CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Tasha Shila Akui Dihimpit Lelaki 'Hidung Belang'

26-9-2014 04:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13974| Komen: 24

Tasha Shila Akui Dihimpit Lelaki 'Hidung Belang'


Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Tasha Shila mendedahkan dirinya kerap dihimpit "lelaki hidung belang" yang kononnya mahu memperisterikannya walau pun umum mengetahui dia kini sudah mempunyai kekasih yang juga peninju muay thai bernama Hans.


Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abdul Razak,27, berkata rata-rata lelaki itu mahu menjalin hubungan serius dengannya malah tanpa segan silu menyuruh dirinya meninggalkan Hans.



"Saya hanya berterus-terang dan bersikap jujur kepada mereka bahawa saya sudah mempunyai kekasih hati iaitu Hans," katanya.

Katanya, dia juga tidak suka mengenali dan berkawan dengan ramai orang apatah lagi yang kononnya mahu serius dengan dirinya.

"Kalau mereka hanya mahu berkawan, saya ok saja tapi kalau mahu serius saya kurang selesa dengan perkara itu," tambahnya.


Mengulas mengenai hubungannya dengan Hans, pelakon yang kini semakin aktif dalam bidang pengacaraan juga memaklumkan setakat ini tiada masalah selain menyerahkan jodoh kepada Yang Maha Esa.

"Tipulah kalau saya sebagai wanita tidak mahu berkahwin awal tapi mungkin rezeki itu belum ada.


Perancangan memang ada tapi apa pun Allah yang menentukan segala-galanya.
"Hubungan kami setakat ni ok.

Kami juga masing-masing sibuk dengan kerjaya tetapi kami bersikap "give and take" malah dia (Hans) juga tidak mengongkong saya.

"Setiap perhubungan memang mahu ia diakhiri dengan perkahwinan tapi banyak perkara perlu difikirkan sebelum ke peringkat seterusnya," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi orang ramai mengenai hubungannya dengan jejaka terbabit, katanya dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu apatah lagi sibuk dengan penggambaran lakonan.
"Kalau dulu sedih juga dengan pelbagai dakwaan tidak senang dilemparkan segelintir masyarakat tapi sekarang malas ambil kisah.

Rutin harian habis penggambaran terus balik dan tidur," katanya.

Mengenai perkembangan terbaru, Tasha kini mengacara rancangan hiburan Galaksi yang disiarkan di TV9 bersama pelawak, Ajak Shiro dan bakal beraksi dalam drama bersiri "Tabir Zulaikha untuk slot Samarinda di TV3.

2

Bagus
2

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sueism 23-9-2014 03:09 AM
tak apa lah tasha buat sementara nie masih bersama Hans,
tapi bila ada VVIP mesti Hans kena tinggal kan?
Quote myrustyme 23-9-2014 04:29 AM
bkn ke sheolls ade skandal dgn datuk xxx..
Quote enchikfitz 23-9-2014 07:59 AM
x habis2 cerita dia nk up-kan diri sendiri. Kau ingat kau hot?
Quote putehkundor 23-9-2014 08:49 AM
Awat changa famri ni dibagi warning?
Quote wookiehoney 23-9-2014 08:59 AM
mmmm
cerita semua nak up diri je...mcm hot kegilaan ramai
Quote soraya 23-9-2014 09:04 AM
myrustyme posted on 22-9-2014 09:29 PM
bkn ke sheolls ade skandal dgn datuk xxx..

bagi la clue lebih sikit nokkss....mana orang nak tau ko letak xxx jer....kehkehkeh
Quote asteruk 23-9-2014 09:25 AM
beruntungnya tasha dapat hans
Quote tomet05 23-9-2014 10:00 AM
wau .. hot sangat lah kan
Quote pittjie 23-9-2014 10:04 AM
fuiyooo. akak melopong2 ni tasha. terkedu tergamam terkesima segalanya la. hebat kau nork, ramai berderet2 bersusun2 jantan nak kat kau. mak saspekkk sesangattt.
Quote mattzzx 23-9-2014 10:11 AM
Nak melariskan diri sendiri ......
Quote hanie_z 23-9-2014 10:48 AM
elehh retis ni..
Quote stania83 23-9-2014 12:12 PM
La biasa lattew. Pelakon veteren pon ade org himpit
Quote aTiKah_aYuNi 23-9-2014 12:54 PM
huntung laaaaaaaaaaaaaa
Quote DayangKirana 23-9-2014 01:31 PM
tengah muda bergetah, memang la ramai yang nak himpit.. cuba dah tua n ade penyakit pulak, rase2 kalau offer, ade ke yang rela nak berhimpit?
Quote kelip2_07 23-9-2014 02:03 PM
ala..yg mengimpit tu nk rs nasi lemak ngan apam jer...dh dpt blahh la
Quote AshkieLa 23-9-2014 02:52 PM
kelip2_07 posted on 23-9-2014 02:03 PM
ala..yg mengimpit tu nk rs nasi lemak ngan apam jer...dh dpt blahh la

kan... sengaja tarik perhatian dengan pakai terjojol sana sini mcm nak bungkeh jahitan...
pastu fefeeling claim rimas ramai jantan kejor plak.
Quote melinda_kerr 23-9-2014 03:59 PM
betulke dulu die ni hanya promoter dan sales girl di butik handbag jer?
Quote Dia_Yuni 23-9-2014 04:11 PM
Ni nak tutup cerita psl romen dgn bf kat set pengambaran ke
Quote kejoraria 23-9-2014 04:18 PM
wookiehoney posted on 23-9-2014 08:59 AM
mmmm
cerita semua nak up diri je...mcm hot kegilaan ramai

retis cenggitulah selalunya.....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.222418 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top