Usaha tangani 'mat rempit' dapat pujian KUALA TERENGGANU - Usaha kerajaan negeri Terengganu mengatasi masalah 'mat rempit' di negeri ini mendapat pujian wakil rakyat Pas pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini. Hilmi Harun (Pas-Manir) berkata beliau tidak menafikan keprihatinan kerajaan negeri berhubung masalah itu dan menyanjung tinggi usaha yang dilakukan selama ini. "Memang kita tak menafikan dan kita menyanjung tinggi usaha-usaha kerajaan menangani masalah mat rempit," katanya mengulas jawapan Datuk Rozi Mamat (BN-Telemong) berhubung langkah kerajaan negeri mendekati golongan itu. Terdahulu, Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri berkata mat rempit di Terengganu telah didaftarkan secara sah bagi memudahkan kerajaan negeri memantau dan mendekati golongan itu melalui aktiviti persatuan yang mengikut undang-undang. "Dalam jangka masa pendek, pelbagai program telah diatur antaranya konvoi berkumpulan dengan mengadakan aktiviti komuniti, program kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu untuk mendekatkan mereka dengan program keagamaan serta ilmiah. "Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengadakan program permotoran di perkarangan Stadium Gong Badak sebulan sekali dan kerjasama dengan pelbagai institusi kemahiran seperti IKBN, TATIUC dan TESDEC untuk memberi peluang kepada golongan ini mendapatkan sijil kemahiran yang dapat membantu kerjaya mereka," katanya. Rozi berkata demikian ketika menjawab soalan Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) yang ingin tahu usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah mat rempit di negeri ini. Beliau berkata bagi mat rempit yang berusia antara 18 dan 19 tahun dan tidak mempunyai perancangan masa depan, kerajaan negeri sedang mengadakan kursus khas untuk mereka melalui Belia Permata Terengganu. "Bermula bulan ini, kerajaan negeri sedang melatih 4,800 belia setahun dalam program untuk meningkatkan kerjaya dan kita akan menyerapkan golongan ini ke institut kemahiran itu secara berperingkat. "Kerajaan negeri mengambil pendekatan mesra mat rempit dan cuba memenuhi kehendak mereka seperti mengadakan litar lumba di perkarangan Stadium Gong Badak, selagi ia tidak membawa kemudaratan kepada orang lain," katanya.
|
11
Bagus |
17
Marah |
25
Terkejut |
11
Sedih |
17
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
boyagombak posted on 26-9-2014 10:30 PM
Campak Mat Rempit semua dalang hutang cari kayu dang dalang laut g cari ikang. baru demey tau langit ...
zorrro_03 posted on 27-9-2014 10:51 PM
Katanya aktiviti rempit dah kurang sejak razif jadi mb. Harap ia terus spt skg.
ADVERTISEMENT