Katy Perry Jalani Sesi Terapi Kerana Masalah Cinta
Katy Perry mengakui sesi terapi membantunya dalam mengharungi kehidupan. PENYANYI Katy Perry mengakui menghadiri sesi terapi secara tetap kerana merasakan hidupnya tidak bahagia biarpun mempunyai kerjaya cemerlang sebagai bintang pop terkenal di seluruh dunia. Daily Mail melaporkan kegagalan rumah tangga dengan Russell Brand dan sering putus cinta turut menyebabkan Katy, 29, menjalani sesi terapi tersebut.
"Saya ingin menjadi seperti seorang ibu kepada setiap orang dan menyayangi mereka tetapi saya terlupa untuk menjaga diri sendiri. "Kerana itu juga saya memutuskan untuk menjalani terapi ini," katanya. Dalam pada itu, Katy berkata, sesi tersebut banyak membantunya dalam merawat luka pada dirinya dan belajar untuk melepaskan kisah silam yang sentiasa menghantuinya. "Sebelum mencintai orang lain saya perlu belajar menyayangi diri sendiri kerana itu adalah perkara paling penting," jelasnya.
|
ADVERTISEMENT