CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikaman Cemburu, Tentera Di Tahan

26-9-2014 10:20 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8252| Komen: 25

Tikam Warga Emas, Tentera Di Tahan Kerana Cemburu

Baling: Penemuan mayat wanita berusia 53 tahun dengan kesan cedera di belakang leher dipercayai dipukul menggunakan senjata tajam di Hentian Rehat Gunung Inas, di sini, pada Ahad lalu, membawa kepada penahanan seorang anggota tentera, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Baling Deputi Superintendan Wari Kiew berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di  kem tentera di Gerik, Perak  jam 4 petang manakala  Perodua Kenari  dirampas untuk siasatan.

Menurutnya, polis  merampas pakaian mangsa yang mempunyai kesan dibakar selain  mengesan senjata tajam dipercayai digunakan untk  membunuh mangsa.


“Berdasarkan pemeriksaan awal, mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan penemuan kesan tikaman di belakang leher  menggunakan objek tajam, malah pihak polis percaya kes itu bermotifkan cemburu, namun siasatan lanjut  dijalankan.

“Suspek  kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Md Nadzir Osman atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Baling di talian 04-4708222.

4

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizzmimi 26-9-2014 07:32 AM
cemburu? suspek lelaki 36 tahun.. mangsa perempuan 53 tahun..

agak agak siapa cemburu ngan siapa?
Quote kenarihitam 26-9-2014 08:00 AM
mizzmimi posted on 26-9-2014 07:32 AM
cemburu? suspek lelaki 36 tahun.. mangsa perempuan 53 tahun..

agak agak siapa cemburu ngan siapa? ...

Tu la kan..cemburu ngn sape la plak..heran aku
Quote haryatie 26-9-2014 08:07 AM
cemburu..siapa cemburu siapa ni..
suspek tu cemburu kat makcik yg umo 53 tahun tu ker..
apa kes..x kan makcik tu awek dia..
Quote OmJualGas 26-9-2014 08:10 AM
ini lagi satu, ayam mati punya lelaki....
Quote Athrun.Zalaa 26-9-2014 08:13 AM
Cemburu sapa nih?!!
Quote muo1202 26-9-2014 08:17 AM
hot sgt ke aunty ni... smpi cemburu bagai...
Quote budakmanentah 26-9-2014 08:22 AM
kejadahnya nak cemburu kat makcik umor 53 tahun?
Quote shernazz 26-9-2014 08:24 AM
Milf ke pompuan ni..
Umur bukan sekadar angka
Quote Simunggu 26-9-2014 09:25 AM
MILF lebih mengiurkan...
Quote mattzzx 26-9-2014 09:46 AM
Cemburu boleh membunuh... Hishhh
Quote rospinki 26-9-2014 09:50 AM
seriusli..lelaki sekarang semakin keliru aku tengok..baik muda ke tua..diorg semacam berpotensi nak "get-connected" buat aku takut tau..sebab hari2 keje jumpa orang mcm2..pantang baik skit terus nak pasang jarum
Quote boyagombak 26-9-2014 10:26 PM
rospinki posted on 26-9-2014 09:50 AM
seriusli..lelaki sekarang semakin keliru aku tengok..baik muda ke tua..diorg semacam berpotensi nak  ...

oh iyakah begitu ? Patutlah akhir zaman ni Nabi cakap ramai pompuan masuk neraka berbanding dgn lelaki ?
Kejahatan lelaki pun kebanyakkannya bermula dan puncanya drpd kaum pompuan.
Kalu binik tak desak nak pakai gelang rantai emas besar2, gaya hidup mewah, x derlah lelaki nak paksa diri pergi rompak bank dan kedai emas.

Quote mak_wa95 26-9-2014 10:42 PM
perodua kenari tu milik sapa?
Quote mak_wa95 27-9-2014 03:00 PM
wargamas dah ke umur 53....biasa umur bpe dikira wargamas ni
Quote mommymonster82 27-9-2014 03:25 PM
shernazz posted on 26-9-2014 08:24 AM
Milf ke pompuan ni..
Umur bukan sekadar angka

I gugel td... Igt mende per la milf ni..
Yg tau MIL.. Mother in law

Sekali.... Huhuhuhuhu...
Quote shernazz 27-9-2014 03:28 PM
mommymonster82 posted on 27-9-2014 03:25 PM
I gugel td... Igt mende per la milf ni..
Yg tau MIL.. Mother in law


Hehe..tu pasal la..
Forumner dalam ni jugak yg kaaitau
Quote mommymonster82 27-9-2014 03:32 PM
shernazz posted on 27-9-2014 03:28 PM
Hehe..tu pasal la..
Forumner dalam ni jugak yg kaaitau

Tercemar pemikiranku..
Benda baru hrni...
Quote encikWawad 27-9-2014 03:34 PM
yang umo 53  lawa cam che ta kot
selayaknyalah boifren jealous
Quote mak_wa95 27-9-2014 04:12 PM
tak de citer penuh kes ni..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.298453 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top