CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Tikam Punggung Warga Myanmar

28-4-2014 02:35 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4544| Komen: 16

Description: Mengikut Pertuduhan, Tertuduh Telah Mendatangkan Kecederaan Kepada Seorang Warga Myanmar, Mohammad Jek Dengan Menikam Menggunakan Sebilah Pisau Bersarung Kayu Putih Berhulu Kayu Sehingga Mangsa Mendap ...


KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 21 tahun dijel tiga bulan dan denda RM1,500 selepas mengaku salah di mahkamah majistret di sini semalam, atas tuduhan menikam seorang warga Myanmar awal Februari lalu.

Tertuduh, Mohamad Faisal Hakimi Che Razali, 21 tahun membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga Myanmar, Mohammad Jek dengan menikam menggunakan sebilah pisau bersarung kayu putih berhulu kayu sehingga mangsa mendapat kecederaan luka pada punggung kiri, pada 7 Februari lalu bertempat di sungai Kampung Batu 11, Ketereh.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nurliyana Md Zukri, sebelum ini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran kepada semua memandangkan kes jenayah sentiasa berlaku.

Terdahulu tertuduh merayu meringankan hukuman terhadapnya atas alasan masih menanggung isteri dan tiga anak yang masih kecil.

Nik Habri kemudian menetapkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,500 atau penjara tiga bulan jika gagal jelaskan denda.

18

Bagus
4

Marah
11

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ice_sky92 28-4-2014 09:12 AM
Biar betul weh umur 21 dah ada 3 anak? Nk khwin jugak la.
Quote prettyuglybabe 28-4-2014 10:11 AM
masa buat salah tak fikir anak bini
Quote kentel 28-4-2014 10:41 AM
haiyoo..aku yang 23 ni pun masih tak berpunya..dia 21 da ade anak sampai 3..kuat kuat...
Quote annehuda 28-4-2014 10:48 AM
umur 21 tp anak 3. aku bersangka baik mengatakan agaknye dpt triplets kot ,...
Quote pakweneelofa 28-4-2014 10:50 AM
ganas2 abe kelate ni
Quote erin86 28-4-2014 11:03 AM
yg gi tikam punggung org tu dah kenapa?
Quote airfilterkotor 28-4-2014 11:04 AM
Tikam punggung sebab geram...?
Quote pakweneelofa 28-4-2014 11:20 AM
airfilterkotor posted on 28-4-2014 11:04 AM
Tikam punggung sebab geram...?

geram jangan engkau geram... geram2!

geram bermacam ragam!

janganlah kau geram!
Quote mommymonster82 28-4-2014 11:21 AM
pakweneelofa posted on 28-4-2014 11:20 AM
geram jangan engkau geram... geram2!

geram bermacam ragam!

Hahahahahaha...
Quote airfilterkotor 28-4-2014 11:23 AM
pakweneelofa posted on 28-4-2014 11:20 AM
geram jangan engkau geram... geram2!

geram bermacam ragam!

Macam takde tempat lain nak tikam.
Dada, perut, tangan, kaki, belakang badan.... punggung jugak dia tikam.
Sesuatu sangatlah.
Quote pakweneelofa 28-4-2014 11:26 AM
airfilterkotor posted on 28-4-2014 11:23 AM
Macam takde tempat lain nak tikam.
Dada, perut, tangan, kaki, belakang badan.... punggung jugak d ...

tikam tempat tu bahaya dik...tikam bontot mungkin mamat ni agak2 mamat myanmar tu rasa sodap...wakakakka
Quote pakweneelofa 28-4-2014 11:26 AM
kentel posted on 28-4-2014 10:41 AM
haiyoo..aku yang 23 ni pun masih tak berpunya..dia 21 da ade anak sampai 3..kuat kuat...

kalate beb..kelate...kekentalan dan kekentelan diorang seolah2 ibarat ulat dalam batu pun leh hidup..kahwin awal di persepsikan sebagai barakah bagi diorang...
Quote kentel 28-4-2014 11:57 AM
pakweneelofa posted on 28-4-2014 11:26 AM
kalate beb..kelate...kekentalan dan kekentelan diorang seolah2 ibarat ulat dalam batu pun leh hidu ...

hahaha....lol...semangat kenegerian yang tebal ke ape neh...
Quote Dia_Yuni 28-4-2014 12:09 PM
Gamaknye warga myanmar tu kejenye kentut berbau telur rebus je lantas x tahan ditikamnye punggung itu
Quote axl_bach 28-4-2014 12:22 PM
airfilterkotor posted on 28-4-2014 11:23 AM
Macam takde tempat lain nak tikam.
Dada, perut, tangan, kaki, belakang badan.... punggung jugak d ...

tikam dada kalu, tali gantung laa jawabnya.....

Quote miminn 29-4-2014 10:55 AM
21. ada isteri dengan anak. pergi tikam myanmar. for what reason? gaduh ke myanmar tu kacau dia ke apa?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.065484 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top