Kelas Ekonomi Mas Ke-5 Terbaik Di Dunia
Pengiktirafan itu dibuat berdasarkan kajian yang didedah oleh Business Insider pada Jun lalu, yang mana MAS berada di tempat kelima daripada 20 syarikat penerbangan utama dunia dari segi perkhidmatan kelas ekonomi terbaik. Akhbar itu di dalam bahagian pengembaraan, mencadangkan beberapa jenama kapal terbang pilihan bagi kelas ekonomi, memandangkan hampir keseluruhan pengguna pengangkutan udara jenis itu adalah kelas ekonomi. Kedudukan MAS itu mengatasi beberapa syarikat penerbangan popular seperti Emirates, Lufthansa, Etihad, Turkish Airlines dan Garuda Indonesia.
Kesemua 20 syarikat itu dinilai berdasarkan pengalaman penumpang serta ketepatan masa. Malah, maklumat dikumpul daripada beberapa pandangan di dalam Skytrax serta Flightstats.com. Dailymail yang melaporkan semula kedudukan itu menganggap, penerbangan di dalam kelas ekonomi merupakan sesuatu yang lebih realiti kepada orang ramai, berbanding kelas perniagaan. Perkembangan itu merupakan antara beberapa pengiktirafan yang juga pernah diraih oleh MAS sebelum ini seperti World's Best Cabin Staff pada 2012 dan The World's 5-Star Airline Award pada 2013. Keadaan itu sedikit sebanyak memperbaiki imej MAS yang terjejas akibat kehilangan dan kemalangan dua pesawatnya dalam tempoh empat bulan. Ini ditambah pula dengan prestasi kewangan syarikat penerbangan itu 'sakit' sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada penghujung Ogos lalu, pemilik utama syarikat penerbangan tersebut, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengumumkan 12 pelan pemulihan MAS di dalam usaha menaikkan prestasi kewangan syarikat itu. Pemulihan itu turut merangkumi pelan menubuhkan sebuah entiti syarikat penerbangan baharu yang akan diperkenalkan pada Julai 2015, menggantikan syarikat MAS sedia ada. MAS sedia ada yang digelar sebagai OldCo bakal dinyahsenaraikan pada penghujung tahun ini, dan digantikan dengan MAS baharu (NewCo) yang disasarkan mencatatkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun selepas OldCo dinyahsenaraikan. Nama baharu NewCo masih belum ditetapkan, namun Khazanah menyatakan masih mahu mengekalkan jenama Malaysia Airlines. |
8
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Johnyblaze87 posted on 25-9-2014 08:18 PM
Biar betik economy mas lg best dari economy emirates?
ikan_kaghing posted on 25-9-2014 10:11 PM
Tahniah
Tengah check tiket nak balik cuti musim sejuk ni.....tiket MAS agak murah
ikan_kaghing posted on 25-9-2014 10:11 PM
Tahniah
Tengah check tiket nak balik cuti musim sejuk ni.....tiket MAS agak murah
ADVERTISEMENT