Bab bayaran boleh dirunding - Emma Maembong
KUALA LUMPUR - Pelakon cantik, Fatimah Rohani Ismail atau Emma Maembong mengakui menerima bayaran sebanyak RM10,000 apabila ditawarkan untuk membintangi sesebuah telemovie. Emma, 22, berkata, sepanjang bergelar pelakon dia sememangnya meletakkan harga sebegitu kepada mana-mana syarikat produksi dan setakat ini ia langsung tidak mendatangkan sebarang masalah.
"Selama ini saya sering ditawarkan harga sebegitu oleh sesebuah syarikat produksi. Jadi, apabila ada syarikat lain yang mahu mengambil saya berlakon, memang itulah harga yang saya letak dan mereka menerimanya. "Lagipun itulah harga yang telah ditetapkan sejak awal lagi, terutamanya kalau membabitkan saya memegang watak utama. Bagaimanapun, saya bersedia untuk berunding kalau ingin kurangkan harga," ujarnya ketika dihubungi Kosmo!. Dalam laporan sebuah akhbar hari ini, Emma dikatakan menetapkan bayaran sebanyak RM10,000 untuk sebuah telefilem, meskipun sudah diberitahu tidak melibatkan banyak babak dan jadual penggambaran yang pendek. Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Projek Memikat Suami itu menyatakan bahawa memang ada seorang individu yang telah menghubungi pengurusnya untuk menawarkannya berlakon baru-baru ini. Ujarnya, setelah menghubungi pengurusnya itu dan diberitahu tentang bayaran, individu tersebut lantas menghubunginya sendiri untuk berbincang lebih lanjut mengenai perkara berkenaan. "Individu itu ada memberitahu yang saya sekadar membawa watak pembantu dan terbabit dalam tempoh penggambaran selama tiga hari sahaja. Kemudian saya tanya semula berapa harga yang ingin dia tawarkan, tetapi dia langsung tidak memberikan sebarang jawapan sehingga saya terpaksa menerima tawaran lain. "Bagi saya, kalau jelaskan elok-elok tentang bayaran saya sedia bantu dan mempertimbangkannya. Sebelum ini pun memang ada pihak yang meminta untuk kurangkan bayaran dan saya menerimanya, asalkan rundingan dibuat terlebih dahulu serta berbaloi dengan kerja yang dilakukan," jelasnya. |
espri6006 posted on 21-9-2014 05:36 PM
Aku setuju dengan Emma...walaupun kayu tapi kene ada standard untuk diri kita. Jangan kerana sebagai ...
mitnick posted on 21-9-2014 06:37 PM
wlupun skali telemovie rm 10k, tp dlm setahun brp kali dpt job dgn gaji sebegitu?
ADVERTISEMENT