CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Sherry Ibrahim Akui Rapat Dengan Fattah Amin

12-9-2014 03:28 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43194| Komen: 131

Sherry Ibrahim Akui Rapat Dengan Fattah Amin




Setelah hubungannya dengan seorang jejaka dari Mauritius tidak kesampaian, Syarizad Ibrahim atau lebih popular dengan nama Sherry Ibrahim mengakui kini sedang mengenali hati budi pelakon baru, Fattah Amin. Ketika dihubungi GUA, pelakon drama ‘Teduhan Kasih’ ini telah mengesahkan sendiri perkhabaran bahawa mereka kini sedang berkawan rapat.

“Kami mula rapat ketika sama-sama menjalani penggambaran drama bersiri Cinta Ibadah yang bakal bersiaran pada 8 September ini. Pada mulanya kami tidak begitu bercakap namun ketika penghujung penggambaran, kami mula rapat antara satu sama lain.



Pada mulanya saya hanya fokus pada kerja saja, namun secara tiba-tiba saja kami mulai rapat. Apa yang boleh saya katakan adalah kami memang rapat dan saya selesa berkawan dengannya walaupun dia lebih muda daripada saya,” ujar Sherry ketika dihubungi GUA sebentar tadi.

Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, pernah juga terlintas dibenaknya tentang isu yang mana Fattah lebih muda daripadanya. Namun, Sherry enggan terlalu memikirkan perkara tersebut kerana baginya pelakon yang mula dikenali menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ itu jauh lebih matang daripada usianya dan mempunyai pekerti yang baik.

“Dia merupakan anak sulung dalam adik beradiknya yang mana fikirannya lebih matang daripada usianya. Dia mempunyai misi dalam hidup untuk dicapai dan begitu juga dengan saya, jadi kami sama-sama menyokong perjalanan kerjaya satu sama lain.



Namun, hubungan kami masih lagi baru kerana itulah saya enggan menghebahkan perkara ini. Malah tidak manis terlalu banyak dijawab hanya sebelah pihak sahaja. Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini kami selesa berkawan rapat serta mengenali peribadi satu sama lain terlebih dahulu,” ujar Sherry.

Dalam perkembangan terkini, Sherry baru sahaja selesai penggambaran drama bersiri, ‘Cinta Ibadah’ untuk saluran Astro Prima. Menerusi drama ini, Sherry memegang watak sebagai seorang doktor yang merupakan doktor kepada isteri bekas kekasihnya.

Selain itu, Sherry juga bakal tampil dengan sebuah perniagaan yang belum boleh diumumkan lagi. Dalam nada teruja, Sherry berharap agar perniagaan yang bakal dilancarkannya itu mendapat sokongan semua pihak.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettymanja 11-9-2014 07:29 PM
pulak dah, Si Fattah kayu kayan nie dpt sisa2 je la kekdahnye
Quote malaywood.NET 11-9-2014 07:32 PM
fattah dah menunjukkan plaboy dia. muhahaha
Quote malaywood.NET 11-9-2014 07:33 PM
prettymanja posted on 11-9-2014 07:29 PM
pulak dah, Si Fattah kayu kayan nie dpt sisa2 je la kekdahnye

suka hati jer tuduh..

minta  RABA

kahkahkahkah
Quote malaywood.NET 11-9-2014 07:35 PM
maxim nak minta raba lah ni.. huh...
Quote prettymanja 11-9-2014 07:37 PM
malaywood.NET posted on 11-9-2014 07:33 PM
suka hati jer tuduh..

minta  RABA

Haha.. sekap jarang je tu Uolss
ape.. RABA2 nie, nak kene cepuk ke??
kiki
Quote aechae 11-9-2014 07:38 PM
pic yg 1st tu sepesen je cara dorg senyum.....ada meh la jugok
Quote malaywood.NET 11-9-2014 07:40 PM
prettymanja posted on 11-9-2014 07:37 PM
Haha.. sekap jarang je tu Uolss
ape.. RABA2 nie, nak kene cepuk ke??
kiki

tak kan tak leh mengurut kot.. mana tahu ada yg lenguh lenguh ke, hihihi..

tp jgn lah cepuk saya..
Quote vutsi 11-9-2014 08:13 PM
KOMEN DARI PATAH

“YA, kami sedang berkawan rapat. “Saya selesa berkawan dengannya dan kini kami dalam proses saling mengenali hati budi di antara satu sama lain,” akui pendatang baharu, Fattah Amin ketika diminta mengulas mengenai hubungannya dengan aktres cantik, Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim.

