Awal Ashaari Tuntut Produksi 'The Band' Jelaskan Bayaran Awal Ashaari berharap produksi yang menerbitkan program The Band dapat menjelaskan bayarannya segera.
PETALING JAYA: Pengacara Awal Ashaari meluahkan rasa kesal apabila sebuah syarikat produksi yang menerbitkan program realiti The Band (siaran Astro) masih lagi belum menjelaskan baki bayaran tugasnya.
Awal, 33, berkata dia pelik kerana kesemua selebriti yang terlibat dengan program itu sudah menerima bayaran masing-masing, sebaliknya dia sebagai pengacara masih belum menerima sebarang wang selepas program itu tamat pada awal Jun lalu. "Program itu sudah pun selesai tiga bulan lalu dan sehingga kini saya masih belum menerima baki bayaran sebanyak 80 peratus. Bukannya sedikit. "Yang peliknya, apabila saya tanya artis-artis lain yang terlibat, mereka semua sudah menerima bayaran masing-masing. "Dan kemudian bertanya pihak produksi pula, mereka kata, Astro belum membayar mereka lagi, sedangkan pihak Astro sudah menjelaskan wang mereka kesemuanya," kata Awal. Tambah Awal, dia berharap produksi berkenaan mengambil perkara itu lebih serius memandangkan sudah beberapa kali pihak tersebut memberi pelbagai alasan apabila ditanya soal penjelasan bayarannya. Kata suami kepada aktres Scha Al-Yahya, dia juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik memandangkan tiada masalah yang berlaku antara mereka sepanjang bekerjasama dalam program tersebut. "Rasanya saya sudah menjalankan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan sebaik-baiknya dan antara saya dan produksi, kami tiada masalah. "Takkan saya perlu meminta 'sedekah' untuk dapatkan duit sendiri? Lagipun apabila saya menandatangani sesebuah kontrak, saya sudah merancang untuk menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu. "Tetapi apabila ia tersangkut, perancangan saya untuk menjelaskan beberapa perkara peribadi juga tertangguh," ujarnya. The Band yang mula bersiaran pada akhir Mac lalu merupakan program pencarian bakat berkumpulan lelaki dan wanita yang memberi penekanan kepada aspek seperti kebolehan vokal, gaya tari, keterampilan, penampilan imej dan juga aura sebagai seorang penghibur. Antara selebriti yang terlibat sebagai tenaga pengajar ialah Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman. Manakala Datuk Aznil Nawawi, Yusry Abdul Halim dan Syafinaz Selamat sebagai juri program itu.
|
putehkundor posted on 17-9-2014 07:52 AM
So hadek awal ni lah yg sentap sbb x jadi pengacara bersama AF hari itu?
Yg dlm thread 1 lagi tu.
putehkundor posted on 17-9-2014 12:52 AM
So hadek awal ni lah yg sentap sbb x jadi pengacara bersama AF hari itu?
Yg dlm thread 1 lagi tu.
ADVERTISEMENT