Shenyang: Sebuah Porsche baru berharga RM263,000 kemalangan selepas pemandunya merempuh beberapa kereta lain tidak lama selepas meninggalkan kedai tempat dia membeli kereta itu. Kejadian berlaku apabila pemandu itu, Ping Ch’ang, 27, membelok keluar dari garaj kedai berkenaan untuk pulang. Dia tertekan pedal minyak dan merempuh deretan kereta di lampu isyarat. “Dia cuba menukar lorong tanpa memberi isyarat dan tertekan pedal minyak menyebabkan keretanya meluncur laju dan melanggar kereta di depan,” kata seorang saksi. Jurujual Porsche, Qiang Chiu berkata: “Kami masih melambai ke arahnya apabila dia menekan minyak dan melanggar kereta lain. “Kami meluru ke tempat kejadian. Pemandunya selamat, tetapi keretanya teruk. Kami sudah mengingatkan dia kereta itu memang laju.” Ping mungkin perlu berbelanja RM300,000 lagi untuk kereta Porsche Boxster putih itu dan empat kereta lain yang dilanggarnya. Jurucakap polis berkata, wanita itu perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan itu memandangkan kereta lain semua berhenti ketika kejadian.
KERETA Porsche Boxster yang baru dibeli Ping rosak teruk akibat kemalangan. |
13
Bagus |
9
Marah |
12
Terkejut |
18
Sedih |
21
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT