CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6804|Reply: 49

[Dunia] Kelas Ekonomi MAS ke-5 terbaik di dunia

[Copy link]
Post time 25-9-2014 06:01 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Akhbar berpangkalan di United Kingdom (UK), Dailymail, masih mengiktiraf reputasi syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS), sebagai pilihan utama untuk perkhidmatan penerbangan kelas ekonomi yang terbaik.
Pengiktirafan itu dibuat berdasarkan kajian yang didedah oleh Business Insider pada Jun lalu, yang mana MAS berada di tempat kelima daripada 20 syarikat penerbangan utama dunia dari segi perkhidmatan kelas ekonomi terbaik.
Akhbar itu di dalam bahagian pengembaraan, mencadangkan beberapa jenama kapal terbang pilihan bagi kelas ekonomi, memandangkan hampir keseluruhan pengguna pengangkutan udara jenis itu adalah kelas ekonomi.
Kedudukan MAS itu mengatasi beberapa syarikat penerbangan popular seperti Emirates, Lufthansa, Etihad, Turkish Airlines dan Garuda Indonesia.
Kesemua 20 syarikat itu dinilai berdasarkan pengalaman penumpang serta ketepatan masa. Malah, maklumat dikumpul daripada beberapa pandangan di dalam Skytrax serta Flightstats.com.
Dailymail yang melaporkan semula kedudukan itu menganggap, penerbangan di dalam kelas ekonomi merupakan sesuatu yang lebih realiti kepada orang ramai, berbanding kelas perniagaan.
Perkembangan itu merupakan antara beberapa pengiktirafan yang juga pernah diraih oleh MAS sebelum ini seperti World's Best Cabin Staff pada 2012 dan The World's 5-Star Airline Award pada 2013.
Keadaan itu sedikit sebanyak memperbaiki imej MAS yang terjejas akibat kehilangan dan kemalangan dua pesawatnya dalam tempoh empat bulan. Ini ditambah pula dengan prestasi kewangan syarikat penerbangan itu 'sakit' sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pada penghujung Ogos lalu, pemilik utama syarikat penerbangan tersebut, Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) mengumumkan 12 pelan pemulihan MAS di dalam usaha menaikkan prestasi kewangan syarikat itu.
Pemulihan itu turut merangkumi pelan menubuhkan sebuah entiti syarikat penerbangan baharu yang akan diperkenalkan pada Julai 2015, menggantikan syarikat MAS sedia ada. MAS sedia ada yang digelar sebagai OldCo bakal dinyahsenaraikan pada penghujung tahun ini, dan digantikan dengan MAS baharu (NewCo) yang disasarkan mencatatkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun selepas OldCo dinyahsenaraikan.
Nama baharu NewCo masih belum ditetapkan, namun Khazanah menyatakan masih mahu mengekalkan jenama Malaysia Airlines.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
I love MAS
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 07:42 PM | Show all posts
tetap naik mas
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:18 PM | Show all posts
Biar betik economy mas lg best dari economy emirates?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:18 PM | Show all posts
Kelas ekonomi MAS memang ok. Cuma makanan dah sendu skg.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:21 PM | Show all posts
but still rugi kene inject modal,, habis duit rakyat jang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagi baik dari etihad? You gotta be kidding me!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:56 PM | Show all posts
Kelas ekonomi international mmglah best. Makan byk kali, boleh request minuman tambahan, selimut, snack, ada inflight entertainment lagi. Cuba kalau domestik - nasik lemak telanjang, kacang masuk angin, cabin crew muka pecah rumah dsb. Sorrylah mengutuk, sbb bagi aku kualiti MAS skarang sangat merundum. Ini pandangan aku as a frequent traveller.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Johnyblaze87 posted on 25-9-2014 08:18 PM
Biar betik economy mas lg best dari economy emirates?

I rasa sbb layanan cabin crew Mas...nampak paling ikhlas dan sopan banding airline lain...gedik pun kurang
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:11 PM | Show all posts
Tahniah

Tengah check tiket nak balik cuti musim sejuk ni.....tiket MAS agak murah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 10:44 PM | Show all posts
ikan_kaghing posted on 25-9-2014 10:11 PM
Tahniah

Tengah check tiket nak balik cuti musim sejuk ni.....tiket MAS agak murah

ikan kering duduk mana? semoga flight uols x dihijack nanti
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
terbaik sana terbaik sini. Tapi poket hancur lebur tak baik lansung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Karutlah. Makanan cam hampas. Pelestik cutlery standard tapau bihun 2 hengget tepi Jalan.

Inflight entertainment pon kalah jauh langit dgn bumi.

Inflight shopping exclusives dop pakka, selection lousy.

Mcmana boleh ke-lima terbaik dunia?

*this coming from one who tries to travel MAs whenever I can   
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:37 PM | Show all posts
AHMADVW posted on 25-9-2014 08:21 PM
but still rugi kene inject modal,, habis duit rakyat jang

Habis tu ngko suka ker dari terus bengkrup..

lagi pun kemalangan  yg berlaku bukan faktor kecuaian pun..

kalau diselamatkan, faedahnya lebih baik bagi negara daripada dibiarkan terus bengkrup..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 11:39 PM | Show all posts

baguslah .....

Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 04:50 AM | Show all posts
I pernah advice staff MAS yg kononya buat survey tentang perkhidmatan MAS kat ME. Stewardess kalau boleh bila landing kat Saudi pakailah baju yg sopan sikit kalau tak mau pakai jubah mereka.Dengan uniforms ketat dan terbelah, for their safety.tengok airline lain sopan aje.Sterward peramah tp stewardess adui....i pernah mintak air marah2. Lepas tu memang banned nak guna MAS.Tapi after the incidents this year and to support our airline, this time I akan fly MAS balik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
My friend dtg uk kate mas ok, food ok.full house.

Well done.

Ambik la Datuk syed zainal...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ikan_kaghing posted on 25-9-2014 10:11 PM
Tahniah

Tengah check tiket nak balik cuti musim sejuk ni.....tiket MAS agak murah

Yer? Really? O ok.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 06:29 AM | Show all posts
mbhcsf posted on 26-9-2014 05:15 AM
My friend dtg uk kate mas ok, food ok.full house.

Well done.


Nko nih bini nombor dua syed jenal née ke? Melobby macam tak cukup tanah......



Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 06:34 AM | Show all posts
Singapore girl.....you are a great way to fly.............

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.159518 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list