CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Lihat artikel

Awi Tiada Masa Lepak

2-10-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4296| Komen: 14

Awi tiada masa lepak

Penyanyi kelahiran Si-ngapura ini tidak menyesal berjauhan daripada keluarga. Ternyata keputusan untuk mengembangkan kerjaya seni di Malaysia tepat meskipun laluan tidak mudah . Dengan lambakan artis tempatan, Awi berusaha menampilkan kelainan yang ada pada dirinya.

Siapa sangka, bermula dengan lagu Pulanglah, pemilik nama sebenar Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael ini berjaya melebarkan sayap bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga penulis lirik dan pencipta lagu.
Bahkan dia bertuah apabila lagu Mula Dan Akhir menjadi pilihan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza untuk dimuatkan dalam album terbaru berjudul Fragmen.

Masih mempromosikan lagu Takdir Cinta yang menjadi ru-nut bunyi siri Kusinero Cinta hasil ciptaan penuh Adi 6ixth Sense, jejaka berusia 28 itu menghabiskan banyak masa di studio.



“Ikutkan hati saya boleh saja melepak di mana-mana pusat beli-belah atau berhibur di kelab malam tetapi saya korbankan semua itu demi kerjaya.


“Saya tidak menyesal habiskan sebahagian besar masa di studio daripada membuang masa dengan perkara tidak perlu. Bagaimanapun, ada juga sesekali saya keluar makan dengan kawan.

“Buat masa ini saya rancak mempromosikan lagu tema Kusinero Cinta dan menulis lagu untuk beberapa artis termasuklah Aliff Aziz dan Ernie Zakri. Apabila Datuk Siti mahu muatkan lagu Mula Dan Akhir dalam album barunya, saya semakin yakin menghasilkan lagu untuk orang lain,” katanya.

Baru-baru ini, anak bongsu daripada tiga beradik itu mendominasi pencalonan Anugerah Planet Muzik (APM) 2014. Dari 19 kategori termasuk Anugerah Khas Planet Muzik, Awi mendapat tujuh pencalonan. Antaranya adalah Kolaborasi Terbaik (Artis), Artis Paling Popular (Singapura), Artis Popular APM serta Lagu Paling Popular APM.

Walaupun ini bukan pencalonan pertama, ia cukup membanggakan jejaka itu. Pada 2005, ketika masih bergelar vokalis kumpulan Bhumiband, dia sudah merasai kemenangan di pentas itu menerusi kategori Album Terbaik dan Lagu Terbaik Singapura.

Tujuh tahun kemudian, Awi yang bergerak secara solo memenangi kategori Lagu Terbaik Si-ngapura menerusi lagu Pulang-lah. Diminta memberi komen mengenai pencalonan kali ini, Awie meluahkan rasa syukur kehadirannya kian diterima. “Alhamdulillah, kerjaya saya semakin kukuh. Pencalonan ini menunjukkan saya masih ada dalam industri meskipun bergerak perlahan.

“Mahu katakan perjalanan sudah selesa, mungkin belum lagi. Setiap hari saya belajar bermain gitar dan piano. Pencalonan itu bukanlah jaminan untuk saya bernafas lega tetapi motivasi agar bekerja lebih keras.

“Sebagai pemuzik, saya -sangat bangga melihat perkembang industri muzik di Malaysia. Kita sendiri dapat rasakan perubahan serta perbezaan itu. Saat pertama kali menjejakkan kaki di sini, saya berazam memeriahkan lagi seni muzik di negara serantau,” kata-nya yang cuba menulis lagu bahasa Inggeris.

Asyik bercerita mengenai impian serta kecintaannya terhadap muzik, seakan-akan memberikan bayangan dia mungkin lewat mendirikan rumah tangga.

Tambahan pula, Awi yang mempunyai syarikat produksi sendiri iaitu Runway Production Sdn Bhd itu sibuk merangka strategi mengembangkan bisnesnya.

“Syarikat saya bukanlah besar pun. Sekadar menjadi tempat untuk artis baru mengasah bakat sebagai penghibur. Saya juga menulis lagu untuk rakan artis yang sama-sama bernaung di bawah Warner Music Malaysia.

“Syarikat saya lebih kepada menjadi wakil untuk -artis baru. Dulu saya belajar -dalam bidang undang-undang. Pengetahuan itu saya gunakan ketika membuat kontrak untuk mereka.

“Itu adalah fokus saya sekarang ini. Soal jodoh saya serahkan pada Ilahi. Kalau sudah tertulis tahun depan saya berkahwin, ia akan berlaku,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tomet05 25-9-2014 05:10 PM
x kisah la tuh ..
Quote hanie_z 25-9-2014 05:15 PM
amboiiii, sampai xde masa.
bagus la, muda2 ni la cari rete banyak2. selamat berkarya..
Quote berun 25-9-2014 05:30 PM
hanie_z posted on 25-9-2014 05:15 PM
amboiiii, sampai xde masa.
bagus la, muda2 ni la cari rete banyak2. selamat berkarya..

dulu masa n hanez dah puas lepak kut
Quote soraya 25-9-2014 05:31 PM
lerr ingatkan abam awie wings tadi...kehkehkeh...mmg patutla tak boleh lepak sebab anak 5 orang...kehkehkeh...rupanya awi lain...
Quote elamor 25-9-2014 05:33 PM
ok baru tau nama sebenar dia
Quote hanie_z 25-9-2014 05:35 PM
berun posted on 25-9-2014 05:30 PM
dulu masa n hanez dah puas lepak kut

haha tu la..
bile dah single mmg selalunya akan sibukkan diri ngan keje je la.
konon2 mengubat hati yang berduka lara gituwww..
Quote encikWawad 25-9-2014 06:12 PM
poyo bebenor statement ni - cakapje lah bekeje keras
takde masa lepak - seolah2 bekerja tanpa henti -
Quote hanna88 25-9-2014 10:20 PM
nama dia panjang toi..baru tau..
Quote Grengo 25-9-2014 10:39 PM
Tahniah...

ku sangke awie penyanyi rock kapak..
Quote maxim 25-9-2014 10:42 PM
ko mati pn aku x heran la awi
Quote cruisekeanu 25-9-2014 10:43 PM
maxim posted on 25-9-2014 10:42 PM
ko mati pn aku x heran la awi

kanzzz
terperasan popular le tu
he he
Quote shernazz 25-9-2014 10:56 PM
Awi ni hensem..tp katik sgt la
Quote putehkundor 26-9-2014 12:22 AM
Kulit muka dia teruk la chuols....
Banyak kawah bulan...
Mesti zaman remaja banyak jerawat batu.
Quote setokinpurple 26-9-2014 06:52 PM
Panjangnya nama.
Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael -- dia ni mix malaysia, indon, singapore, vietnam ke apa nama pelik2

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.081432 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top