Mengulas lanjut, Hero Remaja 2012 itu memberitahu, dia mengenali aktres itu selepas bersama-sama membintangi telenovela, Cinta Ibadah.

“Kami kenal sejak tiga bulan lalu, iaitu ketika sedang menjalani penggambaran telenovela tersebut. Dia tidak sombong dan tidak kedekut ilmu serta senang hendak  bawa bersembang. Itu yang membuatkan saya suka berkawan dengannya. “Hubungan itu akhirnya terjebak hingga ke luar lokasi. Kami ada juga keluar melepak bersama-sama tetapi turut dihadiri dengan kawan-kawan.

“Biasanya, ketika di lokasi penggambaran, saya seorang yang gemar membawa diri sebab itu saya jarang rapat dengan pelakon lain tidak kiralah sama ada pelakon wanita atau lelaki.

“Oleh sebab itu, dalam tempoh dua tahun saya dalam bidang ini, saya tidak punya kenalan yang betul-betul rapat dalam industri,” katanya pada Zass.

Begitu pun, aktor Playboy Itu Suami Aku ini menafikan yang mereka kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

“Kami hanya rapat sebagai kawan. Dalam masa terdekat ini, fokus saya adalah pada soal karier. “Lagi pun, saya baharu saja mahu membina nama dalam industri ini,” tegasnya yang berhasrat membuka pusat gimnasium bersama rakannya, tidak lama lagi.

Bagaimanapun, pelakon berusia 24 tahun ini tidak menolak sekiranya jodohnya adalah wanita yang lebih berusia daripadanya.

“Saya tiada masalah dengan perkara itu. Kalau itu sudah jodoh saya, saya menerima seadanya. Apa yang penting hati budi dan bukannya umur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Fattah bakal muncul telenovela, Cinta Ibadah bergandingan dengan Aishah Ilias, Raja Ilya, Sherry Ibrahim, Nor Albaniah dan Sharolnizam serta bakal ditayangkan di saluran Astro Prima (saluran 105), Maya HD (saluran 135), Ria Plus dan Astro On The Go mulai 8 September lalu.

Pada masa sama, Fattah turut menerima tawaran membintangi dua telefilem daripada produksi di Indonesia selain bakal terlibat menjalani penggambaran filem
terbitan Skop Production, tidak lama lagi.
Quote SummerAutumn 11-9-2014 08:19 PM
Nampak mcm pihak pempuan yg agak fefeeling #CintaAgung di sini...
Quote munchkin 11-9-2014 08:20 PM
aik dah takde ngan steward ke apa tu dulu. from overseas.
Quote mitnick 11-9-2014 08:25 PM
erkk.. bertepuk sebelah tgn kah?

apepon, ok ke lakonan mamat nie dlm cinta ibadah tue? iols tgk eklan saje...
Quote rosseamanda 11-9-2014 08:50 PM
dh suke xpyh cintan cinton lelame.. kawen je dah..
Quote mixed 11-9-2014 09:18 PM
Bf kokusen dh putus le ni
Quote myrustyme 11-9-2014 09:26 PM
bertambah lg anak hekan kt sini..
Quote putehkundor 11-9-2014 09:29 PM
Bukan?

Macam sherry yg feeling lebih. Apa pun semoga ke jinjang pelamin..
Sherry dah banyak Kali putus kan...seingat mak teh antara yg terawal ashraf Muslim.
Quote dimensi 11-9-2014 11:22 PM
kompius plk, pompuan kata xnak hebah tp dlm ig berindu bagai. IG si patah ni xde pun hupdate gambo berdua...pompuan gak yg dpt nama...
Quote haisanor 11-9-2014 11:48 PM
Lelaki muda sekarang taste perempuan tua ker?
Quote agnesia 11-9-2014 11:53 PM
akhirnya yg ku tunggu tunggu keluar jua..
obvious sgt la sherry ni...
fatah steady n cool je..
nmpk mcm sherry yg beriya up kat ig
Quote telingamenanah 11-9-2014 11:57 PM
Fatah amin ni belakon citer apa... X kenal pun

Lihat semua komen(131)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.343429 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top