CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Aliff Aziz Mencuri, Berita Kehilangan Kini Terjawab!

30-9-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 32512| Komen: 137

Aliff Aziz Mencuri, Berita Kehilangan Kini Terjawab!


Aliff Aziz, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura didapati bersalah mencuri 2 telefon bimbit. Aliff Aziz dikenakan denda $2000 dan jika gagal membayar denda, boleh dipenjara 20 hari. Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila Aliff Aziz mencuri telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1 milik dua individu berbeza.

Berikut ialah keratan akhbar Singapura yang melaporkan berita ini:-

Sebelum ini Aliff Aziz selalu menimbulkan kontroversi dan masalah kepada mereka yang mendapatkan khidmatnya setelah sering hilang daripada lokasi penggambaran. Perkembangan ini pastinya menjawab tanda tanya kehilangan Aliff Aziz baru-baru ini. Sama-sama kita nantikan reaksi daripada penyanyi ini kelak.

1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asampodeh 30-9-2014 11:13 AM
laaaa.. dh knp sengkek sgt smpai mencuri..?  ptut la dia menyorok eh..
Quote rosasa 30-9-2014 11:13 AM
takde job sangat ka sampai mencuri?

Quote maxim 30-9-2014 11:14 AM

Quote maxim 30-9-2014 11:15 AM
berita kehilangan aliff

http://mforum2.cari.com.my/forum ... read&tid=826323
Quote putehkundor 30-9-2014 11:15 AM
Ohh...Dulu maxim pernah bukak thread misteri kehilangan mamat ni....
Quote sueism 30-9-2014 11:16 AM
jadi pencuri ponsel pulak, dah tak laku ke?
Quote maxim 30-9-2014 11:17 AM
padan la adik die cakap gini aritu:


Aisyah Aziz: Saya Tak Akan Aibkan Abang (Aliff Aziz) Saya!



KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2014: Bintang Akademi Fantasia 2013, Aisyah Aziz akui abangnya, Aliff Aziz tidak ‘hilang’ seperti yang pernah didakwa baru-baru ini tetapi sedang berehat dan menenangkan diri bersama keluarga di Singapura.

Namun, Aisyah berkata dia tidak akan memberi sebarang kenyataan mengenai apa yang berlaku kepada abangnya demi menjaga nama baik keluarganya.

“Abang sihat sahaja di rumah. Saya boleh kata dia sedang berada dalam keadaan yang tough dan dia masih perlukan privacy dan ruang untuk dirinya sendiri.

“Saya tidak akan beritahu apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya kerana sebagai adik saya tak akan aibkan abang saya sendiri. Cuma saya minta semua pihak mendoakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada murai.com.my ketika ditemui di majlis pengumuman pencalonan akhir Anugerah Planet Muzik 2014 di Hard Rock Café, semalam.

Aliff mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila dia dikhabarkan menghilangkan diri di lokasi yang tidak diketahui sehingga menjejaskan jadual seninya. Khabarnya juga dia telah menghilangkan diri sejak lebih sebulan yang lalu dan telah menyebabkan pelbagai urusan sesi fotografi dan juga persembahan nyanyian tergendala.

Sikap Aliff juga dilihat pelik kerana didapati memadam semua status dan gambar-gambar yang pernah diumuat naik menerusi akaun Instagram miliknya yang menggambarkan seolah-olah dia sedang menghadapi masalah tertentu.

Pun begitu, Aisyah memberitahu sebagai abang Aliff sering menasihatinya supaya menjaga tingkah laku ketika berada dalam industri dan jauh dari sebarang kontroversi.

“Dia memang selalu nasihatkan saya supaya jaga tingkah laku dan dia sendiri tidak bernarkan saya mendekati mana-mana lelaki di dalam industri sehingga boleh menimbulkan kontroversi.

“Dia memang sangat prihatin terhadap adiknya, lebih-lebih lagi dia kata saya seorang perempuan. Saya terima segala nasihat dia,” luahnya lagi.
Quote asampodeh 30-9-2014 11:17 AM
maxim posted on 30-9-2014 11:15 AM
berita kehilangan aliff

http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=826323

trjwb sudahhh... misteri kehilangan dia
Quote fifie_olin 30-9-2014 11:20 AM
sengkek rupanya mamat ni..
ptt la menyorok....
Quote siti_kus 30-9-2014 11:23 AM
Kesiannya dia ni.. Lepas putus dgn Anne mcm hilang arah pun ada.
Quote wookiehoney 30-9-2014 11:24 AM
mcm mustahil plak sengkek sampai gitu sekali
Quote CrowneGlory 30-9-2014 11:25 AM
Elokla anne putus dgn dia walau laki pecah pintu..

mamat ni asik enjoy je .. Income x byk mn... Patutla sengkek..
Quote user2012 30-9-2014 11:29 AM
Sedehhh lah buat malu famili jah
Quote mommymonster82 30-9-2014 11:32 AM
Job xbyk mn..berjimba2 lebih2...  Mn xsengkek...
Quote enginelady 30-9-2014 11:33 AM
nka kata takda job, sampai lari dari set pengambaran.. dek kau jadi la anak hekan mak2 datin. duit mesti takkan putus selagi khidmat kau diperlukan mereka
Quote md_nana 30-9-2014 11:34 AM
Terus igt kes mamat exist yg ada kes curi hp jugak.
Quote chicsee 30-9-2014 11:34 AM
Ish buat malu aje
Quote somtam 30-9-2014 11:36 AM
adoi malu!!!
Quote lipstickz 30-9-2014 11:41 AM
Kadang2 bkn sbb da sengkek tp habits
Nasib ko la tertangkap mase mencuri tu kan

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.068205 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top