diri..ape jua yang ko buat orang dok perhati..
so, kalau dah jadi buah mulut macam nie, please la don't act innesen..nak deny segala.. lama2 orang pun muak..

selain angin, pokok juga mungkin bergoyang sebab ade monyet jantan betina duduk berjimba kat celah2 dahan tu, yer tak..
Quote sepitsiput 29-9-2014 12:04 PM
tp couple ni mmg nampak kuat sex pun.....ooops
Quote sparkling_nonie 29-9-2014 12:40 PM
kesian bila difitnah atau aib tersebar..
Quote famri7 29-9-2014 12:44 PM
Mengamuk sbb padding kopek dan bontot hilang kah? Bersabarlah sis.
Quote solstice 29-9-2014 12:46 PM
fuzzyfuzzy posted on 29-9-2014 11:30 AM
ko tak yah beria mengamok dik nak tunjukkan yg diri ko to inesen..
tgk gaya hidup ko ngan bf pon ha ...

Publisiti uols
Nama hot dgn kontroversi = makin popular
Setengah retis memang seronok jadi bahan berita

Tambah2 yg ala2 sendu suam kuku cam TS ni
ABP pon gigih undi diri sndiri
Quote aTiKah_aYuNi 29-9-2014 12:57 PM
berlakon kaku......
xminat...
Quote hanie_z 29-9-2014 01:12 PM
dia ni gosip je lebih.. tp, ntah pape je. xminat la..
Quote tomet05 29-9-2014 01:21 PM
produk besokan ketet ok x ?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.107380 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top